1

Surat daripada Sharifah Zahidah

Assalamualaikum Iman. Minta tumpang letakkan post ni dekat www.klsentral3pm.blogspot.com boleh? Harap tumpangan diterima!
 Merujuk kepada post “Tahniah, Sharifah Zahidah!” bertarikh 10 Jun 2011.

Iaitu, sehari sebelum pernikahan ana.


Tahu tak, sebenarnya, baru semalam ana tahu wujudnya post berkenaan. Bukan tak buka www.klsentral3pm.blogspot.com. Selalu aje buka tapi mungkin dalam fatrah nak bernikah tu, ana jarang-jarang online menyebabkan post tu tersepit antara post-post yang lain sampai ana tak perasan pun post tu.


Alkisahnya, ana rasa bersalah sangat sebab tak respond pada post berkenaan. Orang ucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan kita, paling kurang ana ucaplah terima kasih. Tapi tak dapat nak ucap thanks and give respond sebagai tanda appreciate, sebab tak tahu.


Tahu tak? Happy sebab awak orang semua wish macam tu. Seriously happy, ucapan yang simple tapi betapa besar maknanya buat orang yang menerima, dan yang tahu menghargainya, inshaALLAH.


Terima kasih kawan-kawan semua; especially author post berkenaan, sebab mendoakan kebahagiaan ana. InshaALLAH, sehingga saat ana menulis ni, doa kalian tentang itu sentiasa terkabul. AlhamdulILLAH, bahagia. InshaALLAH, doakan kami murah rezeki, cepat-cepat boleh pulang Malaysia dan buat majlis di Malaysia yang akan dimeriahkan oleh antunna semua. InshaALLAH ameen.


Ada yang kata tak dapat email jemputan dan hebahan dari ana. Ouh, ana betul-betul kesal dan minta maaf untuk kesilapan tu. Email ana – memang ada masalah. Ada certain emails dia hantar, ada certain emails dia masuk spam inbox dan ada certain emails dia langsung tak hantar. Kepada sesiapa yang berkenaan, ana minta maaf. Tapi, kalau awak orang semua kenal ana, rasanya awak orang yakinkan (?) ana takkan senyap-senyap aje sengaja taknak bagitahu tentang pernikahan ana. Oh, tak mungkin!


Ceritanya panjang. Dipendekkan, ada banyak sebab kenapa tak sempat nak hebahkan awal-awal dan akhirnya mengejutkan ramai kawan-kawan tentang Sharifah Zahidah nak menikah? Ringkasan, semuanya berlaku dengan pantas dan unexpected, termasuklah oleh diri ana sendiri. It takes me quite months to believe that I am already married with my spouse today, nak kata betapa unexpected-nya ana termenikah sebelum umur 26 tahun macam yang dok plan muda-muda dulu. Hihi. Ala kulli hal, AlhamduliLLAH dan subhanALLAH di atas perencanaan ALLAH ini.


Akhir kata, semoga antunna semua bahagia dan berjaya selalu. Keep updating the blog kawan-kawan, ada pembaca di sini yang merindui antunna semua, okay!


Assalamualaikum.
Terima kasih Iman, sebab tolong. ALLAH yazidkil khair. Terima kasih kawan-kawan, sebab ijin pinjam ruang. ALLAH yardha alaikunna. ;)

1 comments:

Maryam said...

:D :D :D :D :D