7

USS - Catatan sebakul memori

Mewakili diri sendiri dan Kak Solehah.
Walaubagaimanapun, apa khabar sekalian rakan-rakan yang dirindui?

Assalamualaikum wrt wbt.

Jangan nangis boring ye semua makhluk. =D

Ok kali ni berkongsi pengalaman jalan-jalan sekitar JB dan Singapore. Highlight part kat USS (Universal Studios Singapore).

Jalan cerita aku tak seDRAMAtik Mai’s bedtime story.

Bermula dengan hari pertama, Khamis – 28 Julai 2011. Jam 7.30 pagi bertolak ke JB dari Stesen TBS (Terminal Bersepadu Selatan). Buat pengetahuan semua, ni kali pertama rasanya aku naik bas ekspres. Sampai Tune Hotel, Danga Bay around 11.30 am. Awal lagi kan? Rasa macam nak terbang pergi Singapore hari tu jugak! Tapi, bila suarakan hasrat kat rakan-rakan sepasukan, nampaknya terpaksa lupakan. Kitorang sepakat jalan-jalan kat JB je hari tu. Ingatkan JB best lah jugak kan. Dah la Danga Bay. Macam tempat pelancongan je bunyinya. And there you go…


Cantik tapi tak berguna lagi

Angin sepoi-sepoi tak reti bahasa

Sekitar Danga Bay - kosong!

…macam padang jarak padang tekukur. Sayang betul. Ada tempat macam menarik tapi ditinggalkan. Macam baru lepas perang atau rusuhan. Tapi tetap semua diam taknak pergi Singapore hari tersebut. Yakinkan diri bahawa Bandar JB nanti menjanjikan sesuatu yang exciting. Haishh.

Boringnya nak cerita pasal hari pertama ni. Rasa tak sabar nak cerita hari kedua, sama macam perasaan hari pertama tu tak sabar nak tunggu hari kedua nak jejak kaki kat Singapore, nak merasai keseronokan kat USS. Hehehe.

Sebelum berlepas

Hari kedua bertolak dari Tune Hotel tersebut terus ke Resort World. Kat situ ada Sentosa dan USS. Kitorang pergi USS sebab tiket tu je yang ada. Masa naik escalator, ikut petunjuk Universal Studios tu, dalam hati macam kosong. Berdebar sangat agaknya. Haha…gila exaggerate! Sebelum sampai tangga terakhir, dah nampak globe universal tu.


Oh no, panic semua orang time tu. Over excited. Lari tanpa segan silu menuju ke globe tersebut. Kalau boleh makan, rasanya dah hilang globe tu kena baham dek keterujaan manusia-manusia. Haha, I still can imagine exactly how everyone show their excitement spontaneously. Kak Solehah pun sama kan? ke.. Hehe…

Semua orang like, “Aku macam tak percaya dah ada kat sini.” “Finally, kita sampai pun USS.” Dengan muka excited habis dan terharu sekali. Wawawa, takda siapa menangis kan? ;p



Padahal kan, USS tak bukak pun lagi! Baru pukul 9.00pagi, sedangkan USS bukak jam 10.00 pagi. :p

Sementara tunggu USS bukak, photo shoot lah kan. Dengan pelbagai ragam dan gaya. Kat sekeliling globe tu ada macam debu-debu air tu. Ceh, kononnya macam sejuk sangat lah kan kat situ. But, it’s not. Bukan highland pun USS tu kalau aku tak silap lah. Masa tu early in the morning, sebab tu sejuk sikit dan ada effect fog tu menambah lah keperasanan.

Ding, jam hampir pukul 10.00! Masing-masing dah sibuk buat barisan nak masuk studios sebenar. Kat Singapore memang terang-terang nampak budaya berbaris. Kat mana-mana pun.
Kak Solehah dengan bahagianya melintasi bahagian cek tiket

Hollywood Blvd

Dan, jejak je Universal Studios, camera(s) dah tak tentu arah. Antara nak tangkap perkara-perkara menarik di sekeliling atau nak suruh rakan tangkapkan gambar kita sebagai bukti kita dah sampai situ.

Timbul isu di sini, siapa ambil gambar siapa ni

 Tak dapat belajar kat overseas, tumpang rumah orang bergambar pun jadilah

 with Mr WP aka Si Burung Belatuk?

Korang rasa betul ke orang yang jadi kungfu panda ni tengah senyum bulan sabit macam tu?
Satu nafas lega macam kedengaran. Lalu yang ahli pemikir mula cari plan. Yang tak berapa fikir, Cuma tengok-tengok, sokong dan tunggu. Besar kot USS tu. Macam satu kampong lebih kurang. Lenguh jugakla nak pusing.
Nostalgik!

Set, tempat pertama yang dituju ialah Roller Coaster! Sepanjang jalan nak pergi tempat RC tu, ada banyak persinggahan ambil gambar dengan makhluk-makhluk asing dan watak-watak kartun. Macam watak-watak tu cuti shooting dan buat road tour kat USS. Ada Charlie Chaplin, Woodie Woodpecker, perempuan seksi baju merah + skirt pendek + rambut tajam-tajam + mulut muncung, Kungfu Panda dan macam-macam lagi.


Sampai kat tempat Roller Coaster, Kak Solehah tak boleh join, sebab dia dah pernah janji dengan ayah dia tak naik roller coaster. Kan ? So, kitorang berlima. Ada dua roller coaster kitorang main kat situ.


Tak sangka aku berjaya mengharungi ketakutan panjat dan terbang atas robot biru merah tu
Huh! Tak yah cite la. Memang sangat giler thrill!! Yang kaler biru terpaling takut. Haha..tapi best lah. Dia pusing dan terbalik-terbalik. Ada satu part tu, aku rasa air-air kat muka. Tak pasti air tasik ke air yang dibuat-buat.

Yang warna merah tu ok sikit. Dia tak terbalik lama-lama berdasarkan trek yang diperhatikan. Tapi, yang thrill dia waktu mula-mula lagi. Seat dia punya penutup keselamatan. Cuma bahagian tempat duduk je! Kat badan kita takda pape. Memang seriau laa. Semua orang yang excited tetiba tanya sesama sendiri,

“Eh, selamat ke ni weh?” Haha.. tapi nasi dah jadi bubur, tak sempat soalan tu berjawab, trek dah bergerak. Oh oh, lajuuuuuuuuu gila weh! Pusing-pusing tu ada gak. But finally, semua selamat sampai balik. Tak ingat dah sangat macam mana yang dia boleh buat kita tak payah pakai keselamatan kat badan tu. Hehe

Lepas tu semua pening-pening dah. Lapar lah. Ada yang dah taubat nasuha. Taknak naik yang roller coaster dah. Hehe. Ada jugak yang rasa nak panjat lagi sekali, nak kena pusing lagi.

Jadi kitorang pegi makan jelah. Kat Mel’s Drive-In. Macam McDonald. Halal!
Lunch burger $12 kat dalam ni
Pastu teruskan perjalanan cari games lagi. Macam budak-budak je rasa time tu. 

 Waterworld..ada show time ni tapi ktorg lalu je sb bnyk lg yg nak main

 ada satu adrenalin rush punye game dlm ni..tp tutupla pula game tu. so end up main dino terbang-pusing2 macam kat funfair tu..

Aku dah tak ingat sangat kitorang main apa ikut turutan. Tapi kitorang ada main coaster lagi yang mini punya. Kak solehah dah boleh main yang ni. Hehe..tapi tak takut pulak dah. Hampir tak thrill langsung. Ada satu coaster tu aku terbawak handphone. Hang kat leher. Tak ingat. Haha. Dah naik trek baru gubra. Lalu aku cepat-cepat sekat kat tempat duduk. Rupa-rupanya masa dia gerak tu laju je. Semua macam ready , “Aaaaa…” dengan nada permulaan. Tetiba dah sampai. Hehe

Ada 4D punya theater. Tapi sekejap jelah. Rasa air, geli-geli kat kaki, naik keldaiku lari gagah berani, terbang dan lain-lain.

Sepanjang kitorang jalan dari satu stesen ke stesen yang lain, perkara wajib ialah ambil gambar. Kawasan-kawasan atau points kat situ macam-macam suasana. Macam NY ada, Hollywood, Egypt, kat kem askar, jungle dan macam-macam lagi. Lagi satu, setiap point mesti pergi kedai souvenirs. Mahal jugak barang-barang kat situ. Ada cop Universal Studios je pun.:p

New York St!

Madagascar!(moto moto...)

Ikut kata persetujuan ahli yang main semua games, yang paling thrill ialah roller coaster biru (Cyclon kot namanya). Dan yang paling interesting, adventure kat Ancient Egypt. Dia punya roller coaster bawah tanah rasanya. Ke dalam bangunan. Gelap. Ada effect api, terjunam, terhentam dinding. Yang paling best sebab kitorang duduk seats depan sekali! Whoa whoa!
Kawasan Ancient Egypt


Dah 6.30 petang rasanya time tu. Solat belum lagi. Dengan bantuan Kak Solehah kitorang basahkan restroom diorang sikit-sikit, cari tempat solat kat belakang batu-batu besar, guna kompas kiblat dalam fon, bentang kain dan solat. Lega semua orang. Senyum je walaupun penat gila gila dah. 
 solat kat Ancient Egypt


Pastu ada show kat jalan-jalan situ. Tengok lah sekejap. Rehatkan kaki. Kitorang punya bas pukul 10.30 malam. Lambatnyaaaa nak tunggu masa berjalan waktu tu. Masing-masing buatlah apa-apa dalam studios tu sementara bukak lagi sampai 9.30 malam. Sebelum tutup, ada fireworks kat situ. Cantik lah jugak. Tapi ramai sangat orang time tu. Tak dapat nak tengok jelas.
Yana, Dayah, Kak So, Sarra, Leila, Im*n
Dan akhirnya sampai hotel balik dalam pukul 1.00 pagi lebih camtu. Yeke Kak Solehah?

Sepanjang kat sana, aku selalu je cakap dengan Kak Solehah, kalau kita ramai-ramai boleh buat trip macam ni, mesti meriah dan best. Maryam, mintak parents awak jalan-jalan kat JB atau Singapore pada waktu yang sama. Kalau mereka nak join boleh jugak. Tapi bagi aku, aku tak nak parents aku join. Tak sesuai rasanya. Haha.
Agak-agak diorang heran tak benda ni haha

 night scene
Kepada semua rakan-rakan yang dikasihi, next time kita plan, buat trip sama-sama kita. Ok, chill everyone.
Selamat berpulun dalam Ramadhan kali ini. Semoga ianya lebih terbaik daripada yang sebelumnya. Ingatlah, orang berpuasa doanya mustajab. :D

7 comments:

one_tick said...

menarik whoa whoa~ haha suke watak pe name die, katun yg pertame ni, ape name die? dalam cite mdagascar kan,a pe name die heh best la, nnt nak jalan2 jugak dgn korg~ bile ntah kan -_-" tahniah la kak so n iimaan n kawan2 sume dapat jalan2 melihat alam sesame~ dan mendapat pengalaman kali pertama naik bas ek :)))

p/s : iimaan, baju awak tu kite macam kenal la...huhu

Maryam said...

Jelaslah, trip korang ke USS/Singapore yang ni memang memuaskan hati. Lepas ni pegila Underater World pulak. Iimaan...nak ajak mes parents?! Diorang tak mainla trip camni. Hahahaaaa. Tengokla satu hari nanti...

Wani. Binatang yang jadi bomoh tak betul tu eh? Haha rasanya semua orang ingat nama Moto-Moto je kot!

i-alice said...

Yang binatang tu rasanya King Julien kan? mata dia macam wani eh? hehe kidding!

Wani, baju macam kakak awak punya ke.hehe

Maryam, sebab tu la kita kata biar parents awak pergi shopping tempat lain kat Singapore. Tempat macam ni memang tak main lah. hehe...

Apa-apa pun, ada tempat lain yang lagi best daripada sini. (memang lah kan!) ;P

nurmysara said...

aik..mane hilang komen aku..

kuchay said...

bestnye lahai..plan la..g rmai2 msti best gler..kecoh uss kna serbu..:D

nurmysara said...

heh~..aku nk komen sekali lagi..~~
imaann~~!!!best la..aku tak kire hujung tahun ni nak pergi jugak..HAHAHAHA..sape nk join?jom le...serius ni~..kite cari date sesuai n mulekan simpan duit dr skang..heee~~!!!

about us said...

berapa jam yer perjalanan dari tbs ke jb...overall budget nk g uss berapa yer..Anyway, sronok tgok korang slt kat banggunan tue