2

Cerita dari Kemboja


Assalamualaikum wrt wbh
………………dah duduk depan laptop ni, blank pulak nak tulis apa. Ok. Korg sihat ke? Moga-moga semuanya sihat belaka masih kuat dan tabah menempuhi hidup ini sebagai seorang cucu, anak, pelajar, isteri dan Sahabat. Betul juga ckp mary, lebih 10 ‘geng’ kita dalam ni..masing2 sibuk nak menguruskan kehidupan atau kadang2 penyakit ‘kekaslan’ meluap-luap nak menulis kan. Aku banyak je cerita yang bertimbun nak cerita dengan korg, dari dapat lessen, program Singapore, Interview internship, program Kemboja, opah aku meningalkan masa exam baru ni dan nak cerita pasal Indonesia. Tp rasa nya, untuk entry ni aku nak cerita pasal KEMBOJA dulu la..sbb yang ni yg mcm hot skit..heheheh..(kalo aku tulis semua yg aku sebut tadi, gamaknya jadi buku la…tebal oooooo..)hahaha.
6 hari 5 malam di Kemboja, dari Phnom Pehn sehingga ke Kampong Chnng kami lewati. Berbagai-bagai ragam, suasana kehidupan dapat kami lihat. Dulu, aku pndang Kemboja sebuah negara yg mundur, ya mmg mundur mungkin 20 tahun terbelakang dari kita dari sudut kemajuan negara tp aku tak nmpk ape yg ada kat sane yg aku boleh nak ‘dihiburkan’..sebelum ni aku pergi GuangZhou aku pergi Singapore..semua nya selesa, senang, sedap dan segalanya. Pantas aku mencari matlamat dan objektif. ‘ini peluang KEEMASAN yg Allah nk bagi kepada kami untuk mencari pahala’ lepas tu, aku jumpa degan budak kemboja yg belajar kat DQ, aku cuba ‘mengkaji’ kehidupan di sana. Rokeiyas (nama pelajar Kemboja tu) menceritakan kehidupan org Islam disana, bagaimana kurangnya dan sshnya mereka nk dapatkan ilmu Islam itu. Bagaimana die, setiap kali balek ke sana sedaya-upaya memberikan tazkirah ringkas mengenai Islam. Yang menarik hati aku lepas tu bila dia ceritakan bahawa org2 disana tak tahu pun bagaimana kehidupan nabi dari lahir sehingga wafat.Subhanallah~!!. aku pun mengutuk diri. Mula tajdidkan niat. ‘kerja ini untuk Islam’!.Insyallah~
maka bermula lah perjalanan 6 hari 5 malam ni Kemboja. Sebenarnya sebelum pergi kami sudah digembar gemburkan tentang kehidupan orang kemboja yg tiada elektrik. Tiada air. Mcam mana nak hidup? Releks~..kalo Rokeiyas tu boleh hidup dari dia kecik smpi besar mcm ni, takkan lah setakat seminggu kat sana tak boleh tahan. Itu lah ayat yg aku pujuk hati aku.hehe..tp aku pasti di kalangan kami pun ada yg risau lagi2 kalo kena ‘ come moon’ pulak minggu tu. Hehe..
3 buah tempat yg kami pergi dan aku dapat 3 buah keluarga angkat yg berbeza dan suasana yg berbeza. Kalo kehidupan yg dibandar ini agak kotor sedikit keadaan sekelilingnya. Kalo di kampong lain pula lebih bersih, rumput2 dan tanah bersih. Tapi ada persamaan yg ketara di 3 buah tempat ini. Kanak-kanak! Mereka tidak berkasut. Mereka juga tidak berbaju dan berseluar. Habis kaki-kaki mereka kotor. Comot tapi mereka comel. Kalo di kampong yg kedua kkami disambut dgn meriah. Penuh org kampong di depan masjid ketika kami turun. Melihat dan terus melihat kami turun satu persatu dari bas. Hahaha..rasa pelik pada awalnya tapi kami tetap memberikan senyuman yg manis. 3 buah kampong yg kami pergi, 3 ekor juga la lembu yg tumbang yg ditaja oleh PKPU(persatuan kakitangan pekerja ugama Malaysia). Alhamdulilah rezeki mereka.
Setiap tempat yg kami lewati kami adakan program. Program bersama kanak-kanak, tahsin quran dan solat. Sebenarnya boleh dikatakan 90% tentative yg kami rancangkan di DQ berubah sama sekali di sana. Banyak yg kami dapat secara spontan kemudian sasaran terlalu ramai. Contohnya aktiviti bersama kanak-kanak mencecah sehinga seratus orang. Ada yang kena mengajar. Ada yang kena ke sekolah. Kami juga ada perjumpaan mahasiswa dgn pelajar muslim di university disana. Ini mmg takde dalam tentative. Tibe-tibe ust Farid(director CMIA) kate esok you all ade conference dgn budak2 universiti. Ternganga dan terlopong. Mana prepare slide ke video ke hape..ingt tak de letrik kan..haha..maka kami buat yg sederhana sahaja. Kami berkongsi pengalaman tp sebetulnya mereka berkongsi pengalaman sebagai mahasiswa muslim yg menuntut di Universiti. Kadang2 ssh nak mendirikan solat sbb ada kuliah. Ada yg kadang2 terpaksa tanggal tudung sbb peraturan university. Dalam hati aku mengucap Syukur pada Allah kerana memberi nikmat aku mencari ilmu dalam keadaan yang selesa..
Ada seorang gadis berumur 18 tahun petah berbahasa inggeris. Dia menjadi translator untuk kami berkomunikasi dgn keluarga nya. Die gadis yang pintar, rajin dan baik. Walupun baru sehari mengenali dia, seolah dah seminggu bersama die. Rohani namanya. Seorang yg bersungguh-sungguh dalam belajar. Bayangkan baru 2 bulan belajar Eng dia dah boleh kuasai. Rasa sayang menyelinap masuk dalam sanubari kami. Rasa mcm mahu bawa dia balek ke Malaysia untuks mybung pengajian di sini. Dia juga pndai mengaji Quran. Kelebihan yang jarang2 ada pada seorang gadis kampong di Kemboja. Sesuatu yang aku kesali sehingga ke hari ini, aku tidak punya kuasa atau duit. Jika tidak dia akan aku bawa ke sini. Biar die kaya dgn ilmu biar dia kaya dgn ilmu agama agar die dapat kembali berbakti pada keluarga dan masyarakat. Walaupun aku tak nampk jalan keluar bg dia aku tetap berikan die semangat untuk belajar. Mmg dia pun teringin sgt nak belajar di Malaysia. Aku katakana pada die, jika suatu hari nanti bukan rezeki die belajar di Malaysia jgn die berhenti mencari llmu, university di Kemboja juga tidak kurang hebatnya. Cuma die kena pandai mencari jalan keluar untuk ke menara gading. hari berangkat kami sebelum berangkat meninggalkan kampong shnng, die menangis, kami menangis. Kami terlalu rapat. Aku tahu dia mula bersemangat bila mendapat tahu bahawa kami semua berumur 24-26 tapi masih belajar lagi sebab di kampong nya 20-an sudah berkahwin. Sesuatu yg aku sendiri pun tak boleh nak rasai apa yang dia rasa. Doa aku mohon agar die selalu kuat. Duduk di kalangan mereka yg bukan berpendidikan tinggi nyata akan  sentiasa mengoyahkan semanagatnya.
Aku ringkas kan disini, banyak perkara yang kami belajar sepanjang berada di Kemboja. Bg aku, setiap pada kita jika ada peluang datang la kesana. Beri dan beri lah apa sahaja yang ada pada kita. Samada dalam bentuk pakaian, makanan atau ilmu. Kerana di sana segalanya tandus. Kanak-kanak dan remaja ketandusan ilmu. Warga-warga tua jua dahaga kan ilmu. Jika yang baca entry ini adalah seorang yang berkuasa, manalah tahu yg baca ni anak putera puteri raja ke dato ke Tan Sri ke, apalah salahnya mengambil mereka menjadi anak angkat. Kita berikan mereka peluang untuk belajar kemudian di akhirnya biarkan mereka menyebarkan ilmu agama di sana, moga pahala kita berpanjangan sehingga kita mati. Moga ada sesuatu yang kita boleh bawa ketika kita berhadapan dgn Allah. insyallah, aku letakkan ‘kembali semula ke Kemboja’ dalam plan hidup aku. Jom korang~!kita pergi bersama-sama.~!!!(^_^)
atas 'tuk tuk', dekat thailand pun ada mcm ni jugak.

mak angkat yg ketiga.

syoknya kak fi~

di kampong chnnng

ummu barakah.

aku dah kata, budak2 ni tak pakai selipae