4

Snow White dan...

Assalamualaikum rakan-rakan sekalian.

First and foremost, koi ingin mengucapkan buat kesekian kalinya, tahniah kepada Faten dan Kubar sebab telah selamat menjadikan cinta padang pasir berakhir dengan ikatan halalan toyyiba.

Wahai Shaykhun Kabir! Sila jaga Faten dengan sepenuh hati anda.
Dan wahai Faten! Jadilah teman terbaik untuk suami anda.

Baru-baru ini, ya baru la lagi kan (aku lambat upload ya aku tau) kami; Najiha, Maisarah, Ummu, Maryam, K So, K Fi, K Seri dan aku telah enjoy (ke?) konvoi (yeke?) ke Klang; kediaman pengantin lelaki untuk memenuhi jemputan Faten.

Kitorang naik dua kereta kembar (bukan kembarA) tapi viva. Satu K So punya; beliau drive manakala satu lagi BUKAN Najiha punya tapi dia yang drive.

Mula-mula aku naik kereta bukan Najiha punya tu. Punyala bising sebab ada pengarah JPJ dan instructor sekolah memandu PS Samy. Yela, Najiha kan junior! Semua orang nak kasi arahan kat dia. Hehe.

Perjalanan berlari lancar (lah jugak). Then, kitorang berhenti kat Masjid India (?) kat Klang tu. Solat Maghrib dan betulkan fashion makcik yang outdated. K Seri jadi mak andam sebab dia paling vogue sekali selain Mary. (orang lain yang nama tak disebut jangan kecik hati)

Sampai je kat kawasan perumahan; Taman err..err. Andalas (kot?) , kitorang tawaf la satu taman tu dua tiga kali nak cari kenduri yang paling tepat sampai dapat. Masa tu pasangan mempelai tak sampai lagi. Kakak Kubar (yang baik serta cantik) sambut kitorang. Kitorang makan dulu sebab ada orang tu lapar. Habis makan pun, pengantin tak sampai lagi. Kitorang pun makan lagi. Eh tak, tengok je orang makan. Pastu duduk bising-bising tunggu pengantin.


Tak lama lepas tu, pasangan yang ditunggu-tunggu tiba juga. Agak-agak dah reda wartawan amek gambar pasangan yang diraikan pada malam tersebut, kitorang pun masuk line. Sibuk juga nak amek gamba diorang.
Dah penat, rasa nak balik. Ajak pengantin amek gamba beramai-ramai dengan flower girl sekali. Faten kata, dia rasa macam seven dwarves korang semua (aku?). Yela, dia macam snow white la kan. Hehe..habis tu, Kubar siapa? Putera raja? :)


Sekian laporan aku untuk majlis walimah ni. Semoga Faten dan Kubar bahagia selamanya di bawah lindungan rahmat dan reda Allah.

1

Hari ini..


Assalamualaikum semua!!! (dengan ceria)
Korang semua camne?

Aku baru lepas habis midterm hari ni, subjek yg ke -5. Lepas cuti sambung lagi 2. Semalam dan hari ini aku ada 2 midterm. Kira ok la tu kan daripada 4 exam satu hari..alhamdulillah akhirnya..

Aku sekarang sebenarnye tengah on the way nak post artikel pendek kat blog bahasa arab aku. Aku ada blog sendiri dah sekarang ni.hehe…tapi aku buat tu atas dasar subjek computer application yang aku ambil sem ni. Subjek ni belajar pasal computer  daripada luar ke dalam macam yang selalu-selalu orang belajar tu, cuma guna bahasa arab. Itu sahaja bezanya dan kelas ini sangat bahaya untuk aku mengikut pendapat peribadi kerana ada kencenderungan untuk online benda-benda tak masuk silibus masa dalam kelas.(saya tak ada akaun peribadi facebook)…

Kali ni aku nak ceritakan pasal monyet. Bukan sang monyet dengan sang kancil (ada ke?) ni kisah monyet kat uia..aku agak tak berapa nak berani jugakla dengan monyet- monyet kat sini dek kerana aku pernah dikejar mereka sambil main acah-acah dengan aku. 



Tadi sebelum exam translation aku berkejaran balik mahallah dek kerana terlupa bawa kamus..(subjek ni kena guna kamus ye..)nasib baik mahallah aku dekat kan so, dalam 3 minit boleh berlari balik ke kelas. On  the way nak balik mahallah tu aku nampak tiga ekor monyet dekat atas jambatan antara bangunan HS dan mahallah aku. Seekor besar dan lagi dua ekor kecil. Yang besar tu tengah baring dan yang kecik tu tengah main gayut-gayut kat palang jambatan..(korang boleh bayang tak?). sesampainya aku kat lab, pensyarah tak masuk lagi so bolehla aku tarik nafas sekejap. Dalam 5-10 minit lepas tu exam pun bermula. Yang paling bestnye exam ni tiba-tiba pensyarah cakap boleh guna komputer maka ramailah juga yang menterjemahkan sambil bertanya kepada en.google. tapi en google ni bukan boleh diharap sangat,tak tahulah kat mana dia belajar cara – cara nak terjemah, jawapan yang diberi tak masuk di akal dan kerana itu aku memilih membuka kamus mawrid. Memang masing- masing agak kelam kabutla. Ada yang berlari ke belakang dan ke depan meminjam kamus. Berselerak atas meja masing-masing macam jawab subjek prinsip akaun dulu- dulu. 

Okay, berbalik pada cerita monyet tadi,masa aku balik daripada exam waktu zohor,monyet 3 ekor tu ada kat situ lagi, aku balik lepas kelas nahu petang pun mereka ada kat situ lagi tapi kali ni dah tambah lagi seekor. Aku pun saje berhenti dan memerhati, kenapakah dengan monyet-monyet ini?? berada di khalayak ramai menayangkan diri. Setelah diperhati, rupanya monyet yang besar tu sakit. Macam cedera sket. Patutla ramai - ramai tunggu dia kat situ.. Pelajar - pelajar yang lalu terpaksa detour sket sebab gerun ngan monyet tersebut. Ada yang menjerit, ada yang cuba menghalau. Tapi serius aku cakap, monyet2 yang ni tak seganas dulu sebab monyet yang ni pun agak takut orang juga. Tapi bila orang menjerit, monyet yang kecil tu pun menjerit juga. Tak lama lepas tu ramai- ramai monyet keluar daripada atas pokok, siap bawa anak lagi. Then tiba-tiba ramai - ramai lintas jalan dengan yang sakit tu sekali, tapi dia jalan lambatla sebab sakit kan. Maka, kereta - kereta pun berhentilah bagi laluan. Agaknye mereka ni on the way nak pergi cafĂ© berdekatan untuk cari makan. Sampai kat seberang, yang lain terus jalan tapi tiba2 yang sakit tu terberhenti, serius muka dia tak larat sangat dan dia pun takut juga dengan orang yang lalu lalang. Kawan2nya yang lain telah jauh jalan ke depan sket tetapi agaknye tetiba tersedar yang tak cukup bilangan so seekor monyet kecik patah balik ke belakang. Monyet tu cakap dengan monyet yang sakit itu,”eh kenapa ko jalan lambat sangat ni, kitaorang sume dah ke depan” atau lebih empati “eh ko larat tak nak jalan ni?tak pun ko tunggu je kat sini. Biar kitaorang je pergi cari makanan”. Monyet yang sakit pun pandang dan mungkin beritahu sesuatu juga. Tak lama lepas tu ramai2 monyet kerumun kat monyet yang sakit itu dan setelah berbincang tentang rancangan mereka, secara tiba-tiba kesemua mereka hilang dan tinggallah monyet yang sakit itu menanti dengan penuh sabar kawan2nya yang setia menemaninya sejak dari pagi tadi muncul kembali. 

Itulah kisah daripada aku hari. Bila tengok sekawan monyet tersebut teringat pula pada kawan – kawan aku. Bukan kerana anda seperti monyet seperti yang di dakwa Darwin tetapi kerana keakraban mereka dan sifat ambil berat mereka.

Sekian dahulu daripada aku.(panjangla pula kali ni..)
4

Kitorang tukar e-mel jadi Yahoo!Mail Beta

Jadi e-mail aku sekarang lawa sketla.

Jadi Mai dengki.

 Dahlah dia tengah guna laptop aku masa tu.
Kesimpulannya, Mai cakap apa pun, e-mail aku, kak Fi dengan Jiha lagi lawa daripada dia punya.




1

Dinner, together.

Hari Jumaat 21 Januari 2011. Hari yang penat!

   
Kak So makan nasi lemak. 

Jiha makan chicken chop.

Iimaan makan laksa.

Maryam tengok bihun tomyam kuah asing.

Bihun ini perlu dicelur.

  
Lima ringgit!

Vanila, vanila, jagung, strawberi

 Mango + ice + sugar + condensed milk

 Bila makan ramai-ramai, yang tak sedap pun boleh telan. HAHAHA.
Alhamdulillah!
1

Barang baru!

Kalaulah barang-barang ni pemadam:

 ...mungkin aku kata "eh comellah."

Masalahnya, benda tu bukan pemadam, tapi makanan.
Salah satu komponen yong tau foo kat Evoke (satu kafe kat UIA).

Bayangkan apa jenis pewarna, perisa dengan pengawet yang ada dalam haiwan tu. 

3

kenuri kawen lagi...

salam korang..
ksery xtau pon pasal faten thaaherah kawen aritu..adoi..terlepas la plak...so faten jemput sume n d geng g kenuri blah zul 8/1 sabtu ni..8.30-11.30mlm.

ni msg die bg:
"no12 jalan sri damak 52 taman sri andalas klang...ajak sume2 tau kak!!..:)..tema pink cream ok.."

so camne.. malam plak tu..ok kalo ada yang nak g. sewa la kete ke camnekan..nak kene cnfrim ni.sblum sabtu ok.


:)