7

HARI BAHAGIA SARAH (bukan maisarah)

close up
bergambar kenangan dengan pengantin sebelum pulang
adoii~..manje2 gitu..(^_^)
kak Sarah n her lovely husband..
bergambar semasa smpai di rumah kak sarah

ni jurumekap nyer...cantik kan kak Sarah~!

hantaran yg kak Sarah tempah untuk buah hatinya
unik kan~!

Assalamualaikum kawan-kawan semua.lame nyer tak menulis kat sini(menulis time exam je..heheh)
aku rasa semua dah maklum kak Sarah aka Siti Sarah Mahidin (sorry k.sarah kalo salah eja eh..hehe) telahkan  menamatkan zaman bujang pada hari Sabtu yang lepas iaitu 25 disember 2010. oklah aku cerita serba ringkas majlis kak Sarah dan KAMI

ummu gn kak solihah singapore turun sehari awal (23 hb) terus pergi ke rumah kak seri. kemudian pd ptg 24 hb kak seri , ummu gn kak solihah pick up aku kat rimah makcik aku yang kebetulan satu jalan ke Pantai Remis.

Upacara pernikahan telah diadakan pada 24 Disember 2010 disebelah petang di Masjid. (majlis nikah kitorg tak sempat nak tengok.masih dalam perjalanan ketika itu.

lepas tu kami pun menapak seketika dirumah kak sarah sebelum pulang berehat di homestay yang telah disewa oleh kak sarah. lepas maghrib tu keluar ke pantai remis untuk membeli 'sesuatu'..hehe

Esok pagi kami bersiap awal, selepas sarapan kat rumah kak sarah, ktorg jadik peneman setia mekap die dalam bilik.hehehe..cantik wooo~ hehe..(mary nanti nk pakai mekap tak?hahaha) 

around 12 setengah gitu, rombongan pengantin lelaki pun sampai.ktorg pun saje2 menyibok kan diri kat umh kak sarah tu. alhamdulillah, selesai majlis tangkap gambar gn kak sarah n suami die, ktorg pun cabut balik. memandangkan kak seri tak leh balek lmbt ke rumah. then, kak seri hantar ktorg aku, ummu gn kak solihah ke kuala kangsar. ummu gn kak solihah tido umh aku semalam. pg ahad dorg berangkat pulang ke KL.

sebenarnyer ade beberape peristiwa yg berlaku tapi nanti lah bile kite jumpe kite cerita lah eh..hehehe..ok kat sini aku letak gmbar untuk mereka yg tak berkesempatan nak ikut ktorg...saksikan~!! 

p/s : entry kali ni aku rase mcm tulis untuk uttm pulak..hahaha..teringt dulu kena wat report untuk uttm..owh dunia kewartawanan~!

12

kenangan lalu...manis+pahit+masam+kelat+masin= sedap gilerrr

assalamualaikum semua kawan2ku...
korang siaht ke? good luck pade yang sedang berperang dgn exam..pada yang duk guling2 kat kg tu...enjoy holiday k!! hihi...
harini ksery xbape sihat sgt..(batuk,selsema,sakit tekak) mcm nak demam pon ada...
sambil duk baring2 tgk tv saje je buka laptop..saje nak tgk folder yang belambak2 dlm  folder picture..ya Allah..bersepah2.!! da xtau nak kemas camne dah..mmm..ternampak folder darul quran..hihi..biler click je..terburai la segale gambo2 dulu yang penah ksery snap gune hp nokia 2130 classic.nak tgk x? tergelak2 tgk.nak tu video2 sulit yang penah maryam rakam senyap2 tu..hahaha.ni antare yang sopan ckit..:)
 
ni mase sarah duk ngemas tudung2 die..ni la model muslimah..hi
























mmm..ni yang agak manis n sopan ckit utk diletakkan disini..ada byk lagi..lagi best kalo korang tgk video2 yang sengaja dirakam dan tidak sengaja dirakamkan xpon rakaman sulit oleh maryam..mmg tergelak2 kalo tgk balik.:)
ok la..smpai sini dlu k..miss korang sume..n lagi satu.kenuri kak sarah tu.hihi..bagi sesiape yang boleh pegi..pegi tau.sian sarah die dah tempah rumah tuk kiter..same2 la kite meraikan hari bahagia sarah..len kali hari bahagia kiter plak.:) 
bye2...assalamualaikum



5

Apa khabar semua?

Hari ni 1 Disember 2010. Jiha dah sampai UIA, tak ingat dah berapa hari. Tapi dah daftar. Aku macam tak percaya. Rindu gila kat Jiha. Setakat ni tak sempat lagi jumpa dia. Aku pun taktau kenapa teringin sangat nak jumpa Jiha. Hahahaa.

Satu lagi. Kak Sarah punya kenduri...bagaimanakah?
3

Habis satu lagi.

Isnin pagi, kat CAC Main Hall. Skrip jawapan dah dikutip. Aku pun jungkit-jungkitkanlah meja ke depan sambil berbual dengan kawan sekelas yang duduk depan meja aku. "Balik bila? Balik mana?" Korang faham-fahamlah, dialog hujung semester.

Tiba-tiba ada bayang-bayang berhenti sebelah meja aku. Rupa-rupanya Sir Wan Maharuddin, pensyarah Intercultural Comm., subjek exam pagi tu.

"Terbalik kang meja tu," kata beliau.

"Seronok sebab dah habis (exam)," aku menjelaskan.

"Seronok sebab dah habis ke, seronok sebab boleh jawab?"

"Seronok sebab dah habis."

"O. Tak kiralah boleh jawab ke, tak boleh jawab ke. Asalkan dah habis."

"Ha ah."

Beberapa jam lepas tu, aku check-out mahallah lalu pulang ke rumah.

*          *          *

Lepas ni second sem, second year pulak. Kenapa cepat sangat masa berlalu?

BTW terima kasih kat kak Fizah Jalil sebab sudi datang UIA haritu. Mai ada jugakla, buat penampilan khas sekejap-sekejap. Kak Seri pun ada, sempat membeli-belah lepas jogging pagi tu dengan kak So dengan kak Fizah. Datanglah lagi. Nak pegi DQ tapi takde kesempatan lagi.

Untuk yang nak dekat exam, baik-baik belajar! Jangan stres lebih-lebih. Seperti kata Ustaz Zamri Zainuldin, "Apa risau sangat, kalau fail exam, boleh repeat. Kalau fail hidup, lepas mati, ada boleh repeat?"

Apapun selamat berjaya kepada semua. Bila korang nak update blog ni?

4

saya dah jadi WAN CHIK................

assalamualaikum kawan2ku cume..:)

merujuk kepada perkara diatas, saya Nor Seri Aimi bt Mohd Nor telah dianugerahkan oleh Allah SWT seorang anak buah yang sgt comel..alhamdulillah.syukur sgt...ini gambar dak comel ni.
walaupun ramai kawan2 yang dah tgk gambo humaira.tgk jela ye.. yang xtgk lagi..layannn....

kitorang panggil die HUMAIRA

ni ngn mama iye (akak ksery..nyah..)

ni ngn opah iye..hihi.baru pas mandi

nak bagi mandi...
nama dak comel ni DAMIA NUR HUMAIRA..lahir 10.10.2010...cantek x hari lahir die.hihi. mase die lahir berat die 3.1kg. muke tak tau ikut muke sape.xdapat nak dikenal pasti.tapi korang leh tgk banyak gambo dak kecik ni dlm FB..skrg ni humaira jadi artis jap.sume org nak snap gambo die.yelaa...xcited sgt. dapt ank buah sulung..cam ummu laa..hihi..:) tapi ape2 pun syukur sgt.ayah ksery sempat minang cucu di usia menjangkau 70thn...

aritu mase cuti deepavali dpt la balik tgk humira ni..alhamdulillah sihat.aritu die kene kuning..humaira ni xbyak bunyik..xbanyak kerenah la.senang je jage die.kalo nak dgr die bunyi nangis kalo die lapo.mandi pon x nangis..senyap je..cume biler nak tido.humaira ni susah skit.die ada care nak bg die tido..mama die je yang tau..:)

nantikan ank buah kedua akan menyusul lagi bln 1 ni INSYAALLAH....
doakan ye..semoga keluarga MOHD NOR dan JAMAIYAH diberkati ALLAH dan bahagia hingga SYURGA..amiin..
4

ahli keluarga Safari yang bertambah

seperti tajuk di atas =).

Nama: Adam Muhammad bin Luqman Hakim
Nama Baba: Luqman Hakim bin Mohamed Safari
Nama Mama: Nur Ashikin binte Abu Bakar
Berat (waktu lahir): 3.1kg
Tarikh: 7 September 2010 (during Ramadhan)
Masa: 9:25 pagi






ni style die tido skrg. suka nak tutup muka.

umar alhamdulillah still cute hehe. da mula bebual2. tapi tak faham. rancak bebual dgn ayahnya. pernak jugak mintak kakak ummu record. "umar klw bebual sungguh2. tapi bila kakak angkat hp nak record, die terus diam. geram!" huhu sabar jelah.

3

Maryam: episod baharu

Malam tadi ada ujian mid-term untuk History of Medieval Europe. Disebabkan Prof. Kopanski ada kelas Modern Europe sampai pukul 10 (pm), jadi sepatutnya immediately lepas tu, kitorang yang amek Medieval Europe buatlah test kat library jugak (semua kelas Prof. Kopanski kat Main Audi perpustakaan). Tapi lambat pulak kelas Modern Europe habis. Kalau dah 10:30 tu, tak sempatlah nak duduk-duduk buat ujian kat library. Profesor pun cadangkan kitorang sama-sama pegi cari venue lain. Ramai gila tau tak. Berbondong-bondong students ikut belakang Prof. keluar dari library. Masa nak keluar tu, PA system library dah mengalunkan muzik suruh orang keluar. Di tengah hujan yang rintik-rintik, cuaca sejuk macam apentah, kitorang semua pun berjalanla menuju bangunan HS, mana tau ada lecture room yang kosong (dan tak berkunci). Bila lalu deretan pejabat pensyarah depan department, Prof. kata, "Let's invade (Prof.) Abushouk's office!

Tapi takdelah macam tu kan. Kitorang turunlah ke HS Square. Ramai pulak orang lepak-lepak tengah malam kat situ. Lepas tu semua orang ikut Prof. ke arah LR 1 (bilik paling hujung)...tapi takde LR yang kosong. Ada satu, tapi kecik sangat. Semua orang pun patah balik ke arah HS Square, LR15 ke berapa entah. Budak-budak lelaki dah rakam dah rombongan kitorang. Ada yang dah bertalbiah dengan riang. "Labbaikallahumma labbaik..." Rasa macam tawaf ke weh.

Akhirnya jumpa jugak dua LR yang bersebelahan. Elok je brothers masuk satu LR, sisters masuk satu LR. Profesor pun heran. "Where're all the males?" Hahaha. Lepas tu Profesor pergi jenguk kelas yang ada budak-budak lelaki. Kalau tak, Profesor kata, "They will cheat like hell." Cewah rasa mulia je. Seolah-olah golongan perempuan tidak pernah meniru. Sisters pun ada je yang meniru, tapi brothers lebih lagi kot. Hahaha.

Ujian mula dalam pukul 11 malam. Macam waktu tidur kan? Lepas setengah jam camtu, Profesor Kopanski kata, "When will you finish? This is boring!" Lepas tu ramailah yang hantar kertas jawapan. Soalan dia fun. Ada lukis-lukis, kaler-kaler, design coat-of-arms sendiri...best a. Lepas pukul 11 bas dah takde, jadi aku balik jalan kaki. Alhamdulillah ada jugak kawan lain yang duduk Mahallah Maryam jugak. Kalau tak takdela aku nak lalu jalan dalam (lalu Hafsa, Asma' dengan Halimah) naik-turun tangga malam-malam tu.

Apepun, alhamdulillah. 

*          *          *

Petang tadi pulak, sepatutnya ada ujian mid-term untuk Intercultural Communication (ICC). Pukul 2 tu, ramai dah berkumpul kat HS Square sebelah dalam, macam-macam gelagat ada. Semua berdebar-debar. Tapi pintu Video Lab (venue untuk kelas ICC) berkunci lagi bermangga. Pelik. Lepas 15-20 minit tunggu Sir Wan Maharuddin bukak pintu tapi takde pun, aku telefonlah beliau.

"Sir, hari ni kelas ICC ada ke tak?" Kelas bukan sebarang kelas ye. Ada mid-term test.

"Haa. OK. Patutnya hari ni ada kelas kan sekarang. Tapi sekarang I'm in the middle of a shooting, belum habis lagi ni. Jadi hari ni class cancelledlah."

"Cancelled?"

"Cancelled. Kiranya test tu buat the day after tomorrow."

Hahahaaaa gembira rasa hati. Kami semua gembira.Walaupun agak kecewa sebab tak dapat pulang ke mahallah petang tadi dengan perasaan lega sebab semua mid-term dah habis kalau lepas ICC ni, tapi takpelah. Dapat masa lebih untuk baca kan.

*          *          * 

Malam tadi Kak Sarah SMS aku tanya cadangan untuk warna tema wedding dia. Dia kata takde idea. Aku pun, apelagi. Kalau soalan macam tu ditujukan pada aku, jawapan aku tak lain dan tak bukanlah. Hitam dengan putih lawa, aku bagitau Kak Sarah. Kak Sarah kata, "Kamu memang. Taik cicak je." Apentah lebih kurang macam tulah dia kata. Aku bertegas. OKlah, kata aku. Putih gadinglah. Off-white kan lawa, pastu banyak warna neutral yang boleh accentuate off-white. Dusty colours pun boleh, kalau dia rasa off-white semata-mata membosankan. Guna putih gading, tapi tambahlah dull blue ke, dull green ke, mauve-ish grey ke, muted bronze ke. Hitam putih ke. Ye ah cuba tengok warna bulan. Kadang-kadang putih cerah berseri-seri dengan silver highlights kat kawah dia...kadang-kadang creamy dengan langit yang kelabu nak dekat hitam belakang dia...kadang-kadang off-white dengan macam-macam tone lain kat kawah dia. Tapi semua lawa.  Eh tapi kadang-kadang warna dia dirty orange.

Kak Sarah kata Jiha cadangkan tema peach. Peach? PEACH?!

Senang pilih hitam putih je I tell you.

Aku kata kat Kak Sarah kalau nak datang shopping baju kawen kat KL, bagitaulah. Lagi bagus kalau ajak Kak Seri atau siapa-siapa yang bijak melihat warna dan gaya. Kalau korang ada apa-apa nasihat, cadangan atau saranan berkenaan gaya dan warna persalinan pengantin untuk Kak Sarah, sila hubungi dia. Dia yang sedang buntu. Hahaha.

*          *          * 

Esok pagi Insha Allah kena present book review untuk Intro to Fiqh. Doakan aku ek.

2

Maryam kata: (jangan surf Friendster kat laptop ni). Hahaha. Lari tajuk pulak.

Assalamualaikum wrt wbh. Semua sihat ke? Harap-harapnya OKlah. 

Aku tengah taktau nak buat apa ni. Petang semalam, balik dari kelas je rasa depressedlah, nak demamlah, tak seleralah. Setelah melayan perasaan lalu tidur awal malam tadi, pagi ni aku dah normal balik. Alhamdulillah. Ni dah tak sabar nak pergi kelas tapi kalau tunggu bas tengah-tengah gelap lepas subuh ni nanti nampak macam budak sekolah tunggu bas pulak. Kalau nak jalan kaki, gate belakang belum bukak. Taknak aku lalu depan. Bosan pagi-pagi lalu jalan depan, sebab jalan dia lurus je. Hee sejuk pulak tu kalau keluar waktu ni.

Minggu lepas cuti raya ni, biasalah. Ada mid-term tests, presentations apa-apa yang patut...tapi kebanyakan subjek dah takde tugasanlah. Tinggal nak siapkan atau hantar je. Kelmarin aku kena present projek Interpersonal Communication. Yang aku perhati/rakam korang kat rumah Kak So haritula (Kak So thanks for lending your camera! Where would I be without it? Hehehe).

Hari-hari sebelum pembentangan tu...fuh. Makan tak lalu, tidur tak lena, hati gembira. Kalau dapat tidur pun mimpi pasal presentation atau kelas. Tapi disebabkan giliran aku present masa first day after the break, jadi untuk kelas-kelas yang ada presentation lepas ni, aku takyah datang dah. Boleh berfoya-foya kat library. Lecturer macam OK dengan pembentangan aku haritu. Alhamdulillah. Doakanlah natijahnya baik. And thank you so much to you girls sebab bagi pinjam perangai untuk aku perhati dan catat. Tak pernah sebelum ni aku buat homework sambil gelak macam kali ni sebab kena tengok korang dalam video. Ada sekali tu Mai cakap kat Wani masa rasa air yang Ummu beli untuk iftar: "(Ko plak cuba ni.) Ada rasa macam air orang blender sayur tak?"

 Slide depan sekali untuk pembentangan tu.

Sepanjang hayat aku, Mak dengan Ayah aku sangat relaxed dalam soal pelajaran, 
tapi ada beberapa nasihat diorang yang aku ingat, antaranya:

1) Mak dan ayah: "Pilihlah/buatlah apa yang korang nak buat, tapi give our best for it."

2) Ayah aku pernah ingatkan, "Always do more than you're expected to do."

2) Mak aku pernah tengok aku prepare slides masa form 5 dulu, pastu Mak kata, "Kenapa semua slides lain background? Patutnya satu presentation guna satu jenis je." Biasalah kan remaja. Mana boleh satu warna je. Tapi lepas tu semua presentation yang aku buat, aku guna satu background je untuk semua. Kalau ada yang lain pun, mungkin slide depan sekali...macam yang ni. Yang lain semua aku buat background putih. Macam kertas A4 kosong. Senang conteng.

OK dah pukul tujuh.  Meja aku berterabur ni. Jumpa lagi semua!

5

Pengumuman awal

Kak Sarah kata:

"Salam...nak bagitau ni, insha Allah kak Sarah akad nikah 24 Disember 2010 dan kenduri 25 (Disember) esoknya...doakan ye semoga semua berjalan lancar...ameen".
10

Auni balik

Selasa 31 Ogos baru-baru ni, Auni balik Malaysia. Cuti raya/cuti rindu. Kak Ina sibuk ajak Maryam, Kak So dengan Iimaan pergi jenguk Auni kat KLIA. Di saat-saat akhir, semua setuju. Sempat ajak Kak Seri sekali. Adapun Kak Fi, Ummu dan Mai...we are so, so sorry. Kesian korang tak dapat ikut. Lain kali kita bawak satu bas ek.

Pagi Selasa tu, kami yang menetap di UIA bertolak awal pagi. Lepas singgah amek Kak Seri dengan Iimaan di ruah masing-masing, Kak So pun terus memecut menuju ke KLIA. Sepatutnya kapal terbang yang Auni naik touch down pukul 8:35 pagi. Flight ke Pulau Pinang pulak pukul 10:35. Kalau kitorang lambat, mungkin tak sempat tengok Auni. By the way, Auni tak tahu pun yang ada orang nak datang jenguk dia kat KLIA. Konon-konon nak bagi dia SA-PRISE la ni.

Kitorang sampai di KLIA just in time. Rupanya pesawat belum sampai lagi. Kitorang pun menuju ke International Arrivals punya tempat menunggu. Tak ramai orang pun kat KLIA pagi tu. Kitorang pun tunggulah dengan penuh debaran. Spekulasi yang popular masa tu, Auni mungkin pakai semua hitam. Tapi tak tau dia pakai niqab ke tidak. Kitorang pun tunggu, sambil mata melilau mencari keibat Auni.

Lama gila tunggu. Dah lepas pukul 9 pun takde Auni. Pramugari dengan juruterbang Qatar Airways semua dah keluar, tapi Auni belum lagi. Kitorang mula risau. Bia telefon Auni, takde bunyik apa-apa. Peliklah kan Auni tak pasang phone.

Bila dah lamaaaa sangat, debaran menunggu dah hilang, diganti dengan perasaan cemas, bimbang dan bengang. Hahaha. Mana Auni ni? Ada jalan lain ke dari pintu ketibaan tu nak pergi pelepasan domestik? 

Bila dah pukul 9:30, Kak Ina, Kak Seri dan Maryam pun naik atas, pergi pintu Domestic Departures. Manalah tau Auni ada, sebab 10:35 dia dah sepatutnya dalam kapal terbang ke Pulau Pinang. Tapi takde. Kak So dengan Iimaan masih tunggu kat bawah, tapi lepas 5, 10 minit tunggu, diorang pun naik sekali.

Akhirnya, atas nasihat keluarga, Kak Ina kata, "kita buat pengumuman jelah." Barang Auni banyak, kalau overload dia takde duit Malaysia nak uruskan apa-apa. Jadi memang kena cari jugak Auni. Kami berlima berjalan laju-laju, cari tempat buat pengumuman. Tiba-tiba...

Kak Ina: Eh. Tu! Tu! Auni tu. (Menunjuk pada seorang gadis di hujuuuung sana. Gadis tersebut berpakaian hitam, tudung hijau, tutup muka hitam. Cara jalan macam kenal je.)

Kami pun berpatah balik. Dan melihat Auni sedang check-in di mesin dengan tunjuk ajar dari beberapa pegawai. Kitorang dah kat belakang dia pun dia tak perasan. Kak Ina pun tepuklah belakang Auni. Hahahaa. Terus tergendala urusan check-in dia. Masa tu jugaklah kitorang bersalam-salaman, amek gambar. Auni kata pada Kak Ina, "aku sebenarnya dah lambat ni." Tau takpe. Rupanya lambat sebab barang dia "berat macam tong". Selesai bergambar, barulah dia check-in betul-betul.

Lepas tu, kitorang bercakap-cakap. Auni bagi buah-buahan beberapa kilo pada Kak Ina. Ada buah tin, kurma dengan pic. Atau aprikot tak pastilah. Sambil tunggu masuk pintu pelepasan, sempat pulak dia tunjuk baju yang dibeli kat Syria. Tak sabar nak tunggu Auni pergi lagi, boleh pesan baju. Hahahaa.

Ni ada tiga keping gambar. Ada banyak lagi, tapi tunggu Iimaan uploadlah. Nanti korang akan nampak sequence cerita ni dengan lebih jelas.

Kak Ina telefon keluarga, bagitau yang Auni dah sampai (akhirnya).

"Rapat-rapatlah lagi," cadang pegawai yang tolong amek gambar.
"Ha ah," Auni setuju, "Biar nampak macam ukhuwwah sket."

Turut hadir: Kak Fi dengan Ummu dalam hati, Mai hadir dalam mimpi.

Auni at the Domestic Departures Gate. To Penang, ke pangkuan keluarga.

Kami sepakat berpendapat bahawa Auni kelihatan lebih rendah. Auni kata, ilmu berat sangat. Hah.

Lepas Auni pergi, kitorang tunggu Kak Ina buat apentah kat ATM machine. Sambil tu Kak Seri dengan Maryam cuba-cuba kamera kat telefon baru Kak Seri. Kak Seri risau pasal "karipap-karipap" kat tudung dia. Rupanya Kak Fi yang ajar pasal konsep karipap kat tudung ni. Iimaan join. Kak So pun lepak-lepak sama. Tak lama lepas tu, kitorang baliklah ke Gombak. 

Auni akan kembali lagi ke Syria, Insha Allah. Kali ini, dengan adiknya Diana. Lepas Ucuk SPM kot. Masha Allah. Bahagialah korang ek.

Tamat.
9

29 OGOS 2008


Yeah..29 OGOS datang lagi…
 Assalamualaikum semua..waaa~..sebelum tu nak ucapkan tahniah kat diri sendiri sbb berjaya menghilangkan perangai malas nk menulis kat sini..HAHAHAHA..ape lah ni mai~
Ok~..hari ni bertarikh 29 OGOS 2010, maka genap lah umur aku 22 tahun mengikut kalender masihi.
Eh umur maryam bape eh?hahaha(ni saje cari pasal..hee~)
Ok, sepanjang 22 tahun aku menyambut hari lahir, aku rase hari lahir ke-20 adalah yang paling…hmm..nk describe mcm mane eh..tapi yang penting mmg tak boleh lupe lah.korg lah yang menyebabkan hari jadi aku ketika itu sesuatu yang tidak boleh dilupakan..hahaha..jom imbas balek peristiwa2 pelik yang berlaku pada 28/ 29 OGOS 2008…kehkeh~..(aku ase semua budak kita mcm fobia sket dgn tahun 2008, sbb masing2 ade projek/idea nk kena kan birthday girl thn tu kan..sblom aku, mary dah kena dulu kan…cian mary, kuyup die…hahaha)

Petang 28/8/2008
-          Aku on the way nak balek ke bilik..tiba-tiba teserempak dgn 2 makhluk yang bernama maryam dan juga iman yang ditangan mereka penuh dgn makanan..hahaha..automatik aku ingt korg nak buat jamuan kelas, time tu mmg tgh musim buat jamuan kelas je..hee..maklumlah musim org tgh khatam…lagipun korg kan khalaf asyir..
-          Ptg tu jugak, ade sorg banin ni(ni yg aku plg tak percaye..korg boleh berkomplot gn die~!)msj aku..haha..berbual pasal video generasiku..kebetulan, isu tu mcm tgh hot je time tu..
“ aku ade something nk ckp..”- banin
“pasal ape?, video tu ke?”-aku
“ha’ah”-banin
“kenape?”-aku
“mlm nti aku bitau”-banin
Time tu aku dah seram je..yelah, bunyi cam serius je..tapi seingat aku, aku balas msj ni gune no iman..hahaha..(rupe nyer..no iman yg aku gunakan tu, dorg ni buat untuk berhubung dgn banin tu..ptt lah waktu aku masuk bilik iman ari tu, muke korg suspicious je..hee~
Malam 28/8/2008
-          Time tu pukul 9 lebih kot..banin tu msj balek gn aku..aku time ni lepak kat bilik aku je..muke dah kelat..perbincangan aku gn banin tu makin menarik..tibe2 jadik serius..hiwar ktorg dah meleret smpi nk dekat pukul 11 kot..
“cube ko ckp gn aku, aku masalahnye..asl susah sgt nak cakap?”
“tak boleh mai..aku tak boleh ckp bnde nih kat ko..”
apsal pulak tak boleh..ckp je lah..”..(time ni aku mcm nk hangin dah..geram pun ade..)
“ betol mai, aku tak boleh ckp, ko kena dgr dari org lain..”
“aku kena dgr dari org lain..ape ni weh..ckp terus terang je lah..aku ok je gn semua nih..cakap je..
“betol mai..aku mmg tak boleh ckp..jap, wani ade dgn ko tak?”
“wani?tak de, die ade kat bilik die lah..ape ni weh..ckp je lah..ape masalah nya smpi ko susah sgt nk bitau aku..”
“ko pegi cari wani..biar wani yg bitau ko..”
“wani?ni pasal ape pulak ni..masalah ape smpi aku kena cari wani..kenape ko tak boleh bitau terus je..bnde ni besar sgt ke?”
“masalah ni besar mai..ko kena tahu bnde ni dari pompuan..”(part ni plg aku tak boleh lupe..s*ngal~!)
“kena tahu dari pompuan?masalah ape?melibatkan maruah aku ke?”(punya lah susah nk kuar ayat ni,,.time ni perasaan dah bercmpur aduk..muke mmg tegang je..hangin betol gn banin tu..aku pun give up nk tanye die..maka aku pergi lah mencari wan)
"ha'ah..melibatkan maruah"suare die tak nak confident je jawabb..huhu..geram aku..
Aku naik bilik wani, tgok die takde..pastu aku ckp gn banin tu, wani tak de.pastu die suh aku carik jugak smpi dapat..ceh~!hampeh betol banin tu..haha..then, aku ke bilik seterusnya..aku g bilik kak sery, tu antara bilik yg selalu kite lepak..aku pulas tombol.berkunci!aku tgk kat bawah lntai.lmpu mcm dah tutup.so aku ingt kak sery dah tido.(tapi sebenarnya, dlm tu ade beberape makhluk sedang mnyorok smbil membawa masuk selipar2 mereka,.ish~..sabo je lah..)
Aku ke bilik seterusnya..bilik iman!aku bukak pintu, terus tanye
“nampk wani tak?”korg pulak buat muke selambe je..mcm tak ade ape2 yg berlaku..
“iman, tlg msj wani ckp aku nk jumpe die..” suare aku dah lain.time ni emosi mcm tak stabil..hahaha..
Tak lame lepas tu, aku pun keluar, aku naik atas balek, cari wani..kemudian…
Aku bukak pintu bilik wani..tak bg salam and tak ketuk pun..hahah..teruk betol time nih..hee~
Aku tgok wani tgh mengaji dgn tenangnya..(masyallah, wani mmg pndai berlakon lah..hahah)
Aku step je kaki masuk, die perlahan2 tutup Quran.aku terus duduk ats katil die. Aku tgok tingkap terbuka luas, angin  malam sepoi2 bertiup menghayun kan langsir. Seolah2 mcm hati aku pun tgh berHayun mangkuk jugak..haha
“kenape mai?”
“baik ko ckp je terus gn aku wani..”
“ckp ape mai..”wani dah muke berkerut..(terbaik aa..mmg pndai lakon aa..)
“ ko ckp je lah wani..***** tu kate ko tau ape nk ckp kat aku..
“ ckp ape mai..aku tak tahu ape2”
“ko jgn tipu aku wani, die ckp suh tanye ko..mesti ko tau punya nih..”
(agk lame la wani buat alasan yang membina untuk mengelak soalan tu, smbil tu temper aku mcm dah nak naik..hahaha)
“aku tak tahu ape2 mai..cube tanye kat kak sery..kena tanye kak sery ni..
“kak sery?kenape kak sery pulak nih..ko ckp je lah wai..lagipun kak sery dah tido..
Tak boleh mai..jap, aku tepon kak sery..”time ni aku ase tegang je..mate aku dah aim kat tingakp tu..ade rase mcm nk terjun bawah je..STRESSED~!hahaha..
Tak lame pastu kak sery masuk gn muke toya die..muka org baru bngun tido.(aku punyala pecaye yg die tido, rupa2 nya,…hahaha..)
“ kak sery..pasal ape ni..baik korg ckp je..jgn buat mcm ni kat kite boleh tak..”time ni aku mcm dah tak boleh tahan dah..yelah, korg bayangkan..dari pukul 9 lebih td smpi lah waktu tu dah lebih pukul 12..perasaan nk tahu ‘masalah’ tu mmg meninggi.
“pasal ape?”kak sery soal aku balek..
“ Ya Allah, korg tolong lah..bg tahu je lah..ape sebenar nya nih..”tiba-tiba….
“HAPPY BIRTHDAY TO U, HAPPY BIRTHDAY TO U……” maryam, iman, jiha, auni, kak so, n semua yang berkaitan tiba2 masuk smbil nyanyi lagu tu..HAHAHAHAHA..
ARGHHHHH~..TIDAKKK~..hahaha..WAKENABEB~!!..perasaan time tu mmg tak boleh nak digambarkan..lega, geram, gembira sume bercampur aduk..mcm rojak time tu..kahkah..idea sape lah ni sape boleh nak berpakat gn banin tu nak kenakan aku..kehkeh~,,a’la kulli hal, syukran la ye..susah2 tlg cari idea untuk surprise birthday party aku tu..hahaha..ok..aku rase dah panjang dah nih..cukup lah smpi sini..hee~..jumpe lagi di lain waktu, taaa~..

8

Ramadhan Sleepover 1431

Hujung minggu baru-bari ni memang best. Secara tiba-tiba, ramai yang dapat meluangkan masa untuk berjumpa di Kuala Lumpur. Kalau rancang awal-awal, biasanya tak jadi. Bila rancang last minute, ramai pulak yang dapat join. Pelik, tapi itulah yang biasanya jadi kan?

Yang datang sepuluh orang semuanya: Kak So, Kak Seri, Kak Fizah Jalil, Kak Fi, Mai, Ummu, Wani, Khaulah, Iimaan dengan Maryam. Orang lain tak dapat hadir, obviously. Takpelah, kalau ada izin Allah, insha Allah kita jumpa lagi...SEMUA SEKALI. Apa pun, happy betul rasanya bila dapat jumpa Wani, sebab kali terakhir jumpa dia, Ramadhan tahun lepas sebelum dia dengan Farhana bertolak pergi Jordan. Kiranya masa sleepover haritu, Wani selalu jadi penceramah utama sebab semua orang nak tahu pengalaman dia belajar kat Jordan.

Jumaat malam, tak semua orang ada kat rumah Kak So. Cuma Kak So, Maryam, Kak Fi, Mai, Wani plus Khaulah. Kak Fizah Jalil, Ummu, Kak Seri dengan Iimaan sampai hari Sabtu. Bukak puasa ramai-ramai makan mi goreng yang Kak Seri goreng. Dengan makanan lain yang dibeli dari bazaar Ramadhan dekat rumah Kak So. Lepas makan, solat, makan kek pulak (sempena birthday terkumpul Mai, Khaulah dengan Kak Fizah Jalil). Ini dia rupa kek tu:

Walaupun tak cantik tapi rasa dia sedap. Alhamdulillah.
(People who work in cake shops should learn to write properly. Legibly. 
Using the right size of piping bag nozzle.)

Dari Jumaat sampai Ahad tu, takdelah semua orang duduk kat rumah je. Masing-masing ada urusan sendiri. Tapi sempatlah lepak-lepak jugak. Macam-macam dibualkan...masalah lama, masalah berbangkit. Follow-up masalah-masalah kritikal...Untuk sesi cerita hal-ehwal semasa ni, Mai jadi pentazkirah utama. Orang lain dengar dengan penuh serius, lepas tu bagi cadangan sana-sini. Alhamdulillah, Ramadhan kali ni macam menjanjikan perubahan yang lebih baik untuk kawan-kawan kita, insha Allah. Ingat ni! Tak kisahlah kita dah berjauhan ke, lama tak jumpa ke, yang penting mesti tahu keadaan masing-masing. Pastu kalau ada yang tak kena, buatlah apa-apa yang patut. Kena selalu beringat.

Sahur pagi Ahad tu, makan nasi dengan ikan goreng dengan sayur campur dengan kuah kicap dengan sambal tumis dengan kek semalam, air laici semalam, mi goreng semalam, kuih semalam. Iimaan keluarkan aiskrim, pastu kitorang makan degan kek, guna garpu. Mmmm. Tapi sugar overload jugakla. Eww.

Lepas sahur, lepas subuh, semua orang bersembang lagi. Hehe. Yelah, siang tu semua dah nak balik rumah/tempat belajar masing-masing. Macam-macam topik ada. Keluarga, ekonomi, diet, belajar, order barang dari orang Singapore, masalah sosial, apentah lagi. Siap berbalah pasal warna kelabu:

Kak Seri: Fi, Kak Seri nak tudung warna kelabu. Nanti belikan eh.
Kak Fi: Kelabu macamana? Yang macam tudung Ummu ke?
Iimaan: Ee. Tu bukan kelabulah.
Ummu: Yelah, itukan warna kelabu.
Kak Fi: Ha ah. Abes nak yang macamana. Macam kaler tudung Mai kan?
Iimaan: Tak tak! Tu bukan kelabu. Tu coklat.
Kak Seri: Kelabu macam tudung So kot.
Iimaan: Tu bukan kelabu...kelabu tu macam warna hitam, pastu kurangkan opacity dia. Macam tu baru kelabu.
Kak Seri (ke Kak So, ke siapa ntah): Ala, warna macam asapla. Kelabu asap.
Sape entah: Ha ah! Kelabu asap. Tudung Mai tu bukan kelabu, dia macam warna baju Khaulah (coklat).

...dan seterusnya. Ada orang siap tunjuk cerek air, nak buktikan warna kelabu tu macamana sebenarnya. Dialog atas tu tak tepat, tapi lebih kurang macam tula, malah lebih panjang lagi.

Lepas tu, tiba-tiba je dah siang. Mai keluar awal , pergi belajar Mandarin kat UIA. Tengahari sikit, Wani dengan Khaulah balik, Iimaan pun ikut. Lama-lama semua orang takde. Berakhirlah perjumpaan kali ni dengan bermacam-macam benda baru untuk disimpan dan difikirkan oleh semua yang hadir dan tidak hadir. Alhamdulillah.

Kalau ada peluang, kita jumpa lagi insha Allah.
2

Maryam: XIII? Dah tak ingat nombor berapa. Malas nak check.

Mahallah Maryam,
1 Ramadhan 1431/10 Ogos 2010.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wrt wbh to all my sisters. Kak Seri, Kak Fi, Auni, Wani, Kak So, Iimaan, Mai, Ummu, Kak Sarah, Jiha, Khaulah, Rina, Kak Fizah Jalil, Farhana, Sharifah. Siapa lagi. Kalau ada yang aku tak sebut jangan terasa pulak. Banyak sangatlah susah nak ingat. Dengar tak Aminah? Hahahaha. OK siapa-siapa yang aku lupa, korang editlah sendiri post ni, tambah nama korang.

Lama betul kita tak update blog ni kan? Nak bagi alasan "sibuk", macam dah tak gempak. Semua orang pun guna alasan sibuk kalau blog terbiar. Tapi aku tahu, memang ramai di kalangan kita yang sibuk menguruskan hidup masing-masing.

Alhamdulillah, aku masih lagi hidup dan masih menikmati peluang belajar di Yuwayyey. Buat pengetahuan sesiapa yang belum tahu, Iimaan sekarang dah masuk UIA. Tapi dia selalu balik rumah, masih mengajar Matematik/Matematik Tambahan kepada kanak-kanak dan remaja yang datang belajar di Al-Hidayah Center. Mengajar al-Qur'an dengan bahasa Arab, tak tahulah Iimaan teruskan lagi atau tak. Kalau nak tau tanya dia. Suruh dia update blog ke.

Kak So pun masih di sini, dah masuk kulliyyah. Best tak Kak So? [Suruh dia update]. Maisarah pulak dah dua-tiga minggu sambung pengajian bahasa Mandarinnya dengan tutor peribadi tiap-tiap Ahad pagi. Di UIA. Aku tengok Mai gembira macam apa je bila dapat sambung belajar Mandarin ni. Aku pun gembira jugak sebab dah mula belajar French balik. Empat tahun aku tinggalkan...huh! Akhirnya!

Masa konvo DQ hari tu, ramai je AQRABians yang datang DQ. Wani je takde. Hahaha. Takpela kan, kakak dia bertunang masa tu. Bila dah meningkat umur ni, makin banyak urusan dan komitmen kan? Khaulah pun tak dapat datang. Tapi A'feyah dengan Fatimah Talip dah balik dari Syria, so sempatlah jumpa diorang. Lagipun Fatimah sambung belajar kat DQ, buat ijazah Quran-Sunnah. Bila lagi kita semua nak jumpa ni? Mai ko handle-lah ek. Ko kan bijak merancang program. The rest, bagi kerjasama. Kalau Mai SMS, balas. Apa-apa hal tanya Jiha. Hahaha. Aku insha Allah boleh join, asalkan ayah aku bagi. Macam biasalah. Yang penting kita rancang dengan apa yang ada di tangan...

Tahniah Jiha on your graduation. Ehem dah decide ke belum nak sambung belajar kat mana? Hehe. Yelah kan, orang ada banyak pilihan...

Anyways, aku takde mood nak cerita panjang pasal studies hari ni. Sesak otak. Tapi satu presentation dah selesai, alhamdulillah! Bunyi macam takde apa je kan kalau setakat satu pembentangan, tapi aku lega sangat sebab dah berminggu-minggu prepare untuk benda tu. Lepas ni bolehlah aku goyang kaki dalam kelas, tengok orang lain present pulak. Yang paling aku tak sangka, presentation aku haritu lebih sejam baru habis! Korang pernah present sampai satu jam? Aku pun tak pernah. Masa tulah kali pertama. Ingatkan 15 minit ke, setengah jam ke paling lama (sebab dapat bahagian yang banyak). Tiba-tiba dah habis masa. Tapi of courselah, satu jam lebih tu bukan aku sorang yang cakap. Professor ada mencelah sana-sini. Apapun, khalas! Kalau Iimaan datang bilik kita lepas ni, tak payahla dia tengok lagi slides pasal Mesopotamia purba. Tapi term paper mungkinlah dia kena tengok jugak. Plus, ada je pembentangan untuk subjek lain. Hahahahaaa.

Sorrylah. Aku yang pening pasal pembentangan, korang yang kena baca sampah sarap dalam kepala ni.

Ramadhan is here!

Sekian, semoga bertemu lagi di dunia nyata.

Warmest regards,

Mary.


P.S.: Aku memang nak kena jumpa korang sebab nak buat research untuk Interpersonal Communication. Haih. Tapi janganlah rasa dieksploitasi pulak. Aku memang nak jumpa korang, research tu kebetulan je. Hahahaa.