1

Akhirnya

Assalaamualaikum wrt wbh

Phewww.  [Apabila melihat blog ini lama tak dikemaskini, ingatlah bahawa bukan sorang, tapi lebih daripada sepuluh orang yang terlibat dalam aktiviti tidak-mengemaskini-blog tersebut. Sila ambil ihtimam]. Attention all! Do you have anything interesting to share? Do you think other people can learn from any of your life experiences, however kecik/nampak macam bosan? Do you have 15 minutes (kalau internet laju ah)? Blog it. Do you own a smartphone with good internet connection? You have, like, no excuse. Ye, mari bersama-sama menambahkan perkongsian bermanfaat di sini.

*            *            *

Menemui kawan-kawan saya yang sangat istimewa. Apa khabar? Semoga sihat dan gembira. Aku dengan kak So tengah duduk-duduk kat bilik aku. Petang tadi kitorang mengajar kat Al-Amin, buat interview untuk budak-budak yang baru nak masuk kelas tahfiz...rupa-rupanya ada ex-student Maahad Az-Zahra' yang jadi interviewee tadi...and she knows Ustazah Sharifah Zahidah and Ustazah Iimaan. (Nama dia Sharifah Salwa.)

UIA sekarang ni ada students dari CFS (Center for Foundation Studies) masuk kat main campus. Bukan masuk sebagai pelajar undergrad, tapi sebagai pelajar matric, maknanya kampus matric diorang kat Gombak. Mahallah aku yang lama (Mahallah Maryam) sekarang jadi mahallah untuk budak-budak matric tu. Gaya CFS students memang LAIN sangat dengan kitorang. Contohnya: pakai baju Melayu, songkok, tucked-in shirt (lengkap dengan tie, etc -- BTW siapa yang cipta necktie hah aku tak faham apa fungsi dia)...pastu petang-petang diorang jalan-jalan keliling kampus dalam kumpulan. Kadang-kadang nampak macam suasana kat DQ hahaa. Yang perempuan pun, biasanya berbaju kurung alhamdulillah. Penggayaan tudung tu taklah sehebat seniors. Hari Rabu pakai tudung putih. Jadi, kadang-kadang aku rasa macam aku ni bukan kat UIA Gombak, tapi SMKA Gombak. And don't forget the matric card! Budak-budak matric rajin pakai matric card. Undergrads and postgrads...mungkin satu dalam seribu yang pakai (and this is no exaggeration). Korang tengok dalam cerita Nur Kasih diorang pakai kad matrik kan kat UIA. Nampaknya diorang tak buat research betul-betul. Student UIA yang sebenar jarang sangat nak pakai kad matrik.

Apapun, baik jugak ada CFS students kat sini. Pemakaian diorang decent, akhlak pun masih cool Insha Allah -- biar jadi peringatan untuk budak-budak undergrad yang semakin berumur, semakin yakin untuk berubah (kalau perubahan yang menambahkan iman no problem; tapi kalau perubahan ke arah kefasikan...harap-harap dijauhi). Undergrad students bukanlah jahat (of course not), tapi ada segelintir yang at times seolah-olah lupa identiti diri (selaku Muslim). Yang paling tragis tu yang lupa gender sendiri. How many she-males do we have in IIUM? Too many. Semoga mereka diberi hidayah untuk bertaubat dan kembali ke jalan normal dan benar. The lecturers and staff pun dah sangat risau dengan kewujudan golongan lelaki lembut ni, lalu telah merangka dan mengambil tindakan untuk membetulkan keadaan...tapi maklumlah, bukan senang untuk mengubah orang.

Sekarang tengah cuti, tapi seminggu setengah lagi je tinggal. Lepas tu semester baru. Kelip-kelip mata je dah tahun tiga. Kepada yang belum masuk tahun tiga/dua/empat, jangan risau. Esok lusa sampailah, sekejap je.

Ada lagi benda lain aku nak cakap. Tapi ada kerja lain tak siap lagi.

Korang pulak update.

P.S.: Cerita Puan Seri kawen pun belum di-post. Sepatutnya kak Seri selaku gangleader, harus mendapat liputan yang lebih segera dan meluas. Tapi khabarnya reporter sibuk dengan pelajaran dan hal-hal lain.

1 comments:

hasery said...

tu la...xde sape nak masukkan...sedey je...hahaha...