7

Liputan khas: Pertunangan Siti Sarah Md Mahidin


Iklan: Rina kirim salam rindu pada semua!

Alhamdulillah, seperti yang telah dijangka, Kak Sarah menjadi orang pertama dari kalangan golongan KL Sentral yang mengikat pertunangan dengan muslim pilihannya. Peristiwa bersejarah tersebut telah berlangsung pada 14 Mac yang lalu (maaf laporan lambat macam siput) di kediaman baharu keluarganya di Perak.

Memandangkan tiada seorang pun daripada para pencerita yang dapat menghadiri majlis tersebut, maka Kak Sarah telah berbesar hati mengirimkan beberapa gambar untuk tatapan kawan-kawannya. Laporan ini juga didedikasikan khas untuk mereka yang dekat di hati Kak Sarah tetapi berada jauuuuuuh dari Malaysia: Rina, Auni, Sharifah, Wani, Farhana, dan lain-lain. Manalah tahu, tengok gambar, dapat ringankan sikit rindu ke, dapat inspirasi ke, apa ke.

Untuk memudahkan kerja, Kak Sarah telah ditanya beberapa soalan. Berikut adalah jawapan beliau (jawapan dia panjang, tapi kalau baca, mesti korang rasa macam tengah duduk depan Kak Sarah, dengar dia cerita live :P):

1) kak sarah dah bertunang ek?

da b`tunang da..

2) dengan siapa?

ngan (dr) mohamed muizuddin b. senin...

3) bila?

14/3 la..korg yg xdtg...penat aku tunggu...

4) apa perasaan sebelum, semasa dan selepas bertunang?

perasaan sblm???...biase je...
perasaan slps plak???.....lg biase...

5) bila nikah agaknya?

nikahnye inshaallah taun dpn...tarikh blom tawwwww....

6) cerita sket suasana & prosedur hari pertunangan tu. maklumlah ramai-ramai kawan kak sarah ni, sorang pon tak datang. jadi semua nak taula.

suasanenye meriah...da macam knduri kawen plak wlpon sedare dekat n jiran2 je dtg...sampainye dlm kul 12 lbih...mkn dulu,sbb kalau bincang dulu takut xlalu mkn plak...hahhahaha....bincangnye bmule ngn m`pkenalkan fmly muiz..mcm da intrview keje plak...hahahha...pastuh mule la tawar menawar...hik3...xdela,bincang sume la...da abes bincang n tunjuk cincin kt abah n ummi...berangkat la maknye n t`geng masuk dalam bilik...
nak sarung cincin la...mase tuh rase mcm artis t`kenal...flash merate2...malu aku...da sarung cincin baru la d`suruh bukak purdahnye sbb sume nk tgk...hahahaha...
bile da bukak tuh maka tekejut la sume org tgk sbb sume org xpenah tgk hatta jiran t`dekat...
hahha...mcm cite dahulu kale plak...xb`kedip la org tgk aku...cewahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...perasan....da penat tgkap gambo dlm bilik...

macam halilintar tlinga aku dgr...abah panggil suh kuar kt depan...mase tuh rase mcm nk tecabut jangtung sbb kne kuar...hahahhahh..make duduk la depan bteleku...konon ayu...
sume org tangkap gmbar lg...muiz da malu wlpon die curi2 tgk aku...die dok hujung bucu umah...xbukak purdah la...mase dalam bilik je...die da bdiri nk kuar umah da...pakcik die tarik...xbg kuar...hahahahah...aku nih da t`tunduk mcm siput...hahahhah....mcm2 plak arahan yg aku terima..suh salam sume org la ape la...tp aku buat dono je...nti balik la salam...malu kau nk bgun tgh2 org...hik3...

da tukar2 hantaran sume...berangkat la dorg nk balik...
xde pluang langsung kami bckp ke,tgk ke...hahahha xbleh lg...aku pon kuar la kt luar,tp dok kt umah je...xsampai ke jln...mase nk balik tuh,muiz xbawak keta,tp adiknye zul...zul bukak tingkap dpn n lambai ksarah,ingt ape..rupenye nk suh tgk kt tmpat blkg...hahah...muiz kt blkg...kami sempat lambai je...hahhahaha...tuh pon mase last balik...gatai plak kan....xla...bleh tgk kt ctu n lambai je...abes la kisahnye...pastuh aku kne tukar baju sbb pinggan mangkuk belambak2...mbasuh la plak kt blkg umah tuh sambil kemas2 sume..tuh je la...da abes cter aku...

7) nasihat ke?

korg dtg knduri aku...xdtg aku smbeleh sorg2...hadiah mesti mau yg busat punya...mahal pnting...hik3....n korg cepat2 la kawen..baru aku ade kawan yg da kawen jgk...hahahhah....

Rundingan antara pihak berkuasa di kedua-dua belah pihak

Baju yang dicarikan oleh Kak Fi dan Ummu di negeri seberang Selat Tebrau.

Meriah, masha Allah.

Tenang, bersahaja dan berkeyakinan.

Ini tunangan orang, harap maklum.

Bergambar dengan keluarga.

Marilah kita semua mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan Kak Sarah. Semoga ikatan ini lancar menuju ke pernikahan dan seterusnya ke akhir hayat, ameen. Kepada Kak Sarah, semoga dapat membuat apa-apa persediaan yang diperlukan, dan dapat menjaga batas-batas perhubungan sebaiknya...agar berkat rumahtangga yang dibina kelak, Insha Allah.

4

Maryam: XII

Rumah,
Cuti.

Assalamualaikum wrt. Aku harap dan doa, semua korang sihat dan ceria. Walaupun banyak assignment, mid-term di hujung semester, exam dan apa-apa lagi ujian dunia yang sangat menghimpit perasaan tu. Ehem.

Cuti dah mula. Belum sampai seminggu pun. Kakak aku dah habis pengajian degree dia. I'm glad I still have many years to go (takdela banyak sangat pun kan tapi OKla jugak). Walaupun belajar ni memenatkan -- kadang-kadang penat tahap apentah -- tapi pada firasat aku, masa paling indah dalam hidup ni tak lain dan tak bukan adalah zaman belajar.

Berbalik pada kisah cuti. Aku suka cuti. Korang pun suka kan. Tapi aku lagi suka hahaha. Heh ape ni. Aktiviti masa cuti ni macam biasala; duduk rumah, cari kucing jiran, pening tengok rumah, online bila ada peluang, bayangkan rumah bersih dan teratur... Isnin-Rabu-Khamis aku pegila mengajar macam biasa. Kalau ada kelapangan dan izin dari Ayah dengan Mak, mungkin boleh pegi training debat kat UIA nanti, walaupun aku bukanla cinta sangat dengan debat nih. Tapi trainer kata kat aku, "You're almost there" (whatever that means), jadi aku pegila. Kalau istiqamah, insha Allah dapatla improve. Kalau improve banyak (like, banyaakkkkk), mungkin satu hari nanti boleh jadik wakil Uni. Hahaha. Hah. Bukan best sangat pun dapat masuk pertandingan. Stress memanjang. Maklumla debat. Macam bertengkar, tapi ada format. Kadang-kadang tajuk macam sakit hati je pulak tu [macam, "This house believes that the Prophet would have approved of Hollywood"]. Tapi kalau aku tak masuk debat ni, memang aku tak bercakapla sangat. (Pastu bila jumpa Kak So cakaaaapppp sampai tak tidur).

Jiha dah habis belajar, Kak Sarah dah selamat bertunang. Kak Seri dah gembira bekerja, Iimaan dah bersiap-siap untuk belajar balik. Dah lebih setahun kita tinggalkan DQ. Hmph mode sentimental pulak. Pointnya kat sini, cepat sangat benda berubah kan. Aku tak kisah je, asalkan perubahan tu, yang baik. Macam korang yang kat DQ...matang je aku tengok sekarang. =))

Bila dah selesai exam nanti, korang updatela cerita ek. Wani, Kak Seri, Auni, Khaulah, Ummu. Tulisla barang sepatah dua. Kak Fi takpe, dia special case. :P Jiha pun dah boleh join. Sila, sila, jangan malu. Kalau awak update hari-hari pun takpe Jiha.

Exam slip aku kata, 20 April ni results keluar. Haiya die already.

Warmest regards,

Mary.
1

Semester 2 09/10

Assalamualaikum wbt.


Sebab aku dah lapang sekarang, maka aku pun kongsilah sikit cerita dengan korang.

29 Mac 2010

Aku jatuhkan pen seperti yg diarahkan di sebelah buku jawapan intro to history and civilization.. Bangun2 je calon tepi aku cakap. Fuh! Prof memang kontra, satu apa yg die ckp pun tak kuar. Ye ke? Aku tak ingat pulak Dr. Ghassan ada bagitahu tajuk yang keluar atau soalan spot. Bentuk soalan dan contoh adala.. aku tawakkal je dengan jawapan aku. Soalan pertama je dah buat termenung sekejap. Bukanlah apa, tidak menyangka soalan itu yang muncul.(dalam exam kan biasa surprise ni). Bukan sangka soalan tu tak cukup susah tapi jangkanya soalan yang mungkin lagi penuh muslihat dan lagi tak berterus terang. Bab ni memang masa mula2 aku susah sedikit nak hadam terutama bahagian Western Philosophies of History. Nak mengingat nama2 yang terbelit lidah dan idea2 mereka. Tapi soalan lebih tumpu pada School of History.

1 ) Examine the approaches and ideas of two main Western schools of history.

Soalan kedua mungkin ramai yang dah boleh menarik nafas lega sebab soalan berkaitan sumbangan tamadun.

Masuk bahagian kedua arahan suruh buat note ringkas tapi aku macam tak percaya je. Banyak juga soalan dekat situ aku tak sempat nak hadam sebab silibus pun habis seminggu sebelum exam. Marathon 4 tajuk sehari.(urgh..nak salahkan benda lain gak). Tapi Alhamdulillah pilih empat soalan sahaja. Tentunya antara empat yang aku jawab tu aku pilih pasal kod Hammurabi, Confucianism dan Ibnu Sina dan sumbangannya.

Semalam(hari tu la..) ahad 28 mac aku exam Bahasa Melayu Lanjutan.. Masa menjawab kertas bahasa Melayu 1 jam setengah. Terkejar2 aku nak menjawab 4 bahagian soalan termasuk soalan karangan yang memerlukan 3 ke 4 muka.

Pernah pensyarah Arab aku tanya buat apa belajar bahasa Melayu. Agaknya beliau pelik sebab aku dah Malay belajar lagi bahasa Melayu. Kalau international students kat sini belajar bahasa Melayunya lain. Sangat basic. Beliau tanya kat aku belajar sasterakah? Aku jawab tak..kenapa ntah aku pening nak jawab masa tu. Last2 aku kata, macam arab jugalah, ada nahu sorof apa lexicography semua benda tu. Pelik sungguh dia dengar aku ambil kelas bahasa Melayu.

Oklah sebenarnya aku tak mahu cerita panjang tapi dah cukup panjang pun dah ni. Ringkasnya dalam semester 2 ni banyak juga perkara yang berlaku antaranya arahan menggugurkan subjek oleh Jabatan IImu wahyu. Malas nak cerita panjang so, long story short awal sem aku ada 7 subject, adjust masa add drop period jadi 6. Then 1 lagi subjek 3 minggu lps tu sebab kelas skil aka maharah aku agak panjang (apa kaitan eh..)dan yang last sekali masa jabatan panggil aku dan ramai2 lagi yang senasib dengan aku. Kami di dropkan bukan sebab tak perform well malah ada kalanya lebih kurang sahaja dengan kalangan matrik or whatever. Tapi sebab status tak tukar lagi. Dibimbangi kami tidak mampu nak tanggung beban kuliah sedangkan masa tu dah tengah sem dah pun dan ada subjek yang telah bermula kiraan carry mark. So setelah menyatakan pendirian aku tp sebab aku xde kuasakan so jadila 3 subject jer..syukur Department Human Sciences tak buat benda yang sama.

Akhirnya setelah tamatnya peperiksaan akhir maka berakhirlah secara rasmi semester 2 sesi 09/10 aku.

Sekarang ..timbang-timbang antara 1) nak buat short sem ke tak 2) nak buat single je kea tau major minor.

Okeh…aku sudahi tulisan ini dengan ucapan salam. Aku doakan yang terbaik untuk korang semua tak kira di mana anda semua bertaburan mencari ilmu dan pengalaman…

Assalamualaikum wbt.

Mahallah Hafsah,IIUM.