5

wrap up Guangzhou!

dalam subway. peta tak leh pisah tu..ummu tolong jadi asst aku pgg kan buku..hehe..

Assalamualaikum aku ucapkan kepada semua pembaca yg budiman...hehehe
hari ni aku nk habiskan/khulasohkan/simpulkan pengalaman ktorg di Guangzhou walaupun dah basi dah cite nih..heheh...tp sbb hari tu kan aku dah janji nk wrap up cite GZ ni pasal artikel part4 tu kurang disenangi oleh aku...jadi aku dgr sedaya upaya merajinkan untuk menulis..

apa yg korg tak tahu??
1)sehari sebelum bertolak ke GZ passport kak fi hilang!tp naseb bek pagi nak turun masuk Malaysia jumpe passport dalam laci mama nya.(^_^)..

2)aku dgn hib self-checking flight ktorg sehari sebelum bertolak. unfortunately, aku, kak fi gn ummu duduk satu row, tp hib tercampak sorg2 kat depan sekali. jadi, ktorg decide untuk beli seat supaya hib tak duduk sorg2, maka aku duduk sebelah hib dan kakfi gn ummu duduk bersama.(^_^)

3)semua informasi berkaitan dengan GuangZhou dah dikumpulkan sejak awal tahun lagi.hahaha..habis semua forum, group aku jejaki..berbaloi baloi~!

4)sorry eh..aku edit balek yg ke 4 ni..bile bace balek rase mcm meluat pulak...hahaha..

5) ada sekali tu terjumpa dgn 4 org arab dr Saudi. dorg ni baya2 macam ustaz ubadah je. mule2 ktorg tolong tangkapkan gmbar untuk dorg sekali sembang pulak. jgn main2 ckp arab tu..hahaha..hib tolong bg th direction mcm mane nak g restorant muslim sbb dorg ni tak makan apa-apa lagi dari tiba di GZ. sekali sembang punya smbang salah sorg dari lelaki arab nih ckp kat aku..masalahnya aku tak paham sbb die ckp laju cmpur ckp pasar. tp yg aku dapat tangkap 2 perkataan je smbil tunjuk2 kat baju aku..maqosid gn malabis..hahaha..serius!bukan aku je tak paham hib ummu gn kak fi pun tak paham jugak pastu dok2 tunjuk2 kat jubah yg aku pakai. dlm hati aku " eh, salah ke aku pakai jubah kat GZ ni, haram ke.."hahaha...sekali bile die translate eng rupanya die tanya SAIZ jubah aku tu..mungkin wife die tinggi aku gak kot..hahaha..so bukan la maqosid tp maqoyis..hehehe....

6)imegresen kat airport GZ plg ketat/teruk/tak mesra pelanggan.serius~!tak tipu. dah la die cek badan sorg2. siap sume bnde di angkat nya..huhuhu..besi kan tak boleh bawak naik flight tp sbb dlm handbeg hib ade kunci rumah pun habis kena selongkar handbeg nyer..huhuhuh...lps tu, cara dorg layan org kulit hitam lagi2 yg datang dari benua Afrika mmg tak patut la.tengking dah satu hal. pastu kasar pulak tu. ish~..mmg tak sedap mata memandang..kesian pun ade..mcam ade double standart pulak.

7)waktu tgh beratur lagi untuk cop passport kat aiport guangzhou tu, aku terserempak gn 2 cina dari msia.(tahu die dari msia sbb die satu hotel gn ktorg n dah pernah sembang). tibe2 apek cina tu ckp cina gn aku, "apsal korg lmbat ni,,kena tahan kat depan ke tadi?"lps tu aku jawab melayu je.." haah, kena tahan sbb bawak kunci rumah je pun..."pastu apek cina tu ckp.."agaknya semua org kena tanggal baju baru dorg ni puas hati nak cek.."hahah..pastu ktorg gelak a dgr apek tu ckp..nmpk la die pun hangin gn pegawai2 kastam ni ni..mungkin awek die kena cek tu ...hahaha...

8)ade satu cite menarik tp aku tak bleh cite kat sini. nanti jumep aku cite..hahahah

9)mase smpi kat msia, aku gn hib dah lepas dulu cop passport kat lcct. ummu gn kak fi dorg kena beratur yg bahagian kemasukan foreigner dlm negara. yg menarik nya, org disekeliling ummu gn kak fi ni dok ckp2..dorg pelik apsal ummu gn kak fi beratur kat situ sbb dorg ingt ummu gn kak fi ni org msia. ptt nya beratur kat tmpat lain. ada tu pegawat imegresen tu pandang lain mcm je..kebetulan, ramai pulak org yg beratur. kakfi gn ummu diam je lah tp dalam hati dah panas je..hahaha..yelah, muke org melayu kat singapore gn msia mane ade jauh beza pun...heheh..sabar lah korg eh..(^_^)

10)next time kalo aku pergi lagi, aku mungkin akn duduk di hotel yg sama sbb die centre bndar Guangzhou nih. hehehe...

11)ada satu perkara yg mcm kelakar skit. disbbkan otak aku dah penin sbb proses untuk translate dr cina to malay, jadi kadang2 bila aku ckp gn org kedai termix dgn bahse melayu, kdg2 ckp gn hib, kak fi gn ummu termix ckp cina..ade sekali tu lepas dah jumpe gn arab mane ntah..aku terckp arab gn kak fi..aku nk jawab "YA" tp jawab "na'am..hahaha..mmg kacau bilau otak, dr pg smpi mlm dok ckp cina broken..smpikan boleh kamceng gn makcik cleaner,,hehehe..

12)ade sesetengah org msia yg jumpe ktorg ingtkan ktorg student kat sane..hahahaha..

13)hari terakhir, suare aku dah lain mcm..mcm dah serak2 gitu..bnyk sgt ckp+gelak+merapu2 gn hib..hehe..then, smpi je msia suare aku makin serak..bile aku smpi Ipoh pukul 5.30pg dr LCCT, suare aku dah putus2..tak boleh ckp dah..mak ayah aku bile jumpe terkejut la tgok aku dah putus2 ckp...siap kate nak bawak g hospital sbb risau la jangkitan ke ape ke kan..tapi tak pergi pun..dah tak larat dah..hahaha..akhirnya selepas berehat 3 4 hari baru suare aku ok balek..kecian, smpi nk ckp gn akak aku pun pakai bahse isyarat tgn..hehehe...

14)satu perkara yg baru aku sedar ialah, China sgt maju dalam pembikinan sekecil2 micro atau cip sehingga sebesar2 keretapi laju dorg, namun apa yg aku nk tekan kan kat sini, suatu penguasaan bahasa bukan lah menjadi kayu ukur bagi kemajuan negara tersebut malah dari apa yg ktorg alami di sana, kami bahkan kena berkomunikasi dalam bahasa mereka bukan 'bahasa dunia'. negara-negara seperti jepun, korea dan china adalah dari satu rumpun tp dorg berjaya dari segi teknologi yg sungguh canggih walopun kalo korg tgok bahasa inggeris dorg adalah sgt rendah berbanding kita di sini. aku juga tak kate lah semua negara org puteh tak bagus..dorg juga sgt bagus dalam bidang teknologi. cuma teringat dulu org politik gado2 pasal ppsmi..haha..ape lah yg aku sampaikan sebenarnya nih..(ak bukan sorg yg pndai memberi pndangan atau hujah..kalo nk ajak sembang kosong boleh la..hahaha)

jadi kesimpulanya, perjalanan ke bumi guangzhou telah memcatatkn satu lembaran yg bermakna bg kami yg pergi ini. selain dari berjalan melihat negara org kami juga belajar budaya mereka. apa yang baik dari pengalaman ini ambil lah sebagai pnduan yg negatif tu tinggalkan. seronok dapat share cite ni dgn korg...tp klo korg semua pergi kan sng, aku tak yah cite...hahahahaha..ok la..aku selitkan beberapa gmbar disini yg aku tak masukkan dalam facebook aku...jumpa lagi untuk next trip ok(^_^).
di depam chan clan academy, ade chiness girl volunteer amikn pic ktorg..hehe


ape yg digelakkan tuuuuu..heheh
ini penghujung Beijing road. ntah mane2 ntah ktorg tngkap..ni pg hari 1st
ni gn kak..aku lupe namenye..die doctor, turun Gz saje jalan2..hee~
ini lah travel guide ktorg, ade map subway, buku yg aku tmpal2 maklumat GZ, kamus eng-china, yg buku calour pink tu kamus bergambar, contoh tak tahu nk mentak sudu kat org hotel, aku tunjuk je gmbr sudu dlm ni..heheh..so jgn risau klo tak boleh ckp cina..ini semua boleh tolong~


ptt ke aku masukkan gmbo  ni..hehe
tgh tunggu pintu lif bukak. ktorg nk g Zongda
apsal aku ase mcm duyung je..haha..pakai jubah ni la kena tegur gn pak arab tu..buat cuak je..(^_^)

kak fi mcm bese tolong tngkap kan gmbr ktorg...

haaa..dpt pun..abis la aku kena nanti kalo kak fi tgok pic2 kat sini..p/s:kak fi, u boleh delete mane2 g,bo yg u suke..hehe


caakk~!awak tak nmpk muka saya kan..-kate kak fi..hehehe..peace~

ni muke2 dah penat jalan..kaki tu kalo boleh diterjemahkan mmg dah bengkak2 la..



aik..apsal hib tutup mate..heheh, ni hari last...shopping sakan~

ape ummu beli tu??heheh


ni dr camera abg izwan.ish2~..bnyk betol gmbr ktorg dlm fb abg zul..adeeeh~..tak tapis lak tu..hahah..

aku dgn hib lagi...(^_^)

hahahaha...lompat plg cantik ummu!!hee~

ktorg nk jual, satu=RM1..sape nk??hehe

mate kak fi dah berpusing2 nk pilih brooch ni..bnyak sgt pilihan nya..hehe
3

Angsa terlepas

Angsa jiran aku ada tiga ekor anak. Dah besar jugak. Baru-baru ni, selalu je anak angsa terlepas keluar, atau ke sebelah (rumah kitorang). Lepas tu tak pandai cari jalan balik.

Anak-anak angsa ni takut orang.
Bila datang dekat nak amek diorang, mulala gelabah.

Taktaulah diorang keluar mula-mula ikut lubang mana. Rasanya ikut pagar depan rumah dia (ada lubang), lepas tu diorang jalan-jalan masuk rumah kitorang ikut pagar depan.

Kalau orang tak datang dekat diorang buat bodoh je. Siap patuk-patuk barang kat tanah. Apentah yang sedap sangat.
Susah sangat nak tangkap. Dahlah tiga ekor. Lantaklah.
7

USS - Catatan sebakul memori

Mewakili diri sendiri dan Kak Solehah.
Walaubagaimanapun, apa khabar sekalian rakan-rakan yang dirindui?

Assalamualaikum wrt wbt.

Jangan nangis boring ye semua makhluk. =D

Ok kali ni berkongsi pengalaman jalan-jalan sekitar JB dan Singapore. Highlight part kat USS (Universal Studios Singapore).

Jalan cerita aku tak seDRAMAtik Mai’s bedtime story.

Bermula dengan hari pertama, Khamis – 28 Julai 2011. Jam 7.30 pagi bertolak ke JB dari Stesen TBS (Terminal Bersepadu Selatan). Buat pengetahuan semua, ni kali pertama rasanya aku naik bas ekspres. Sampai Tune Hotel, Danga Bay around 11.30 am. Awal lagi kan? Rasa macam nak terbang pergi Singapore hari tu jugak! Tapi, bila suarakan hasrat kat rakan-rakan sepasukan, nampaknya terpaksa lupakan. Kitorang sepakat jalan-jalan kat JB je hari tu. Ingatkan JB best lah jugak kan. Dah la Danga Bay. Macam tempat pelancongan je bunyinya. And there you go…


Cantik tapi tak berguna lagi

Angin sepoi-sepoi tak reti bahasa

Sekitar Danga Bay - kosong!

…macam padang jarak padang tekukur. Sayang betul. Ada tempat macam menarik tapi ditinggalkan. Macam baru lepas perang atau rusuhan. Tapi tetap semua diam taknak pergi Singapore hari tersebut. Yakinkan diri bahawa Bandar JB nanti menjanjikan sesuatu yang exciting. Haishh.

Boringnya nak cerita pasal hari pertama ni. Rasa tak sabar nak cerita hari kedua, sama macam perasaan hari pertama tu tak sabar nak tunggu hari kedua nak jejak kaki kat Singapore, nak merasai keseronokan kat USS. Hehehe.

Sebelum berlepas

Hari kedua bertolak dari Tune Hotel tersebut terus ke Resort World. Kat situ ada Sentosa dan USS. Kitorang pergi USS sebab tiket tu je yang ada. Masa naik escalator, ikut petunjuk Universal Studios tu, dalam hati macam kosong. Berdebar sangat agaknya. Haha…gila exaggerate! Sebelum sampai tangga terakhir, dah nampak globe universal tu.


Oh no, panic semua orang time tu. Over excited. Lari tanpa segan silu menuju ke globe tersebut. Kalau boleh makan, rasanya dah hilang globe tu kena baham dek keterujaan manusia-manusia. Haha, I still can imagine exactly how everyone show their excitement spontaneously. Kak Solehah pun sama kan? ke.. Hehe…

Semua orang like, “Aku macam tak percaya dah ada kat sini.” “Finally, kita sampai pun USS.” Dengan muka excited habis dan terharu sekali. Wawawa, takda siapa menangis kan? ;p



Padahal kan, USS tak bukak pun lagi! Baru pukul 9.00pagi, sedangkan USS bukak jam 10.00 pagi. :p

Sementara tunggu USS bukak, photo shoot lah kan. Dengan pelbagai ragam dan gaya. Kat sekeliling globe tu ada macam debu-debu air tu. Ceh, kononnya macam sejuk sangat lah kan kat situ. But, it’s not. Bukan highland pun USS tu kalau aku tak silap lah. Masa tu early in the morning, sebab tu sejuk sikit dan ada effect fog tu menambah lah keperasanan.

Ding, jam hampir pukul 10.00! Masing-masing dah sibuk buat barisan nak masuk studios sebenar. Kat Singapore memang terang-terang nampak budaya berbaris. Kat mana-mana pun.
Kak Solehah dengan bahagianya melintasi bahagian cek tiket

Hollywood Blvd

Dan, jejak je Universal Studios, camera(s) dah tak tentu arah. Antara nak tangkap perkara-perkara menarik di sekeliling atau nak suruh rakan tangkapkan gambar kita sebagai bukti kita dah sampai situ.

Timbul isu di sini, siapa ambil gambar siapa ni

 Tak dapat belajar kat overseas, tumpang rumah orang bergambar pun jadilah

 with Mr WP aka Si Burung Belatuk?

Korang rasa betul ke orang yang jadi kungfu panda ni tengah senyum bulan sabit macam tu?
Satu nafas lega macam kedengaran. Lalu yang ahli pemikir mula cari plan. Yang tak berapa fikir, Cuma tengok-tengok, sokong dan tunggu. Besar kot USS tu. Macam satu kampong lebih kurang. Lenguh jugakla nak pusing.
Nostalgik!

Set, tempat pertama yang dituju ialah Roller Coaster! Sepanjang jalan nak pergi tempat RC tu, ada banyak persinggahan ambil gambar dengan makhluk-makhluk asing dan watak-watak kartun. Macam watak-watak tu cuti shooting dan buat road tour kat USS. Ada Charlie Chaplin, Woodie Woodpecker, perempuan seksi baju merah + skirt pendek + rambut tajam-tajam + mulut muncung, Kungfu Panda dan macam-macam lagi.


Sampai kat tempat Roller Coaster, Kak Solehah tak boleh join, sebab dia dah pernah janji dengan ayah dia tak naik roller coaster. Kan ? So, kitorang berlima. Ada dua roller coaster kitorang main kat situ.


Tak sangka aku berjaya mengharungi ketakutan panjat dan terbang atas robot biru merah tu
Huh! Tak yah cite la. Memang sangat giler thrill!! Yang kaler biru terpaling takut. Haha..tapi best lah. Dia pusing dan terbalik-terbalik. Ada satu part tu, aku rasa air-air kat muka. Tak pasti air tasik ke air yang dibuat-buat.

Yang warna merah tu ok sikit. Dia tak terbalik lama-lama berdasarkan trek yang diperhatikan. Tapi, yang thrill dia waktu mula-mula lagi. Seat dia punya penutup keselamatan. Cuma bahagian tempat duduk je! Kat badan kita takda pape. Memang seriau laa. Semua orang yang excited tetiba tanya sesama sendiri,

“Eh, selamat ke ni weh?” Haha.. tapi nasi dah jadi bubur, tak sempat soalan tu berjawab, trek dah bergerak. Oh oh, lajuuuuuuuuu gila weh! Pusing-pusing tu ada gak. But finally, semua selamat sampai balik. Tak ingat dah sangat macam mana yang dia boleh buat kita tak payah pakai keselamatan kat badan tu. Hehe

Lepas tu semua pening-pening dah. Lapar lah. Ada yang dah taubat nasuha. Taknak naik yang roller coaster dah. Hehe. Ada jugak yang rasa nak panjat lagi sekali, nak kena pusing lagi.

Jadi kitorang pegi makan jelah. Kat Mel’s Drive-In. Macam McDonald. Halal!
Lunch burger $12 kat dalam ni
Pastu teruskan perjalanan cari games lagi. Macam budak-budak je rasa time tu. 

 Waterworld..ada show time ni tapi ktorg lalu je sb bnyk lg yg nak main

 ada satu adrenalin rush punye game dlm ni..tp tutupla pula game tu. so end up main dino terbang-pusing2 macam kat funfair tu..

Aku dah tak ingat sangat kitorang main apa ikut turutan. Tapi kitorang ada main coaster lagi yang mini punya. Kak solehah dah boleh main yang ni. Hehe..tapi tak takut pulak dah. Hampir tak thrill langsung. Ada satu coaster tu aku terbawak handphone. Hang kat leher. Tak ingat. Haha. Dah naik trek baru gubra. Lalu aku cepat-cepat sekat kat tempat duduk. Rupa-rupanya masa dia gerak tu laju je. Semua macam ready , “Aaaaa…” dengan nada permulaan. Tetiba dah sampai. Hehe

Ada 4D punya theater. Tapi sekejap jelah. Rasa air, geli-geli kat kaki, naik keldaiku lari gagah berani, terbang dan lain-lain.

Sepanjang kitorang jalan dari satu stesen ke stesen yang lain, perkara wajib ialah ambil gambar. Kawasan-kawasan atau points kat situ macam-macam suasana. Macam NY ada, Hollywood, Egypt, kat kem askar, jungle dan macam-macam lagi. Lagi satu, setiap point mesti pergi kedai souvenirs. Mahal jugak barang-barang kat situ. Ada cop Universal Studios je pun.:p

New York St!

Madagascar!(moto moto...)

Ikut kata persetujuan ahli yang main semua games, yang paling thrill ialah roller coaster biru (Cyclon kot namanya). Dan yang paling interesting, adventure kat Ancient Egypt. Dia punya roller coaster bawah tanah rasanya. Ke dalam bangunan. Gelap. Ada effect api, terjunam, terhentam dinding. Yang paling best sebab kitorang duduk seats depan sekali! Whoa whoa!
Kawasan Ancient Egypt


Dah 6.30 petang rasanya time tu. Solat belum lagi. Dengan bantuan Kak Solehah kitorang basahkan restroom diorang sikit-sikit, cari tempat solat kat belakang batu-batu besar, guna kompas kiblat dalam fon, bentang kain dan solat. Lega semua orang. Senyum je walaupun penat gila gila dah. 
 solat kat Ancient Egypt


Pastu ada show kat jalan-jalan situ. Tengok lah sekejap. Rehatkan kaki. Kitorang punya bas pukul 10.30 malam. Lambatnyaaaa nak tunggu masa berjalan waktu tu. Masing-masing buatlah apa-apa dalam studios tu sementara bukak lagi sampai 9.30 malam. Sebelum tutup, ada fireworks kat situ. Cantik lah jugak. Tapi ramai sangat orang time tu. Tak dapat nak tengok jelas.
Yana, Dayah, Kak So, Sarra, Leila, Im*n
Dan akhirnya sampai hotel balik dalam pukul 1.00 pagi lebih camtu. Yeke Kak Solehah?

Sepanjang kat sana, aku selalu je cakap dengan Kak Solehah, kalau kita ramai-ramai boleh buat trip macam ni, mesti meriah dan best. Maryam, mintak parents awak jalan-jalan kat JB atau Singapore pada waktu yang sama. Kalau mereka nak join boleh jugak. Tapi bagi aku, aku tak nak parents aku join. Tak sesuai rasanya. Haha.
Agak-agak diorang heran tak benda ni haha

 night scene
Kepada semua rakan-rakan yang dikasihi, next time kita plan, buat trip sama-sama kita. Ok, chill everyone.
Selamat berpulun dalam Ramadhan kali ini. Semoga ianya lebih terbaik daripada yang sebelumnya. Ingatlah, orang berpuasa doanya mustajab. :D