3

Maryam: episod baharu

Malam tadi ada ujian mid-term untuk History of Medieval Europe. Disebabkan Prof. Kopanski ada kelas Modern Europe sampai pukul 10 (pm), jadi sepatutnya immediately lepas tu, kitorang yang amek Medieval Europe buatlah test kat library jugak (semua kelas Prof. Kopanski kat Main Audi perpustakaan). Tapi lambat pulak kelas Modern Europe habis. Kalau dah 10:30 tu, tak sempatlah nak duduk-duduk buat ujian kat library. Profesor pun cadangkan kitorang sama-sama pegi cari venue lain. Ramai gila tau tak. Berbondong-bondong students ikut belakang Prof. keluar dari library. Masa nak keluar tu, PA system library dah mengalunkan muzik suruh orang keluar. Di tengah hujan yang rintik-rintik, cuaca sejuk macam apentah, kitorang semua pun berjalanla menuju bangunan HS, mana tau ada lecture room yang kosong (dan tak berkunci). Bila lalu deretan pejabat pensyarah depan department, Prof. kata, "Let's invade (Prof.) Abushouk's office!

Tapi takdelah macam tu kan. Kitorang turunlah ke HS Square. Ramai pulak orang lepak-lepak tengah malam kat situ. Lepas tu semua orang ikut Prof. ke arah LR 1 (bilik paling hujung)...tapi takde LR yang kosong. Ada satu, tapi kecik sangat. Semua orang pun patah balik ke arah HS Square, LR15 ke berapa entah. Budak-budak lelaki dah rakam dah rombongan kitorang. Ada yang dah bertalbiah dengan riang. "Labbaikallahumma labbaik..." Rasa macam tawaf ke weh.

Akhirnya jumpa jugak dua LR yang bersebelahan. Elok je brothers masuk satu LR, sisters masuk satu LR. Profesor pun heran. "Where're all the males?" Hahaha. Lepas tu Profesor pergi jenguk kelas yang ada budak-budak lelaki. Kalau tak, Profesor kata, "They will cheat like hell." Cewah rasa mulia je. Seolah-olah golongan perempuan tidak pernah meniru. Sisters pun ada je yang meniru, tapi brothers lebih lagi kot. Hahaha.

Ujian mula dalam pukul 11 malam. Macam waktu tidur kan? Lepas setengah jam camtu, Profesor Kopanski kata, "When will you finish? This is boring!" Lepas tu ramailah yang hantar kertas jawapan. Soalan dia fun. Ada lukis-lukis, kaler-kaler, design coat-of-arms sendiri...best a. Lepas pukul 11 bas dah takde, jadi aku balik jalan kaki. Alhamdulillah ada jugak kawan lain yang duduk Mahallah Maryam jugak. Kalau tak takdela aku nak lalu jalan dalam (lalu Hafsa, Asma' dengan Halimah) naik-turun tangga malam-malam tu.

Apepun, alhamdulillah. 

*          *          *

Petang tadi pulak, sepatutnya ada ujian mid-term untuk Intercultural Communication (ICC). Pukul 2 tu, ramai dah berkumpul kat HS Square sebelah dalam, macam-macam gelagat ada. Semua berdebar-debar. Tapi pintu Video Lab (venue untuk kelas ICC) berkunci lagi bermangga. Pelik. Lepas 15-20 minit tunggu Sir Wan Maharuddin bukak pintu tapi takde pun, aku telefonlah beliau.

"Sir, hari ni kelas ICC ada ke tak?" Kelas bukan sebarang kelas ye. Ada mid-term test.

"Haa. OK. Patutnya hari ni ada kelas kan sekarang. Tapi sekarang I'm in the middle of a shooting, belum habis lagi ni. Jadi hari ni class cancelledlah."

"Cancelled?"

"Cancelled. Kiranya test tu buat the day after tomorrow."

Hahahaaaa gembira rasa hati. Kami semua gembira.Walaupun agak kecewa sebab tak dapat pulang ke mahallah petang tadi dengan perasaan lega sebab semua mid-term dah habis kalau lepas ICC ni, tapi takpelah. Dapat masa lebih untuk baca kan.

*          *          * 

Malam tadi Kak Sarah SMS aku tanya cadangan untuk warna tema wedding dia. Dia kata takde idea. Aku pun, apelagi. Kalau soalan macam tu ditujukan pada aku, jawapan aku tak lain dan tak bukanlah. Hitam dengan putih lawa, aku bagitau Kak Sarah. Kak Sarah kata, "Kamu memang. Taik cicak je." Apentah lebih kurang macam tulah dia kata. Aku bertegas. OKlah, kata aku. Putih gadinglah. Off-white kan lawa, pastu banyak warna neutral yang boleh accentuate off-white. Dusty colours pun boleh, kalau dia rasa off-white semata-mata membosankan. Guna putih gading, tapi tambahlah dull blue ke, dull green ke, mauve-ish grey ke, muted bronze ke. Hitam putih ke. Ye ah cuba tengok warna bulan. Kadang-kadang putih cerah berseri-seri dengan silver highlights kat kawah dia...kadang-kadang creamy dengan langit yang kelabu nak dekat hitam belakang dia...kadang-kadang off-white dengan macam-macam tone lain kat kawah dia. Tapi semua lawa.  Eh tapi kadang-kadang warna dia dirty orange.

Kak Sarah kata Jiha cadangkan tema peach. Peach? PEACH?!

Senang pilih hitam putih je I tell you.

Aku kata kat Kak Sarah kalau nak datang shopping baju kawen kat KL, bagitaulah. Lagi bagus kalau ajak Kak Seri atau siapa-siapa yang bijak melihat warna dan gaya. Kalau korang ada apa-apa nasihat, cadangan atau saranan berkenaan gaya dan warna persalinan pengantin untuk Kak Sarah, sila hubungi dia. Dia yang sedang buntu. Hahaha.

*          *          * 

Esok pagi Insha Allah kena present book review untuk Intro to Fiqh. Doakan aku ek.

2

Maryam kata: (jangan surf Friendster kat laptop ni). Hahaha. Lari tajuk pulak.

Assalamualaikum wrt wbh. Semua sihat ke? Harap-harapnya OKlah. 

Aku tengah taktau nak buat apa ni. Petang semalam, balik dari kelas je rasa depressedlah, nak demamlah, tak seleralah. Setelah melayan perasaan lalu tidur awal malam tadi, pagi ni aku dah normal balik. Alhamdulillah. Ni dah tak sabar nak pergi kelas tapi kalau tunggu bas tengah-tengah gelap lepas subuh ni nanti nampak macam budak sekolah tunggu bas pulak. Kalau nak jalan kaki, gate belakang belum bukak. Taknak aku lalu depan. Bosan pagi-pagi lalu jalan depan, sebab jalan dia lurus je. Hee sejuk pulak tu kalau keluar waktu ni.

Minggu lepas cuti raya ni, biasalah. Ada mid-term tests, presentations apa-apa yang patut...tapi kebanyakan subjek dah takde tugasanlah. Tinggal nak siapkan atau hantar je. Kelmarin aku kena present projek Interpersonal Communication. Yang aku perhati/rakam korang kat rumah Kak So haritula (Kak So thanks for lending your camera! Where would I be without it? Hehehe).

Hari-hari sebelum pembentangan tu...fuh. Makan tak lalu, tidur tak lena, hati gembira. Kalau dapat tidur pun mimpi pasal presentation atau kelas. Tapi disebabkan giliran aku present masa first day after the break, jadi untuk kelas-kelas yang ada presentation lepas ni, aku takyah datang dah. Boleh berfoya-foya kat library. Lecturer macam OK dengan pembentangan aku haritu. Alhamdulillah. Doakanlah natijahnya baik. And thank you so much to you girls sebab bagi pinjam perangai untuk aku perhati dan catat. Tak pernah sebelum ni aku buat homework sambil gelak macam kali ni sebab kena tengok korang dalam video. Ada sekali tu Mai cakap kat Wani masa rasa air yang Ummu beli untuk iftar: "(Ko plak cuba ni.) Ada rasa macam air orang blender sayur tak?"

 Slide depan sekali untuk pembentangan tu.

Sepanjang hayat aku, Mak dengan Ayah aku sangat relaxed dalam soal pelajaran, 
tapi ada beberapa nasihat diorang yang aku ingat, antaranya:

1) Mak dan ayah: "Pilihlah/buatlah apa yang korang nak buat, tapi give our best for it."

2) Ayah aku pernah ingatkan, "Always do more than you're expected to do."

2) Mak aku pernah tengok aku prepare slides masa form 5 dulu, pastu Mak kata, "Kenapa semua slides lain background? Patutnya satu presentation guna satu jenis je." Biasalah kan remaja. Mana boleh satu warna je. Tapi lepas tu semua presentation yang aku buat, aku guna satu background je untuk semua. Kalau ada yang lain pun, mungkin slide depan sekali...macam yang ni. Yang lain semua aku buat background putih. Macam kertas A4 kosong. Senang conteng.

OK dah pukul tujuh.  Meja aku berterabur ni. Jumpa lagi semua!

5

Pengumuman awal

Kak Sarah kata:

"Salam...nak bagitau ni, insha Allah kak Sarah akad nikah 24 Disember 2010 dan kenduri 25 (Disember) esoknya...doakan ye semoga semua berjalan lancar...ameen".
10

Auni balik

Selasa 31 Ogos baru-baru ni, Auni balik Malaysia. Cuti raya/cuti rindu. Kak Ina sibuk ajak Maryam, Kak So dengan Iimaan pergi jenguk Auni kat KLIA. Di saat-saat akhir, semua setuju. Sempat ajak Kak Seri sekali. Adapun Kak Fi, Ummu dan Mai...we are so, so sorry. Kesian korang tak dapat ikut. Lain kali kita bawak satu bas ek.

Pagi Selasa tu, kami yang menetap di UIA bertolak awal pagi. Lepas singgah amek Kak Seri dengan Iimaan di ruah masing-masing, Kak So pun terus memecut menuju ke KLIA. Sepatutnya kapal terbang yang Auni naik touch down pukul 8:35 pagi. Flight ke Pulau Pinang pulak pukul 10:35. Kalau kitorang lambat, mungkin tak sempat tengok Auni. By the way, Auni tak tahu pun yang ada orang nak datang jenguk dia kat KLIA. Konon-konon nak bagi dia SA-PRISE la ni.

Kitorang sampai di KLIA just in time. Rupanya pesawat belum sampai lagi. Kitorang pun menuju ke International Arrivals punya tempat menunggu. Tak ramai orang pun kat KLIA pagi tu. Kitorang pun tunggulah dengan penuh debaran. Spekulasi yang popular masa tu, Auni mungkin pakai semua hitam. Tapi tak tau dia pakai niqab ke tidak. Kitorang pun tunggu, sambil mata melilau mencari keibat Auni.

Lama gila tunggu. Dah lepas pukul 9 pun takde Auni. Pramugari dengan juruterbang Qatar Airways semua dah keluar, tapi Auni belum lagi. Kitorang mula risau. Bia telefon Auni, takde bunyik apa-apa. Peliklah kan Auni tak pasang phone.

Bila dah lamaaaa sangat, debaran menunggu dah hilang, diganti dengan perasaan cemas, bimbang dan bengang. Hahaha. Mana Auni ni? Ada jalan lain ke dari pintu ketibaan tu nak pergi pelepasan domestik? 

Bila dah pukul 9:30, Kak Ina, Kak Seri dan Maryam pun naik atas, pergi pintu Domestic Departures. Manalah tau Auni ada, sebab 10:35 dia dah sepatutnya dalam kapal terbang ke Pulau Pinang. Tapi takde. Kak So dengan Iimaan masih tunggu kat bawah, tapi lepas 5, 10 minit tunggu, diorang pun naik sekali.

Akhirnya, atas nasihat keluarga, Kak Ina kata, "kita buat pengumuman jelah." Barang Auni banyak, kalau overload dia takde duit Malaysia nak uruskan apa-apa. Jadi memang kena cari jugak Auni. Kami berlima berjalan laju-laju, cari tempat buat pengumuman. Tiba-tiba...

Kak Ina: Eh. Tu! Tu! Auni tu. (Menunjuk pada seorang gadis di hujuuuung sana. Gadis tersebut berpakaian hitam, tudung hijau, tutup muka hitam. Cara jalan macam kenal je.)

Kami pun berpatah balik. Dan melihat Auni sedang check-in di mesin dengan tunjuk ajar dari beberapa pegawai. Kitorang dah kat belakang dia pun dia tak perasan. Kak Ina pun tepuklah belakang Auni. Hahahaa. Terus tergendala urusan check-in dia. Masa tu jugaklah kitorang bersalam-salaman, amek gambar. Auni kata pada Kak Ina, "aku sebenarnya dah lambat ni." Tau takpe. Rupanya lambat sebab barang dia "berat macam tong". Selesai bergambar, barulah dia check-in betul-betul.

Lepas tu, kitorang bercakap-cakap. Auni bagi buah-buahan beberapa kilo pada Kak Ina. Ada buah tin, kurma dengan pic. Atau aprikot tak pastilah. Sambil tunggu masuk pintu pelepasan, sempat pulak dia tunjuk baju yang dibeli kat Syria. Tak sabar nak tunggu Auni pergi lagi, boleh pesan baju. Hahahaa.

Ni ada tiga keping gambar. Ada banyak lagi, tapi tunggu Iimaan uploadlah. Nanti korang akan nampak sequence cerita ni dengan lebih jelas.

Kak Ina telefon keluarga, bagitau yang Auni dah sampai (akhirnya).

"Rapat-rapatlah lagi," cadang pegawai yang tolong amek gambar.
"Ha ah," Auni setuju, "Biar nampak macam ukhuwwah sket."

Turut hadir: Kak Fi dengan Ummu dalam hati, Mai hadir dalam mimpi.

Auni at the Domestic Departures Gate. To Penang, ke pangkuan keluarga.

Kami sepakat berpendapat bahawa Auni kelihatan lebih rendah. Auni kata, ilmu berat sangat. Hah.

Lepas Auni pergi, kitorang tunggu Kak Ina buat apentah kat ATM machine. Sambil tu Kak Seri dengan Maryam cuba-cuba kamera kat telefon baru Kak Seri. Kak Seri risau pasal "karipap-karipap" kat tudung dia. Rupanya Kak Fi yang ajar pasal konsep karipap kat tudung ni. Iimaan join. Kak So pun lepak-lepak sama. Tak lama lepas tu, kitorang baliklah ke Gombak. 

Auni akan kembali lagi ke Syria, Insha Allah. Kali ini, dengan adiknya Diana. Lepas Ucuk SPM kot. Masha Allah. Bahagialah korang ek.

Tamat.