9

Gambar majlis nikah Nuraini Juwita

Courtesy of Huda Marzuki. Dia bagi banyak gila, tapi kita save sikit je. Iimaan kalau awak save semua, tambah ek. Buat post baru. Semua gambar dia bagi...pelamin, berinai, bersolek, hantaran, gambar dengan kawan, gambar dengan anak orang...haih.

Tak jelas sangat. Sape amek gambar ni ha?

The wedding-est of Malay-Muslim wedding pictures :P
Classic.

Siapa kata nikah jauh dari keluarga tak meriah?

Ada banyak lagi sebenarnya gambar kak Aini dengan banat lain, tapi kita letak gambar yang mengutamakan pengantinlah ye. Ikut giliranla.
Sape yang kawen, gambar diala yang popular.

Semoga kak Aini bahagia di samping teman/bayang-bayang baharunya, ameen.


7

Ceritera minggu exam.

Salam sejahtera semua sahabat2 yang aku sangat sayangi dan rindui hanya kerana Tuhan yang satu, ALLAH..ketika aku menulis cerpen ini, (haha cerpen la plak!) aku sedang berada atas katil asrama dan menghadap buku tajwid, berjudul ‘al-Munir’. Ini adalah buku jami’ah yang perlu kiteorang explore untuk memenangi hati syeikh dan syaikhah bagi memberi markah penuh untuk mendapat lessen pengiktirafan sanad Rasulullah s.a.w., serta merangkumi rahmat dan redha Allah dalam mempelajari ilmuNya. Huhu, susah, tapi indah, insyAllah~

Menghitung hari, detik demi detik, masaku nanti apakan ada…jalan cerita, kisah yang panjang, bukan puitisss…~~

AWAS! Peperiksaan akan dan sedang dijalankan. Sila maafkan dan doakan calon-calon peperiksaan. Terima kasih. :)

Adoii, seperi mane yang korang tau, semua kami sedang menghitung hari, ade yang menghitung hari nak kawen, ade menghitung hari nak abes exam, ade menghitung hari nak balik!! Haha dan setiap dari kami sekarang sedang bergelumang dengan exam nihaie yakni final , bermaksud akhir. Aku tersangat la gementar dan kecur liur, (aik, kecur liur bukan utk makanan ke?) hmm kecut perut, sbb ak ni bukan la bijak mane, memerlukan usaha yang lebih dari org lain especially kawan korang bernama Farhana. Korang tau kan, beliau adalah budak skema @study, wahaha sekali ak study hard pun x mampu nak lawan study die beliau. Lala~ lantak ko lah paan…asalkan kite belajar keranaNye kan? :P

Berhenti sebentar. Tap! Belajaq2…..eh2, org ajak makan la pulok, oh yeah.

Sambung, aku nak ngadu ni, yang berkenaan post Maisarah yang baru2 ni, kan die citer pi kenduri ecat kan, pastu die x mention pun kat org yg x join tu, name ak dgn paan. Suke ati die je, huh dah la mai, aku dah merajuk dengan ko…adios![sambil lari2 nyorok belakang langsir huh]

Pastu, aku nak exam ni, doakan lah aku eh…korang tau x, aku sejak kebelakangan ini, dah banyak malasnye dr rajin, hehe memang lah aku x rajen mane, tp tahap kerajinan yang tidak seberapa itu sudah mule menurun berbanding bukak sem ritu..mase bukak sem ritu, aku bangun awal, melangkah keluar bilik dengan semangat, ala2 askar yang ade kat kubu kat Mafraq nil ah! Tp kan, semenjak dah thani ritu, semangat aku mule la buat hal, lari balik umah, dibawa angin deras dQ, pegi klsentral, pegi kalompang..huhu sesangat rindukan Malaysia, Malaysia, oh tanah airku~ natijahnye, natijah imtihan thani ak menurun dr imtihan awwal, MAJORITI nye lah…huu, yaTuhan, ampunkan aku jika ini pengajaran buat diriku, aku redha. J

Doakan aku untuk imtihan akhir plak ye, insyAllah najah sofiy dunia wal akhirah! Tajdid niat, tajdid niat, tajdid niat~

Baik, cerita seterusnye, berkenaan sahabat kite yang nak mendirikan rmahtangge, hikhik sape lagi tak lain dan tidak bukan kak Aini Juwita kite, waha~ kawen kat mesir woo, gua x sekental lu la beb..haha aku x tau la ape persediaan beliau tentang mengahadapi hari berbahagia itu, ym ade je, tp tanye2 gitu je, nak tanye lebih2 ‘malu’! ahaha kepada kak aini, maaf x dapat hadir majlis walimah kamu ye, mungkin nnt majlis aqiqah, insyAllah, boleh turut serta wat havock..hee ,didoakan berbahagia ke syurga, barakallahulakuma wabaraka alaikuma, wajama’ bainakuma fi kheir ~! nnt sape2 update la cite perkahwinan beliau ye, haha this is an order :P

Hari esoknye ni, aku bangun pukul 9.30 pagi, terkejut! Ade kelas ke x nih??[beselah kalo dah minggu nak2 dekat exam, slalu x dek kelas] tp sebab x berape yakin, tepon beberapa org, termasuk Jannah (korang kenai kan?kan?), tp die x angkat, ak pon kol lg sorang ni, die kate, ade kot, nak pi lah nih..alamak, kelas nye kul 9.30pagi, tp ak slumber beruk x siap ape2 lg..wahaa dengan cepat2, siap2, n then pegi dgn slumbernye walaupon memang tau lambat mcm ape dah, huhu tp x pe, sbb doctor tu ‘mcm’ spotting, aku nak pi, ak pi pon bersebab, sbb nak amik nota kat dak arob, sbb sesi akhir2 blajar subjek ini x dek nota dlm muzakarah yg dibeli. Hmm~ sekali pegi, dah la lewat, x dek kelas uponyo! Weih, aper da,, itulah akibatnye huahua, balik la dengan muke seronot, singgah kedai ‘baby’ jap…abg ni ensem jugeks hahaha :P

Sambung belajar..sambil dengar lagu…

Sblm aku post mende ni kan, aku de la terbukak blog kite yg terindah itu, tgk dah bertukar wajah 2,3 kali gak la..mary, ikut awak la nak letak mcm2 mane, kite tetap ngadapnye blog itu, sbb tetap dekaaat dihati!~ ahaks..x kire la mcm jubah sem ke, mc m alice in wonderland ke, mcm kindergarden ke, aku tetap bukak,, tp jgn la suram sgt. Tp aku x dek la update sgt2, hee~ map zahir batin

Aku nak cerite banyak sebenarnye, tp x reti la nak start mcm mane, banyak woo, dr intikhobat wafidin university, pastu sukan antara univ kat cni (dak mesia je), pastu pilihanraya persatuan, pastu family day, pastu bla, bla, bla….sumenye kene join, sbbnye kat cni, kalo x join, maka sunyilah mendenye, org ade, tp mcm x dek. Ntah la, sbb sikit satu hal, satu hal yg lain plak, org x nak turun sgt. Huhu inilah kisah mafraq al padang pasiru, tomfok2 taik unte! Kui3 pengalaman la dok cni, jiha, meh la cni, meh2 cepat..hihi :P

Mase sukan antara univ tu, ade la jmpe aziah, die main, aku sukong je, paan bz smpai berbelang2 muke, huhu yang lain, x jmpe lame doh, last jmpe mase PERTAMA (persidangan tahunan mahasiswa sejordan kali ke-4) waha! Dorang ade je ajak, nada n nisah ajak dok umah baru dorang, tp yelah kan, kalo lah mafraq-mu’tah seperti mafraq-irbid, sudah lama tiap2 weekend ak lepak umah korang wahai kawan2..x pe2, jarang2 jmpe baru kite hargai, ye x?huhu kat cni baru tau nak hargai sume2. Wani, wani….

Setelah beberapa hari [imtihan berbaki 2 sahaja lagi! Oooyeah]

imtihan yang sudah dijawab? so far sooo good, ucapan 'alhamdulillah' je lah yang perlu kite ucap, insyAllah...Oklah, tu je kot yang bleh aku mengarut utk entry kali ini.. x dek ape pon nak cerite, dah seminggu aku simpan mende ni dlm Microsoft word, ni baru nak post…smpai imtihan aku sudah berbaki 2 sahaja lagi…lala!~ mcm x caye dah nak abes sem 2 waaaha~! seronot! Seronot! Rasenye seperti kanak2 dpt lollipop…huhu ok, see u in the bus stop. Full stop.

p/s : selamat hari ulangtahun kelahiran buat sahabat2 kite yang menyambut hari lahir pada bulan Mei ni..ramai kan, antaranya iimaan, kak so, ummu, maryam n sape lagi eh?sape lagi? ade aku tertinggal sape2? x lupe gek, ex-roomate ak, kak kamaliah, merangkap ex-classmate..waah, rindu nak kacau beliau..huhu selamat ye sume, selamat....[ucapan pakej dari aku, bace, jgn x bace :P]

dari rehal pengarang,

Nur Syazwani biti Mohamed Nasrudin,
AL Al-Bayt University,
The Hashemite Kingdom Of Jordan.

8

Maryam: XIII

Rumah, 17 Mei 2010.
Happy 22nd Birthday Ummu Barakah!

Assalamualaikum wrt wbh.

Korang tengah buat apa tu? Ehehe. Jangan lupa baca cerita Kak Seri kat bawah tu ek. Susah payah dia tulis :P

Dah sebulan lebih rasanya aku cuti ni. Nanti mesti tiba-tiba dah masuk sem baru. Tapi takpe.

Pagi ni aku nak cerita pasal Hari Belia 2010. HAHAHA. Kalau nak cerita Hari Belia sebenar-benarnya, tanyalah Mai atau Ummu...diorang (dengan Izzati dengan banin) jadi wakil Rakan Muda DQ-USIM kat sambutan Hari Belia Kebangsaan kat Putrajaya weekend baru-baru ni. Lain sebenarnya cerita aku.

Jumaat baru-baru ni, petang tu tiba-tiba Kak Fi telefon. Aku heran sebab takkan tengah-tengah cuti ada pertanyaan pasal pelajaran hahaha sebab biasanya Kak Fi rajin bertanya hal-ehwal pelajaran. OK aku pun angkat telefon (kita tak silent-kan phone masa tu tau Kak Seri). Tapi yang aku dengar suara Mai.

Serius gila suara dia. "Maryam. Aku ada benda penting nak cakap ni." Korang faham-fahamla Mai macamana kalau tengah serius. Hahaha. Anyway, rupanya Kak Fi sakit (kaki)...diorang masa tu kat UPM; sepatutnya Kak Fi pun join sekali celebration Hari Belia, tapi bila kaki dah sakit dan tak bebas bergerak, nak participate apa kan? Jadi Mai (selaku penjaga Kak Fi), nak "simpan" Kak Fi kat rumah aku weekend tu sementara orang lain berprogram kat Putrajaya, hari Ahad baru diorang balik DQ. Ye ah takkan nak biar Kak Fi tinggal sorang-sorang kat Kolej 5 UPM tu (tanpa sebarang barang untuk dibuat). Lagipun Kak Fi belum jumpa doktor/dapat ubat untuk sakit kaki tu.

Pagi Sabtu tu aku amekla Kak Fi kat UPM. Walaupun UPM ni luas, indah dan established, tapi asrama dia macam rumah hantu...tapi bilik dia luasla, macam kat DQ sket. Satu bilik dua orang. Tapi suram, seram, muram macam rumah hantu. Sorry Khaulah. Awak cadangkanlah diorang cat balik asrama hehe. Asrama je kot yang macam tu. Lembu-lembu UPM sihat-sihat je, kitorang suka tengok kalau lalu padang rumput tepi jalan tu.

Kitorang pun pergila klinik kat Bangi. Bila jumpa doktor, dia tanyalah Kak Fi, "Ada terjatuh ke? Keluarga ada yang sakit-sakit sendi ke?..." Lepas dah check semua, dia pun bagilah (tentative) diagnosis yang sangat mengejutkan, "Ni gout ni." Hahahaha terkejut tak sampai jadi lawak kan. Lepas tu doktor suruh buat ujian darah, nak tengok uric acid level. Tapi belum confirmla kan masa tu...cuma doktor tetap prescribe ubat gout untuk Kak Fi. Hahahhaaaa. Perasaan Kak Fi macam bercampur-baur...terkejut, takut, tak percaya, kelakar. Shida siap kata, "Doktor tu ngantok kot?"

Setelah melalui satu malam yang penuh saspens, pagi Ahad tu Kak Fi telefonla klinik, nak tau results blood test dah siap ke belum. Rupanya dah siap, jadi kitorang pergila ke klinik lagi. Pagi tu jumpa doktor lain. Bila masuk, dia tengok kertas results test tu, muka dia macam keliru. "Kenapa amek test yang buah pinggang je?" dia tanya. Gaya doktor tu macam terpaksa bangun tidur, pergi kerja hari Ahad. Pakai polo shirt dengan jeans je. Haha. Kak Fi jawabla, "Doktor semalam kata, suspect gout." Berkerut je muka doktor tu. Dia tengok results. "Takdela gout sangat..." (Cara dia cakap macam Rina sket).

Hahaha. Rupanya bukan gout, alhamdulillah. "Sakit sendi biasa," doktor hari Ahad tu kata. Dia pun suruh Kak Fi habiskan painkiller yang doktor hari Sabtu tu bagi. Sebelum keluar, doktor sempat tanya Kak Fi, "Dari Singapore eh?" Hahaha.

Of course semua orang terus gembira lepas dengar diagnosis baru tu. Lega. Kelakar kan kalau umur 23 dah kena gout. Perempuan pulak tu, macam jarang je jadi. Dahla Kak Fi tak makan sangat seafood ke apa.

Kemudian kami terus ke stesen KTM Serdang, lalu Kak Fi membawa diri pulang ke Darul Quran. Untuk tahu cerita Hari Belia, boleh tunggu Mai punya update. Mai dengan Ummu, korang takde record ke apa korang buat hari tu? Lama dah tak tengok Mai public speaking. Lalalaa. Aku pasti dan yakin, diorang mesti dapat banyak pengalaman daripada program weekend tu.

Kak Fi, semoga cepat sembuh dan sakit tak berulang lagi. Kalau sakit lagi, sila cepat-cepat consult mana-mana doktor pakar.

Sekian.

Yang benar,

Mary.
5

saje nak bercerita.....

assalamualaikum...
Alhamdulillah...semua chat?..arini tetibe je rase gatal tangan ni nak share citer ngn korang..hihihi..so disebabkan xpenah igt email n pasword blog ni.kene la sms sape2 yang tau..mule2 nak tanye maryam..tapi..paham2 je la maryam tu..hp die mcm2 hal.rosak la.masuk air la..kalo ada hp pon SILENT..(^_^) (saje cari pasal ngn mary,da lame xgaduh ngn die.hihi)

da dpt log in blog ni..da xtau nak tulis pe plak doh..pusing sane,pusing sini,g dapur wat air.siap g mcd beli burger dlu..hihi..

setelah hmpir 1jam......sambil makn ais krim sundae choclate yang sodap ni..baru la nak mule pikir n taip je ape yang terlintas..

seperti yang sedia maklum..skrg ni budak2 sek ngah bersiap sedia utk exam penggal pertama.
so....guru2 sume ngah dok siap2kan persiapan tuk budak2, xbrape bz sgt la..sbb kalo sebelum ni, soalan pihak sek yang kene wat.tapi sekarang... JAWI yang sediakan soalan pekse.

so..kitorang ni cume kene g amek je la..n pastikan sume kertas soalan cukup utk pelajar sek masing2..

buat mase ni sgt enjoy n happy ngaja kat citu..kiter ngn budak2 pon da mule serasi..tapi bezanya ngaja budak2 KL ni,phm2 je la..bijak die len mcm ckit..huhuhu..ala cam kwn2 kiter yang duk KL ni la.sumenye bijak2 blake.

degil tu biasa la.mule2 tu mkn ati gak la nak handle dak2 ni.tapi..setelah 3bln mnjadi ustazah yang sentiase ngan rotannye..hihi..alhamdulillah..sumenye dah jadi serasi n best plak ngaja kat cni..

nak bgtau korang ni..dah lame xbalik kg. tau(selama perak) yela..kalo nak balik kg kene tggu cuti panjang baru la best balik..

jadinye tggu bln 6 ni la nak balik kg.mmm...(mule igtkan kucing kat umah)

dan tetibe semalam ptg dpat surat dari JAWI..menyatakan kat ctu..SUKACITA DIMAKLUMKAN ANDA YANG TELAH DISENARAIKAN. KURSUS PADA BLN 6 INI..
(muke dah len mcm..nasib baik x jauh.dekat BANGI je)

kursus ni utk guru-guru perlantikan baru..yela nak ngaja ni kene la ada kursus..ada kemahiran utk mengaja..kalo x..hihihi....tu yang jadi..mengaja tapi budak xpahm2 "ape la yang ustazah ni ajar.."

korang tau x? hari guru sudah makin hampir..nak wish ckit .."SELAMAT HARI GURU" utk semua guru kat seluruh negare..(eh yeke?ke kat malaysia je...xpela...kalo slh betulkan yee)
TERIMA KASIH GURU..KERANA PENAT LELAHMU MENDIDIK KAMI...KAMI SENTIASA MENDOAKAN MOGE ALLAH SENTIASA MERAHMATI DAN MELINDUNGI MU WAHAI GURU...AMEEN..

sambung balik citer....
berbalik pada citer pasal balik kg..teringat umah yang terbakar dlu..:( sedeynyeee....


wat pengetahuan sume.umah ni.sudah hampir siap..hihi..xsaba n takut plak nak pindah umah tu..
gamba terbaru tuk umah baru xde.sebb dah lame xbalik..xtau camne rupe umah yang dah siap..
(^_^)
doakan ye..mge sgalenye selmat dan mudah semuanya..

mm..dah la kot..xtau nak tulis pe dah.

p/s :eh korang biler nak g air terjun ni..dah lame x wat bbq same2kan..bestnyee..wat kwn2 ku yang jauh diperantauan..xpe.nanti ada rezki kiter wat lagi meriah..hhihi..sbb rempah utk wat bbq auni bwk dari syria..(bleh kan auni?)suke2 main order..

salam sayang utk semua kwn2 ku...muah3..(^_^)\/

kat umah:depan tv...pasang tv tapi xtgk pun..
13

datang untuk update

السلام عليكم,korang semua apa khabar?harap2 nya yang berada jauh dimata ini sentiasa sehat selalu dan masih meneruskan cita-cita mengejar cinta hakiki~
sorry ye sebab agak lama aku tidak update cerita disini memandangkan kekangan waktu yang tidak bisa mengijinkan aku untuk menulis disini. tapi Alhamdulillah, sekarang ni aku di rumah. cuba untuk menghabiskan cuti yang pendek ini bersama keluarga...aceh~..(asl ayat aku macam skema ni..seronok nye kalau dapat bercakap dgn korg sekaran ni kan..)

baik lah, seperti biase aku akan gune metod point untuk meringkas peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum2 ni..

cerita satu
aku mulakan dengan cerite kawen Irsyat Zamani Aziz..hee~..aku rasa cerite ni dah nk basi tapi aku nk maklumkan kat kawan-kawan kita yang tak dapat join hari tu (wani farhana auni, syeikah, kak sarah, jiha, rina, kak fi )
ktorg konvoi dengan 4 buah kereta dan 2 buah motosikal. memandang kan aku, umu, zati, mena, kak so, kak sery, iman, dan kolah tak tahu umah icat, jadik ktorg follow konvoi banin. agak jauh jugak lah umah icat tu..nak kate hulu tak jugak, nak kate bandar tak juga.pndai2 lah korg agk seniri. majlis nya mmg meriah. mary die pegi gn family die. ktorg yang budak2 Dq ni dah kirim awal2 kat kak so mentak belikan hadiah. kite tonto ramai2 lah.. hadiah wedding icat mmg best, die dapat 3 buah adiah dari ktorg, yang pertama kipas diri, yang ke2 rak baju/buku, yang ketiga buku..hahaha..buku tentang ape ni korg g tanye kat kak sery ye..(^_^).

cerite dua
mengenai sorg 'kawan' ini. die kena amik short sem. kenape?kalau ikutkan tak perlu tapi disebabkan ketika diploma hari tu ade beberapa madah yang mencapai D+ maka dia terpaksa untuk mengulang madah tersebut. die cuba untuk melihat pengulangan mengambil madah tersebut dari sudut yang positif. memang dari mula die mendapat tahu bahawa dia perlu untuk mengulang madah D+ itu, dia redha. die tak banyak komen. belajar je lah sekali lagi. madah itu tetap ilmu kan. mungkin kali ini die akan lebih memahami. kan kan kan kan..

cerita tiga
korg ade bace berite kat berite harian tak minggu lepas?ade isu pasal bas Dq masuk dalam situ.
haaa..alkisah nye macam ni..hari tu(dah lame dah..taun lepas lagi..)majlis agama zakat KL ade hadiah kan sebuah bas Dq yang cun melecun gile.(warne gold) . pastu bile bas tu dah siap. Dq ni pegi mentak pndaftaran ke ape ntah kat kementerian dalm negeri asenyer..(hee~..sory lah..aku tak berape nk ingt..tapi lebih kurang mcm tu lah..)tapi pagawai tu tak bg.klo ikut prosedur dq tak leh terima bas tu. klo mengikut apa yang dilaporkan dlm berite hari tu takut ade unsur2 rasuah mcm tu lah..huu~..skang ni bas tu tersadai dekat sebuah isntitut yang under majlis agama Kl..kecian kan..punya lah lame kite tunggu nk ade bas baru, last2 jadik macam ni. hari tu dlam kelas ustaz kodir, die dah cerite dah. sbb die antar org yang kena uruskan. mmg sedih a dgr nada die cerite..nampak lah die kecewa sbb tak dapt bas tu..huuu~..sekarang tgh wat rayuan. insyallah ade rezeki ktorg dapat lah balek bas tu, arap lepas berite tu kuar dari paper ade lah sebarang respon dari kementerian tu..huuuu~

cerite 4
haa..korg mesti tau kan baru2 hari tu ade pilihanraye kat KKB..hahaha..meriah gile lah..poster merate2. banner merate2. yang plg mengejutkan kedai2 yang sebelum ni tutup pukul 7 mlm, bukak smpi larut malam. dq pula sepanjang 2 mingu tu sesak dgn orang ramai. orang ramia yang dtg dari luar kkb. smpaikan sewa rumah kat taman2 perumahan kat kkb tu naik. klo seblum ni sewa rumah sebulan rm200 kan tapi musim election ni naik ke rm1000..huuu~..penagan pilihan raye katekan~..Dq pun tak terlepas dari bahana election ni..TPM turun dq. dan yg plg kecian nya, dia br th ade isntitusi (dq )under kerajaan yang beroperasi kat kkb nih..huuu~.plg bes hari mengundi tu..sek men yg dpan dq tu pun jadik tempt mengundi. kebetulan pg tu ktorg kuar nk g kenuri icat. macam2 kerenah penyokong BN n PKR. asl je kereta pakcik Jo lalu je penyokong2 semua berteriak.haha..ktorg pun layan kan je lah..hee~

ok lah cukup lah setakat ni ye..sebelum aku mengakhiri kalam, selamat hari lahir diucpakan kepada kepada kakak mashi kite ni..KAK SOLEHAH~!!!semuga dimurahkan rezeki, dipangjangkan umur, masyi selalu, belanje kami selalu..heheheh
"sekian
normaisarah othman melaporkan
untuk tv9
dekat dihati"