2

Live from Mecca

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah di kesempatan tenet yang laju ni maka berpeluanglah aku nak update beberapa perkara.Pada hari jumaat yang barakah ini dan di bumi barakah ini alhamdulillah dah masuk hari ke-6 kami disini..semuanya alhamdulillah kheyr. mungkin ahad or isnin insha allah berangkat ke madinah.

Perasaan berada di sini..sangat2 bahagia.Alhamdulillah Allah masih rezekikan untuk menjadi tetamunya. moga suatu hari nanti kita semua(aku dan kawan2 sume) dijemputNya menjadi tetamu di rumah Allah ini. 

Keadaan kat sini agak panas 30+ something tapi, alhamdulillah kesihatan semua ok. Kalau pakai baju basah dari hotel sampai masjid dah kering (ampaian bergerak)hehe..mekah boleh dikatakan full of life. macam-macam orang, macam-macam gelagat. di kala ini kota mekah amat padat. Kalau tawaf tu penuh dataran macam musim haji. Seperti doa nabi ibrahim mekah memang land of opportunity, rezeki datang daripada pelbagai penjuru. manusia dari seluruh dunia datang dengan pelbagai tujuan. aku suka suasana pagi2 lepas subuh masa keluar masjid dalam pukul 6 camtu. Dekat sini subuh masuk jam 4.30 lbh kurang. Pukul 6 tu kire dah terang juga. Kat jalan2 sepanjang balik hotel penuh dengan orang yang nak balik hotel cam aku juga dan orang yang berurusniaga. Penjual-penjual penuh kat atas jalan. time ni ar nak cari barang murah2. Bila polis or bandaraya datang ramai2 lari untuk elakkan kena tangkap. Tapi esok ada lagi. Lepas tu time2 macam ni pekerja construction punye break dan kite dapat tengok ramai2 pergi masjid masa ni. untung kan mereka2 yang dapat berkhidmat untuk masjid allah ini dan untuk kemudahan jemaah.

Di kesempatan yang ada di sini, memang kebanyakan waktu digunakan untuk ibadah. bahkan memandang kaabah sahaja sudah diberikan 20 rahmat. Selain daripada ibadah lain, para jemaah dinasihatkan untuk banyak2 melakukan tawaf sunat.

..................................................................

beberapa perkara,
1) kucing kat sini lantang2la. garang pun ye jugak
2) hari tu aku pergi mataam al-baik(macam kentucky,tp lagi best) rupenye perempuan tak boleh masuk. duduk kat luar. tapi yang bestnye even dok kat luar ladies first kay,so kalau lelaki memang kena beratur dan orang sangat2la ramai.2 jam pun boleh sampai kalo tunggu.



last sekali aku mohon kemaafan daripada korang semua dan sekian sahaja update daripada aku sebab aku tak tau nak tulis apa. korang nampakkan aku dah merepek dan merepek itu tak bagus.Hingga berjumpa lagi.. moga Allah menjemput kita menjadi tetamuNya. Ameen.

P/S : no pictures, aku lupe bawa camera. nanti lps balik aku upload kalo ada yang boleh diupload

salam dari mekah
Solehah Borhan Nagimi
2

Singgah.

Assalamu'alaikum wrt!

Apa khabar korang? 

Disebabkan Ummu, aku singgahla sekejap untuk update blog (hello orang lain [lebih tertuju kepada Ummu] bila nak update).
Disebabkan Ummu, aku saja nak cakap lagi: kitorang dah habis exam! UIA cuti! 

Tapi jangan sedihla. Nanti korang yang kat DQ (USIM) kan habis belajar lagi awal daripada orang lain.

Walau bagaimanapun, melihat kepada kesungguhan korang berjalan jauh hampir tiap-tiap minggu untuk mencari ilmu (bahan), aku yakin, semua usaha tu akan memudahkan korang di masa hadapan, Insha Allah. 

Sebenarnya taklah jauh sangat Darul Quran dengan UIA kan, tapi KTM membuatkan semua tempat jadi jauh. Baru Isnin lepas aku balik rumah naik KTM. Sampai kaunter tiket kat KL Sentral, aku kata: "Serdang satu." Lepas tu kakak kaunter cakap: "Tren ke Serdang delayed, lebih kurang pukul 8 (pm) baru sampai)." Masa tu baru pukul 7:15 pm! Huh. Hari-hari pun delayed.

Apa pun, kepada semua sahabat tak kira di mana anda berada, janganlah merasa tertekan dengan exam. Biasalah, ujian. Kalau nak cemerlang, jawablah soalan dengan tepat. Untuk pastikan kita dapat jawab soalan, bolehlah membuat apa-apa persediaan yang patut. 

Habis belajar nanti, habislah exam.

Sekian.