2

Tahniah, Sharifah Zahidah!

Di kesempatan ini, kami, semua ahli klsentral3pm/bilik centre, ingin menyampaikan jutaan tahniah kepada Sharifah Zahidah binti Syed Nooh atas pernikahannya dengan Muhammad Ammar Bin Haron, penuntut Tahun 2 Kuliah Dakwah, Universiti Sheikh Ahmed Kuftaro, Syria.

Pernikahan berlangsung pada hari Sabtu 11.6.2011 di Masjid Manjak, Dimashq.

Alhamdulillah!

Walaupun ini adalah pernikahan yang paling TAK SANGKA, tapi kami semua bersyukur sangat-sangat sebab Zahidah dah bertemu dengan soulmate dia. Walaupun dulu-dulu, ada orang tu kata dia nak kahwin paling awal pun umur 26 (kan?)! Takpelah. Jodoh pertemuan kan rahsia Tuhan (kan Iimaan?)...maka tak hairanlah kalau rupa-rupanya Zahidah dah menjadi isteri 3 years ahead of (her) schedule! Kita semua ada perancangan (atau takde), tapi Allahlah yang Maha Berkuasa menentukan semuanya.

Apa-apapun, ini hari bahagia. Semoga anda berdua sangat-sangat gembira dan tenang dengan ikatan ini.

Mintak maaflah sebab kitorang tak dapat hadir. Macam jauh gitu.

Nanti bila buat kenduri kat tanah air, insha Allah kami datang kalau berkesempatan (terms & conditions apply: hanya dengan izin daripada pihak berwajib).

Kepada Sharifah/Zahidah dan Ammar, barakallahulakuma wa baraka 'alaykuma wa jama'a baynakuma fi khayr!

P.S: We want pictures!