9

29 OGOS 2008


Yeah..29 OGOS datang lagi…
 Assalamualaikum semua..waaa~..sebelum tu nak ucapkan tahniah kat diri sendiri sbb berjaya menghilangkan perangai malas nk menulis kat sini..HAHAHAHA..ape lah ni mai~
Ok~..hari ni bertarikh 29 OGOS 2010, maka genap lah umur aku 22 tahun mengikut kalender masihi.
Eh umur maryam bape eh?hahaha(ni saje cari pasal..hee~)
Ok, sepanjang 22 tahun aku menyambut hari lahir, aku rase hari lahir ke-20 adalah yang paling…hmm..nk describe mcm mane eh..tapi yang penting mmg tak boleh lupe lah.korg lah yang menyebabkan hari jadi aku ketika itu sesuatu yang tidak boleh dilupakan..hahaha..jom imbas balek peristiwa2 pelik yang berlaku pada 28/ 29 OGOS 2008…kehkeh~..(aku ase semua budak kita mcm fobia sket dgn tahun 2008, sbb masing2 ade projek/idea nk kena kan birthday girl thn tu kan..sblom aku, mary dah kena dulu kan…cian mary, kuyup die…hahaha)

Petang 28/8/2008
-          Aku on the way nak balek ke bilik..tiba-tiba teserempak dgn 2 makhluk yang bernama maryam dan juga iman yang ditangan mereka penuh dgn makanan..hahaha..automatik aku ingt korg nak buat jamuan kelas, time tu mmg tgh musim buat jamuan kelas je..hee..maklumlah musim org tgh khatam…lagipun korg kan khalaf asyir..
-          Ptg tu jugak, ade sorg banin ni(ni yg aku plg tak percaye..korg boleh berkomplot gn die~!)msj aku..haha..berbual pasal video generasiku..kebetulan, isu tu mcm tgh hot je time tu..
“ aku ade something nk ckp..”- banin
“pasal ape?, video tu ke?”-aku
“ha’ah”-banin
“kenape?”-aku
“mlm nti aku bitau”-banin
Time tu aku dah seram je..yelah, bunyi cam serius je..tapi seingat aku, aku balas msj ni gune no iman..hahaha..(rupe nyer..no iman yg aku gunakan tu, dorg ni buat untuk berhubung dgn banin tu..ptt lah waktu aku masuk bilik iman ari tu, muke korg suspicious je..hee~
Malam 28/8/2008
-          Time tu pukul 9 lebih kot..banin tu msj balek gn aku..aku time ni lepak kat bilik aku je..muke dah kelat..perbincangan aku gn banin tu makin menarik..tibe2 jadik serius..hiwar ktorg dah meleret smpi nk dekat pukul 11 kot..
“cube ko ckp gn aku, aku masalahnye..asl susah sgt nak cakap?”
“tak boleh mai..aku tak boleh ckp bnde nih kat ko..”
apsal pulak tak boleh..ckp je lah..”..(time ni aku mcm nk hangin dah..geram pun ade..)
“ betol mai, aku tak boleh ckp, ko kena dgr dari org lain..”
“aku kena dgr dari org lain..ape ni weh..ckp terus terang je lah..aku ok je gn semua nih..cakap je..
“betol mai..aku mmg tak boleh ckp..jap, wani ade dgn ko tak?”
“wani?tak de, die ade kat bilik die lah..ape ni weh..ckp je lah..ape masalah nya smpi ko susah sgt nk bitau aku..”
“ko pegi cari wani..biar wani yg bitau ko..”
“wani?ni pasal ape pulak ni..masalah ape smpi aku kena cari wani..kenape ko tak boleh bitau terus je..bnde ni besar sgt ke?”
“masalah ni besar mai..ko kena tahu bnde ni dari pompuan..”(part ni plg aku tak boleh lupe..s*ngal~!)
“kena tahu dari pompuan?masalah ape?melibatkan maruah aku ke?”(punya lah susah nk kuar ayat ni,,.time ni perasaan dah bercmpur aduk..muke mmg tegang je..hangin betol gn banin tu..aku pun give up nk tanye die..maka aku pergi lah mencari wan)
"ha'ah..melibatkan maruah"suare die tak nak confident je jawabb..huhu..geram aku..
Aku naik bilik wani, tgok die takde..pastu aku ckp gn banin tu, wani tak de.pastu die suh aku carik jugak smpi dapat..ceh~!hampeh betol banin tu..haha..then, aku ke bilik seterusnya..aku g bilik kak sery, tu antara bilik yg selalu kite lepak..aku pulas tombol.berkunci!aku tgk kat bawah lntai.lmpu mcm dah tutup.so aku ingt kak sery dah tido.(tapi sebenarnya, dlm tu ade beberape makhluk sedang mnyorok smbil membawa masuk selipar2 mereka,.ish~..sabo je lah..)
Aku ke bilik seterusnya..bilik iman!aku bukak pintu, terus tanye
“nampk wani tak?”korg pulak buat muke selambe je..mcm tak ade ape2 yg berlaku..
“iman, tlg msj wani ckp aku nk jumpe die..” suare aku dah lain.time ni emosi mcm tak stabil..hahaha..
Tak lame lepas tu, aku pun keluar, aku naik atas balek, cari wani..kemudian…
Aku bukak pintu bilik wani..tak bg salam and tak ketuk pun..hahah..teruk betol time nih..hee~
Aku tgok wani tgh mengaji dgn tenangnya..(masyallah, wani mmg pndai berlakon lah..hahah)
Aku step je kaki masuk, die perlahan2 tutup Quran.aku terus duduk ats katil die. Aku tgok tingkap terbuka luas, angin  malam sepoi2 bertiup menghayun kan langsir. Seolah2 mcm hati aku pun tgh berHayun mangkuk jugak..haha
“kenape mai?”
“baik ko ckp je terus gn aku wani..”
“ckp ape mai..”wani dah muke berkerut..(terbaik aa..mmg pndai lakon aa..)
“ ko ckp je lah wani..***** tu kate ko tau ape nk ckp kat aku..
“ ckp ape mai..aku tak tahu ape2”
“ko jgn tipu aku wani, die ckp suh tanye ko..mesti ko tau punya nih..”
(agk lame la wani buat alasan yang membina untuk mengelak soalan tu, smbil tu temper aku mcm dah nak naik..hahaha)
“aku tak tahu ape2 mai..cube tanye kat kak sery..kena tanye kak sery ni..
“kak sery?kenape kak sery pulak nih..ko ckp je lah wai..lagipun kak sery dah tido..
Tak boleh mai..jap, aku tepon kak sery..”time ni aku ase tegang je..mate aku dah aim kat tingakp tu..ade rase mcm nk terjun bawah je..STRESSED~!hahaha..
Tak lame pastu kak sery masuk gn muke toya die..muka org baru bngun tido.(aku punyala pecaye yg die tido, rupa2 nya,…hahaha..)
“ kak sery..pasal ape ni..baik korg ckp je..jgn buat mcm ni kat kite boleh tak..”time ni aku mcm dah tak boleh tahan dah..yelah, korg bayangkan..dari pukul 9 lebih td smpi lah waktu tu dah lebih pukul 12..perasaan nk tahu ‘masalah’ tu mmg meninggi.
“pasal ape?”kak sery soal aku balek..
“ Ya Allah, korg tolong lah..bg tahu je lah..ape sebenar nya nih..”tiba-tiba….
“HAPPY BIRTHDAY TO U, HAPPY BIRTHDAY TO U……” maryam, iman, jiha, auni, kak so, n semua yang berkaitan tiba2 masuk smbil nyanyi lagu tu..HAHAHAHAHA..
ARGHHHHH~..TIDAKKK~..hahaha..WAKENABEB~!!..perasaan time tu mmg tak boleh nak digambarkan..lega, geram, gembira sume bercampur aduk..mcm rojak time tu..kahkah..idea sape lah ni sape boleh nak berpakat gn banin tu nak kenakan aku..kehkeh~,,a’la kulli hal, syukran la ye..susah2 tlg cari idea untuk surprise birthday party aku tu..hahaha..ok..aku rase dah panjang dah nih..cukup lah smpi sini..hee~..jumpe lagi di lain waktu, taaa~..

8

Ramadhan Sleepover 1431

Hujung minggu baru-bari ni memang best. Secara tiba-tiba, ramai yang dapat meluangkan masa untuk berjumpa di Kuala Lumpur. Kalau rancang awal-awal, biasanya tak jadi. Bila rancang last minute, ramai pulak yang dapat join. Pelik, tapi itulah yang biasanya jadi kan?

Yang datang sepuluh orang semuanya: Kak So, Kak Seri, Kak Fizah Jalil, Kak Fi, Mai, Ummu, Wani, Khaulah, Iimaan dengan Maryam. Orang lain tak dapat hadir, obviously. Takpelah, kalau ada izin Allah, insha Allah kita jumpa lagi...SEMUA SEKALI. Apa pun, happy betul rasanya bila dapat jumpa Wani, sebab kali terakhir jumpa dia, Ramadhan tahun lepas sebelum dia dengan Farhana bertolak pergi Jordan. Kiranya masa sleepover haritu, Wani selalu jadi penceramah utama sebab semua orang nak tahu pengalaman dia belajar kat Jordan.

Jumaat malam, tak semua orang ada kat rumah Kak So. Cuma Kak So, Maryam, Kak Fi, Mai, Wani plus Khaulah. Kak Fizah Jalil, Ummu, Kak Seri dengan Iimaan sampai hari Sabtu. Bukak puasa ramai-ramai makan mi goreng yang Kak Seri goreng. Dengan makanan lain yang dibeli dari bazaar Ramadhan dekat rumah Kak So. Lepas makan, solat, makan kek pulak (sempena birthday terkumpul Mai, Khaulah dengan Kak Fizah Jalil). Ini dia rupa kek tu:

Walaupun tak cantik tapi rasa dia sedap. Alhamdulillah.
(People who work in cake shops should learn to write properly. Legibly. 
Using the right size of piping bag nozzle.)

Dari Jumaat sampai Ahad tu, takdelah semua orang duduk kat rumah je. Masing-masing ada urusan sendiri. Tapi sempatlah lepak-lepak jugak. Macam-macam dibualkan...masalah lama, masalah berbangkit. Follow-up masalah-masalah kritikal...Untuk sesi cerita hal-ehwal semasa ni, Mai jadi pentazkirah utama. Orang lain dengar dengan penuh serius, lepas tu bagi cadangan sana-sini. Alhamdulillah, Ramadhan kali ni macam menjanjikan perubahan yang lebih baik untuk kawan-kawan kita, insha Allah. Ingat ni! Tak kisahlah kita dah berjauhan ke, lama tak jumpa ke, yang penting mesti tahu keadaan masing-masing. Pastu kalau ada yang tak kena, buatlah apa-apa yang patut. Kena selalu beringat.

Sahur pagi Ahad tu, makan nasi dengan ikan goreng dengan sayur campur dengan kuah kicap dengan sambal tumis dengan kek semalam, air laici semalam, mi goreng semalam, kuih semalam. Iimaan keluarkan aiskrim, pastu kitorang makan degan kek, guna garpu. Mmmm. Tapi sugar overload jugakla. Eww.

Lepas sahur, lepas subuh, semua orang bersembang lagi. Hehe. Yelah, siang tu semua dah nak balik rumah/tempat belajar masing-masing. Macam-macam topik ada. Keluarga, ekonomi, diet, belajar, order barang dari orang Singapore, masalah sosial, apentah lagi. Siap berbalah pasal warna kelabu:

Kak Seri: Fi, Kak Seri nak tudung warna kelabu. Nanti belikan eh.
Kak Fi: Kelabu macamana? Yang macam tudung Ummu ke?
Iimaan: Ee. Tu bukan kelabulah.
Ummu: Yelah, itukan warna kelabu.
Kak Fi: Ha ah. Abes nak yang macamana. Macam kaler tudung Mai kan?
Iimaan: Tak tak! Tu bukan kelabu. Tu coklat.
Kak Seri: Kelabu macam tudung So kot.
Iimaan: Tu bukan kelabu...kelabu tu macam warna hitam, pastu kurangkan opacity dia. Macam tu baru kelabu.
Kak Seri (ke Kak So, ke siapa ntah): Ala, warna macam asapla. Kelabu asap.
Sape entah: Ha ah! Kelabu asap. Tudung Mai tu bukan kelabu, dia macam warna baju Khaulah (coklat).

...dan seterusnya. Ada orang siap tunjuk cerek air, nak buktikan warna kelabu tu macamana sebenarnya. Dialog atas tu tak tepat, tapi lebih kurang macam tula, malah lebih panjang lagi.

Lepas tu, tiba-tiba je dah siang. Mai keluar awal , pergi belajar Mandarin kat UIA. Tengahari sikit, Wani dengan Khaulah balik, Iimaan pun ikut. Lama-lama semua orang takde. Berakhirlah perjumpaan kali ni dengan bermacam-macam benda baru untuk disimpan dan difikirkan oleh semua yang hadir dan tidak hadir. Alhamdulillah.

Kalau ada peluang, kita jumpa lagi insha Allah.
2

Maryam: XIII? Dah tak ingat nombor berapa. Malas nak check.

Mahallah Maryam,
1 Ramadhan 1431/10 Ogos 2010.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wrt wbh to all my sisters. Kak Seri, Kak Fi, Auni, Wani, Kak So, Iimaan, Mai, Ummu, Kak Sarah, Jiha, Khaulah, Rina, Kak Fizah Jalil, Farhana, Sharifah. Siapa lagi. Kalau ada yang aku tak sebut jangan terasa pulak. Banyak sangatlah susah nak ingat. Dengar tak Aminah? Hahahaha. OK siapa-siapa yang aku lupa, korang editlah sendiri post ni, tambah nama korang.

Lama betul kita tak update blog ni kan? Nak bagi alasan "sibuk", macam dah tak gempak. Semua orang pun guna alasan sibuk kalau blog terbiar. Tapi aku tahu, memang ramai di kalangan kita yang sibuk menguruskan hidup masing-masing.

Alhamdulillah, aku masih lagi hidup dan masih menikmati peluang belajar di Yuwayyey. Buat pengetahuan sesiapa yang belum tahu, Iimaan sekarang dah masuk UIA. Tapi dia selalu balik rumah, masih mengajar Matematik/Matematik Tambahan kepada kanak-kanak dan remaja yang datang belajar di Al-Hidayah Center. Mengajar al-Qur'an dengan bahasa Arab, tak tahulah Iimaan teruskan lagi atau tak. Kalau nak tau tanya dia. Suruh dia update blog ke.

Kak So pun masih di sini, dah masuk kulliyyah. Best tak Kak So? [Suruh dia update]. Maisarah pulak dah dua-tiga minggu sambung pengajian bahasa Mandarinnya dengan tutor peribadi tiap-tiap Ahad pagi. Di UIA. Aku tengok Mai gembira macam apa je bila dapat sambung belajar Mandarin ni. Aku pun gembira jugak sebab dah mula belajar French balik. Empat tahun aku tinggalkan...huh! Akhirnya!

Masa konvo DQ hari tu, ramai je AQRABians yang datang DQ. Wani je takde. Hahaha. Takpela kan, kakak dia bertunang masa tu. Bila dah meningkat umur ni, makin banyak urusan dan komitmen kan? Khaulah pun tak dapat datang. Tapi A'feyah dengan Fatimah Talip dah balik dari Syria, so sempatlah jumpa diorang. Lagipun Fatimah sambung belajar kat DQ, buat ijazah Quran-Sunnah. Bila lagi kita semua nak jumpa ni? Mai ko handle-lah ek. Ko kan bijak merancang program. The rest, bagi kerjasama. Kalau Mai SMS, balas. Apa-apa hal tanya Jiha. Hahaha. Aku insha Allah boleh join, asalkan ayah aku bagi. Macam biasalah. Yang penting kita rancang dengan apa yang ada di tangan...

Tahniah Jiha on your graduation. Ehem dah decide ke belum nak sambung belajar kat mana? Hehe. Yelah kan, orang ada banyak pilihan...

Anyways, aku takde mood nak cerita panjang pasal studies hari ni. Sesak otak. Tapi satu presentation dah selesai, alhamdulillah! Bunyi macam takde apa je kan kalau setakat satu pembentangan, tapi aku lega sangat sebab dah berminggu-minggu prepare untuk benda tu. Lepas ni bolehlah aku goyang kaki dalam kelas, tengok orang lain present pulak. Yang paling aku tak sangka, presentation aku haritu lebih sejam baru habis! Korang pernah present sampai satu jam? Aku pun tak pernah. Masa tulah kali pertama. Ingatkan 15 minit ke, setengah jam ke paling lama (sebab dapat bahagian yang banyak). Tiba-tiba dah habis masa. Tapi of courselah, satu jam lebih tu bukan aku sorang yang cakap. Professor ada mencelah sana-sini. Apapun, khalas! Kalau Iimaan datang bilik kita lepas ni, tak payahla dia tengok lagi slides pasal Mesopotamia purba. Tapi term paper mungkinlah dia kena tengok jugak. Plus, ada je pembentangan untuk subjek lain. Hahahahaaa.

Sorrylah. Aku yang pening pasal pembentangan, korang yang kena baca sampah sarap dalam kepala ni.

Ramadhan is here!

Sekian, semoga bertemu lagi di dunia nyata.

Warmest regards,

Mary.


P.S.: Aku memang nak kena jumpa korang sebab nak buat research untuk Interpersonal Communication. Haih. Tapi janganlah rasa dieksploitasi pulak. Aku memang nak jumpa korang, research tu kebetulan je. Hahahaa.