7

Catatan perjalanan dari KL-DQ - KL- GOMBAK

Assalamualaikum w.b.t

Jumpa lagi kita disini..sebenarnye dari pihak aku secara individu takdelah cerita atau perkongsian baru cuma baki cuti tinggal lagi 3 hari je dan kerja yang patut siap dalam tempoh cuti ni masih berbaki besar lagi. Harap dapat langsai sebelum buka kelas nanti. Lagi, sem 2 ni aku rasa cepat sangat berbanding sem 1 dulu, sedar2 je dah kat tengah2. Minggu sebelum cuti aku sibuk ulang alik pergi DBP sampai pakcik kaunter tu pun dah kenal.

Kali ni nak cerita balik reunion dengan pelajar USIM-DQ.. reunion ke? Apa apa jela. Tahniah untuk Jiha dan rakan2 sesemnya yang baru lepas sambut majlis khatam. Sorry masa datang hari tu kita tak dapat berlamaan.

Pada sabtu yang lepas aku dan iman telah menyibukkan diri ‘naik’ ke DQ KKB. Rancangan yang ‘diconfirmkan’ pada saat2 akhir itu telah dilaksanakan pada pagi sabtu walaupun jadual perjalanan lari sedikit daripada perancangan asal..Bilangan yang pergi pun jadi berkurang atas hal2 peribadi masing2. Pukul 10.15 kot sampai kat sane. Niat asal nak surprise korang yang kat sana tapi korang dah tahu.hmm…



Sampai dekat sana ingatkan jiha dan warga yang diraikan dah masuk dalam dewan, rupenya terpacak lagi berbaris dekat simpang nak pergi muktamar dengan bangunan pelajar ijazah dengan jubah khatam mereka yang berbagai rekaan dan hiasan.Lepas tegur2,lambai2,ucapkan tahniah, peluk2 dengan jiha dan kawan2nya kitorang pun cadang nak jengok2 bangunan baru pelajar ijazah. Tengah tertengok2 nampak dorang tengah turun. Oh lupe plak, pagi tu dorang ada majlis perasmian bangunan tu rasanya. Jumpelah ummu,zati,k.timah,jamilah dan sape ntah lagi masa tu. Mai tengah sibuk bincang ape ntah dengan us Buhairi dekat koridor atas.


Lepas jamuan ringan mai bawa aku jalan2 tengok bangunan baru tu dan terus nak pergi studio ust Buhairi . Sambil2 jalan mai bersemangat cerita. Tahulah kan mai macam2 cerita, nak cerita kat sini pun aku tak tahu nak pilih mana satu. Iman dah hilang dengan aminah. Masa tu fi,fizah jalil,amira dan beberapa orang lagi yang tersenarai sebagai anugerah dekan baru lepas ditemu ramah dengan RTM kalau tak silap. Aku yang dah lama tak dengar fiza jalil berceloteh pun tumpang kaki sama. Korang boleh bayangkan gaya penceritaan dia yang best tu kan. Aku rasa kalau buat tv show memang sambutan hangat punya. Tahniah sekali lagi untuk anda semua pelajar USIM-DQ. Dengar2 banyak lagi perancangan menarik buat anda selepas ni. Jangan lepaskan peluang dan jangan bimbang, yang penting usahakan yang terbaik. Tapi kalau tengok korang memang bersungguh. Keep up the good work dear!


Perjumpaan seterusnya bersambung dekat bilik. Tukar2 barang,jual2 dan promosikan produk,tukar2 fikiran dan cerita, movie dan sebagainya. Lepas zohor kitorang bergerak turun KL. Mula2 fi dengan ummu je yg akan turun sama pastu mai pun turut serta memeriahkan perjalanan. Last minute ummu berjaya pengaruh izzati untuk turut serta bersama. Tengah2 siap tu ada pulak yang ajak makan pizza. Lepas dah fikir2 mcm mana nak memuatkan diri dalam keta comel tu tanpa ada yang perlu duduk kat atas bumbung kitorang pun bergeraklah. Sorry korang semua kalau ada saat2 mencemaskan. Hehe..aku excited sangat. On the way mai ajak main word chain. Betul ke namanya? Kelakarla tapi bertambah ilmu.tak gitu? (Mai jumpe tak maksud perkataan tu?) Dah nak sampai simpang batu caves aku suruh izzati tunjuk jalan potong konon malas nak bersesak tengok2 jalan dalam pun sesak sampai tercium kete ngan bumper bawah. Sape ntah ajar aku macam mana nak elakkan daripada tercium jalan. Zati ke? Pastu siap ada sekatan jalan lagi. Kitorang dah la terlebih muatan.huhu..


Lepas tu kitorang makan2 kat tepi carefour. Kerana kelaparan macam2 yang nak diorder. Lepas posing2,makan2,berfacebook dan macam2 aksi kitorang pun teruskan perjalanan pulang. Hantar iman kat rumah die pastu pergi hantar mai kat rumah kawan die (hib). Mai sentiasa semangat tunjuk jalan nak pergi rumah hib takut2 aku pergi bawa die ke zoo Negara dan bukan rumah hib. Sampai sana kitorang berkenal- kenal dengan hib walaupun aku dah selalu jumpe die kat uia.



Ahad, 24 januari 2010


Dar al-Hikmah. International Islamic University Malaysia. Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Semoga usaha mereka dalam menyiapkan kerja tersebut diberkati Allah dan beroleh manfaat…Untuk kak Sarah sekeluarga moga keadaan kakaknya bertambah baik. Untuk kita semua, moga kita sentiasa punya semangat dan kekuatan dalam menempuh cabaran sehari harian. Untuk orang Syria yang JAUH.. dah lama tak mendengar dari korang.Hehe..



Setiawangsa, 28 januari 2010

3

Maryam: X

Rumah, 23 Januari 2010.

Assalamu alaikum semua orang.

Apa khabar semua? Tanpa aku sedari (heh ayat ape ni), dah cuti
mid-term pun. Rasa macam hidup ni tiba-tiba difast forwardkan. *Sekarang semua boleh pasang soundtrack "sedar tak sedar/berlalu pantas meninggalkan diriku/tak sedar sedar/tak mungkin dapat kukejar oh terlalu jauh..."

Walaupun dapat break seminggu, tapi maklumlah, break tu hanya pada
kelas. Benda lain tak break. Kalau dilihat pada kehidupan akademik, break tu maknanya masa untuk:

1)
siapkan paper pasal Khilafah Abbasiyyah ATAU Khulafa' ar-Rashidin (bagi fokus lebih sket kat maqtal 'Uthman R.A.),
2)
Obseskan diri dengan subjek Islam in the Malay World sampai akhir hayat Muhammad Yusuf al-Maqassari. Lepas break ada exam. Kalau takde exam pun, ini memang tugas sekelian pelajar sejarah.
3)
Rewind dan rethink serta reflect Sirah Nabawiyyah walaupun kita tak jumpa mana original edition buku Fiqh as-Sirah (al-Buti) kat rumah. Ini petanda perlu membaca Sirah Ibn Hisham atau Sayyid Sabiq punya kitab pula. Er sepertimana umat Islam yang lain juga, kalau takde exam pun, memang aku kena buat yang ini.
4)
Prepare untuk presentation DUA MINIT Sciences of the Qur'an. Summarise term paper haritu dalam dua minit terima kasih Dr.
5)
Mass Comm pun baca. Kenapa perlu ada dua mid-term exam? Supaya kita lebih banyak bacaaaaaaa.
6)
Sociology!! Sampai sociocultural evolution theory Encik Gerhard Lenski. Eh tak. Sampai Ferdinand Tonnies punya idea pasal Gemeinschaft dan Gesellschaft.

Dari segi
kerja rumah pula, kerja yang tersenarai adalah membersih dan mengemas rumah setakat mana yang mampu ditanggung akal.

Break ni jugak, masa untuk kita cari dan buat keputusan. Antara perkara yang perlu diputuskan: Nak minor in Law ke, nak double-major dengan Mass Comm (Journalism)? Ke nak double degree in Law terus kahkahkah kalau suka sangat buat degree baik kau buat degree in French kat UPM ke lepas ni. Hah? Hahaha. Acah je. Alliance Francaise
tetap di hati. Cuba serius sket Maryam. OK well. Pada pendapat korang: Patut aku amek minor dalam undang-undang ke, double major bersama Mass Comm? Dua-dua pun aku suka. Architecture pun aku suka. Begitu juga dengan Modern Languages. HAHAHA. Bak kata doktor yang buat check-up aku kat Kelinik UIAM bebarapa bulan yang lalu: "Susah jugak kan kalau banyak minat ni?" Tengok doktor dah jadi career counselor.

Dalam masa seminggu, kita perlu buat itu semua, dan banyak lagi. Rabbi yassir wa la tu'assir, rabbi tammim bil khayr...

On the brighter side, pengajian History aku berjalan lancar, alhamdulillah. Gila best.

Tahniah kat Jiha yang baru lepas meraikan majlis khatamnya. Untuk Kak Sarah sekeluarga, banyak-banyak bersabar ek. Kami sentiasa mendoakan, insha Allah.

Bila agaknya orang lain nak bercerita ni. Tolong jangan jawab, "Dah cerita dah semua...hari Sabtu haritu." Sape jawab macam tu kau bukan lagi kawan aku. Haha tak rasional langsung.

Siapa yang banyak masa lapang, sharelah pengalaman korang ek. Kalau takde masa lapang jangan buang masa melepak kat blog. Faham?

Iimaan, cepatla masuk UIA. Supaya kita boleh berkomplot macam-macam perkara heheh.

Warmest regards,

Mary.

P.S.: Oh Tuhaaaan di depan ujiaaaaan terasa diri ini memerlukaaaanMu!

8

UPM MARI!!! khaulah,marjan,rasyidah,acap ehtisyam,fami n9

slm a'laik ya sohibi fillah..ya aqrabian's..ya DQ'ians.. ya Jordanian's..ya syriaaan's..wa ya kullu tolibat fi kulli jame'ah fi khariji bilad...:)

pekabar kengkawan sume? harap korang c-hat selalu..xpecially kengkwn yg suke lepak,tido n mkn maggi kt blik ak dlu..wani, farhana, mai, ummu, k.sery, k.fie, k.so, maryam, syaikhah, iman, k.fiza jalil, oni, min, zati, k.aini..aku amat2 merindui korang sume.sory late to k.so, cz lmbat replay for u'r iklan.."wanted khaulah" ye k.so.. mesti akk windu gle kn kt kter hehe..mai jelous le tu, xde org windu die... hehe thank's k.so,windu akk jgk.

em untk pengetahuan kengkawan sume, ktorang ber5 kt cni chat-chat belaka, yg terlebih chat pn ade, sape lg kalau bukan fahmi @ cikang.. nnt korang tgok gmbar die huhu. acap plak kepalaenye dh dibotakkan, mcm lpas nazar sesuatu je. biase la org dah besar kn skg..hehe korang nak tau tak, acap kt cni famous gle tau ,gosip pn banyak huhu
em ktorg yg banat plak xde pape yng special kot..

kitorang berlima same kelas n ktorang lah yang paling tua kt dalam klas tu, ye laaa majoritinye lepasan STPM.. adik-adik lagi la..lpe nk gtau next month k.marjan terpilih jadi wakil kolej untuk musabaqah tilawah quran, if die menang peringkat kolej, i'allah die akan ke peringkat Universiti pelak.. so korang doa2kan lah die sampai ke peringkat terakhir ye.

em ape lagi aku nak cakap ha mai.. 2 je kot untuk kali nie.. untuk berita seterusnye thun dpan plak ye huhuhu xde la.. ok la setakat tu dulu salam..:)

-penyunting berita: princc_hauman88
4

perkhabaran dari jordan

Bismillah

Alhamdulillah

Assalamu’alaikum semua! Bertemu lagi kite di arena blogging ini.hueh.asal ntah aku nih.

mai,ko rase macam kenal x tajuk kat atas tu?hehe~

Sehat ke sume? Harap sehat blake ah.aku dan wani Alhamdulillah sehat.kan wani kan.[ko sehat kan?]cume cuace are getting cold.sangat sejook~ye ah,dah bulan satu dah neyh.

Story I

Weyh,xtau nak story ape kali ni. sume orang are getting busy starting a new life with new sem. kami kat sini are getting busy preparing nak berperang ngan exam final. exam is just around the corner. esok 4/1/2010 wani exam markaz lughah. doakan beliau dapat membuat peperiksaan dengan baik dan semoga beliau dapat lepas ke kuliah dengan jayanya. ameen~chaiyok2 wani. kami [?] kat sini sentiasa mendoakan anda.hee~

Xperasan cepat sangat mase berlalu. uhuk uhuk. macam baru je amek exam mustawa markaz lughah ritu. tetibe je dak2 markaz lughah dah final. maksudnye nak abes dah satu sem duk kat university al al-bayt ni. xcaye je rase. macam baru semalam je aku kat KLIA.jumpe mai.jumpe jiha.jumpe iimaan.sape lagi eh[?]sory xingat.

Aku pon dah nak final gak. rase macam baru abes imtihan awal.pastu imtihan thani. pastu tetibe dah final. sangat cepat kan. kelas2 pon banyak da abes. al maklumla dah nak final kan. aku stat exam 11/1/2010. abes 16/1/2010. cuaksss ohh~wani plak, pas die abes exam makaz lughah tu die exam madah plak. die exam tanzim usrah 9/1/2010 pastu madkhal ulum 11/1/2010. pastu abes ah. kan wani kan. roomate arab aku nak khirrij dah fasal ni. abes final ni die khirrij ah. sedih ohh.

Story II

21/12/2009 bersamaan hari selasa telah diadakan Malaysia Day kat Universiti Yarmouk,Irbid. Tujuan diadakan bende ni pon aku xtau ape.huhu. nak memperkenalkan budaya dan keistimewaan masyarakat majmuk di Malaysia kot. Setiap BKAN [badan kebajikan anak negeri] sibok la mempromosi keistimewaan negeri masing-masing kepada masyarakat arab ni. Contohnye makanan ke ape2 la yang ade kat negeri tu x de kat negeri laen. Padahal yang paling gembira budak Malaysia ah. Dah lame oh xmakan kuih2 malaysia.hehe. Best jugak la. Siap ade simbolik upacara persandingan lagi.huhu. yang jadi pengantin tu adik beradik. Ade la macam2 acara contohnye silat, nasyeed, tarian zapin, dikir barat and marhaban. Siyes aku cakap dak2 arab ni kene hantar g kursus tatacara berada di dalam majlis rasmi dan majlis rasmi itu adalah majlis orang lain.huh. mereka sangat meriah tau x. siap berjoget lagi kalo denga muzik tu. Dorang plak yang syok lebey. adoyaiii~

p/s: time Malaysia Day ni aku kene jual roti jala ngan kuah durian. Sume orang pon macam taksub ah mane dapat durian.hoho. penat oh asek nak senyum je.penat jugak nak terangkan kat mamat-mamat arab + minah-minah arab ni ape roti jala dalam bahase arab. Asal dorang datang je, ktorang cakap “ bende ni dibuat daripada tepung. Saye xtau ape name die dalam bahase arab. Xde name dalam bahase arab.” Huh.suke hati ktorang je kan.haha. tapi betol kan xde roti jala dalam bahase arab. Yang paling bengang ngan sorang mamat arab ni..ade ke patot die cakap ngarut2.dah la time tu dah penat. Memang rase nak baling kuah durian tu kat muke die.huh! tau die cakap ape…

mamat arab: ape ni? [padahal aku rase die dah banyak kali ulang-alik datang kat ktorang]
aku [mewakili ah]: ni abu syaukah [terjemahan durian dalam arab]
mamat arab: bagus2. mane abu muhamad?
aku: [memang nak tahan ketawa gile2 ah tapi bengang] terus cakap suke hati awak la.


ni ah demo kawen tu.siap ngan silat sekali.kalo xsilap ade gamelan woo~

Story III

Haaa! Tahun 2010 dah. Kire nye sume orang dah semakin dewasa. Dah bertambah umur dah. Xcaye aku dah nak 22 tahun dah. Ape la yang aku dah buat sepanjang 22 tahun hidup kat dunia ni. Marilah kita sama2 muhasabah diri.


Sampai di sini sahaje coretan aku kali ni. Pasni suruh wani plak yang update. Kan die cakap die nak update akhir fasal kan kan kan.tuntut janji dengan die eh girls~

salam sayang+kasih+cinta+rindu dari kejauhan,
-norfarhana ahmad ghafar-