6

Soalan Kajian Disertasi

Tajuk nampak besar sangat ke? Sebenarnya yang patut di tulis adalah sebuah post yang buang masa sebab dia takde kerja(penting ke?? Hu..) yang takde kena mengena dengan kongsi cerita atau pengalaman sebab buat masa ni dia tak pergi mana2. Dengan niat memang suka2 nak tambah post dalam stor simpanan. Dia bukan sengaja nak mencemari blog ini dengan karya2 picisan macam ni (apa tu?) yang takde kena mengena dengan matlamat penubuhan blog bergerak ni

Ceritanya…

Pernahkah kita terlintas atau terasa bila kita jatuh cinta dengan sesuatu bahasa kita nak tahu semua yang berkaitan dengannya? atau kita hanya belajar bahasa kerana ia bahasa semata? ada orang rasa bila blj bahasa dia nak tahu segala yang berkaitan dengan bahasa tersebut, ilmu yg ditulis guna bahasa tersebut, orang-orangnya, tempatnya, sejarahnya dan bagaimana mereka berkembang. Maka timbullah persoalan2 yang macam ni..

Tidakkah mengagumkan daripada seorang manusia kemudian wujudnya berbagai bahasa daripadanya?

Betulkah ada manusia di sesetengah zaman yang tak tahu bertutur dan menggunakan bahasa isyarat atau lakaran di dinding untuk berkomunikasi? Atau itu hanya tulisan2 mereka?

Pernah tak korang terfikir kalau korang ni melayu dari keturunan mana agaknya? Macam mana boleh sampai kat tanah Malaya ni?

Sampai keturunan atas ke berapa yang kita tahu?

Korang rasa masa dulu2 orang kat tanah melayu guna bahsa ape eh? Sanskrit eh? Wujud lagi ke penutur bahasa tu?

Kenapa ada sesetengah bangsa macam orang arab tahu susur galur keturunan dia dan kenapa orang melayu jarang buat?

Apa yang menyebabkan orang boleh gaduh pasal masalah keturunan sampai lupa kita satu agama walau tak satu bangsa atau keturunan?

Sejauh mana anda rasa crazy dengan bahasa ni macam kita selalu dengar orang yang gila nombor atau matematik? Ada tak istilah untuk symptom ni? Kenapa takde citer bahasa or words macam cerita siri NUMBERS kat tv yang boleh solve crime?

Persoalan terus bersambung…


9

My Hero...




assalamualaikum semua..

seperti yang dijanji hari tu..
aku nk update cerite pasal anak menakan aku..
eheh~

si comel yang di atas itu adalah muhammad AQIL ibni Abdul Kuddus ibni Othman ibni Bidin..(smpai sini je aku ingat..hee~)
dilahirkan pada 1-11-2009..(cantik seh tarikh tu..)
erm..pagi ase nyer dia lahir..(nti aku tanya balek kak ipar aku..
erm..dilahirkan di Serawak..sbb abg n kak ipar aku mengajar kat sane..
sebenarnyer Aqil ni lahir pre-matured
klo ikut duenyer..27/12..tapi kerja Allah ni kita tak leh nk duga..
hmm..alhamdulilah sehat~..
dan sekarang nih mak aku ade kat Serawak~..pergi tengok Aqil~
seronok lah Aqil opah nye g sane..
ni anak buah sulong,,merangkap cicit 1st opah aku..
alhamdulilah~..keluarga baru nk berkembang..moga Allah permudahkan~~!

itu je kot..tapi cukup seronok lah~ ade ank buah..
(selalu dgr iman gn kak fi cerite pasal ank buah dorg..skang turn aku pulak..lepas ni korang pulak...~~!!..tibe2 teringat haula..mak su lah
hehehe...)
setakat nih je kot..nanti aku smbung lagi eh dgn cerite2 yang lebih menarik insyallah~~
12

Diari perjumpaan


Cerita ini khusus untuk:
Ummu, Kak Fizah Jalil, Jiha, Auni, Wani, Farhana, Khaulah, Sharifah, Rina (dan semua yang lain)...rasa tak lengkap tanpa anda bersama.


Maryam
kata:


Hari Rabu kalau tak silap, Maisarah telefon Maryam. Dia beritahu, "Jumaat ni lepas
exam, aku dengan Kak Fi nak pegi KL. Tido rumah Kak So. Saje bagitau." Eceh saje bagitau. Ingat Maryam tak faham ke bahawa itu sebenarnya suatu ajakan untuk menjayakan satu lagi sleepover spontan?

Maryam terus nak pegi rumah Kak So juga. Telefon Kak Seri pulak, ajak bagi ramai lagi. Kak Seri (konon-konon) tak nak pegi sebab Jumaat dia ada program ko-ku ke apentah. Jangan main-main dengan Kak Seri. Dia komited benda-benda camni.

Maryam kata "OK takpe tak paksa." Tapi alangkah baiknya kalau Kak Seri boleh
join sama. Dalam perbincangan dengan Kak So, Kak So sebut pasal mengajak Iimaan sekali. Whee.

Jumaat, 13 November 2009.

Exam Intro to Psychology 9AM sampai 11AM. Pukul 10.30, Maryam keluar dari dewan dengan ceria, tak sabar nak keluar dari pintu pagar UIA. Dalam bas menuju ke stesen Terminal Putra, Maryam mengetext Iimaan: "Jom melepak. Tempat: rumah kak so. Aktiviti bebas."

Balas Iimaan:
"Pukul brape?bpe hr?haha..lg,tp es0k kuar la nk?hehe"

[Kenapa tak letak spacing selepas punctuation marks?!]


Iimaan dah menunjukkan persetujuan. Momentum keriangan mula meningkat.

Memandangkan belum ada orang yang sudah tiba di rumah Kak So, Maryam memutuskan untuk berjumpa dengan Suria KLCC dahulu. Sewaktu Maryam sedang mengintai-intai buku anatomi dan fisiologi di Kinokuniya (nampakla takde tujuan kan), Kak Seri telefon. Dia kata dia
on the way ke KL Sentral. Program ko-ku tak jadi ke Kak Seri? =))

Kak Sarah pun bagi SMS tiba-tiba: "kmu nk g umh so ble?nek ptra ek?jom g same,ksarh tgu kt kL sntral.."

[Oho Kak Sarah pun tak letak spaces lepas punctuation marks!]

Kak Sarah pun ada? Ini sangat bagus. Dipendekkan cerita, akhirnya
team KUIS (Kak Seri, Shidah dan kawan Shidah, Anis) dan team DQ (Maisarah, Kak Fi, Aminah, Kak Sarah) pun bertemu di KL Sentral. Semuanya (kecuali Kak Sarah) ada rancangan berekreasi dahulu sebelum ke rumah Kak So. Lepas je Kak Sarah beritahu yang semua dah sampai KL Sentral, Maryam pun melangkah keluar ke stesen Putra. Katanya pada Kak Sarah, pergilah ke rumah Kak So sekarang. Kita jumpa di sana.

Maryam jadi orang yang paling awal sampai di rumah Kak So. Kak Sarah dan Iimaan dijangka sampai selepas itu. Kak So nak beli barang. Maryam ikut. Rancangannya, kalau Iimaan keluar rumah dalam tempoh diorang masih membeli-belah, bolehla amek Iimaan kat mana-mana nanti. Lagi pula, Kak Sarah dah sampai di stesen Setiawangsa.
Keluar, pick Kak Sarah up kat stesen. Pegi kedai Jusco, pegi kedai makan beli nasi goreng dengan air oren. Iimaan masih belum keluar rumah.

Lepas Maghrib lebih kurang, Iimaan telefon, tanya camne cara nak pagi rumah Kak So. Manalah Maryam tahu cara bagi
directions. Masa tu Kak So takde kat rumah.

Beberapa ketika lepas tu, Kak So balik. Maryam bagitahu dia, "Tadi Iimaan call mintak
directions."

Tiba-tiba Iimaan muncul belakang Kak So. Cis. Maryam diketawakan.

* * *
Iimaan sambung:

"Haha". macam mana entah bunyi ketawa Iman. Yang pasti sopan jela. Sebab pakaian waktu tu agak selekeh. Dahla bawak barang-barang macam makcik-makcik. Ini semua kerana Aminah. hehe [Meen, terharu tak? haha]

beberapa waktu sebelum kejadian tu...

Setelah bertungkus-lumus menyempurnakan tugasan yang masih berbaki di kedai[gadis berkerjayalah katekan], Iman nekad untuk tetap pergi menurut ajakan 'melepak' di rumah Kak So. Langit menandakan waktu telah hampir Isyak. Iman bernasib baik sebab abang dia nak tolong hantar sampai rumah Kak So.

Setelah berjaya membeli sebungkus roti dan menyelamatkan Muaz daripada dikenakan tuduhan mencuri senapang mainan, Iman segera memasukkan dirinya dalam kereta milik abangnya dengan penuh harapan agar segera sampai. [penat dah weyyy]

Hampir 3 minit perjalanan, Iman yang masih tercungap-cungap ligat berfikir-fikir semula pesanan Mai pagi tadi.

"Ada 3 pesanan ni. 1, 2, dan..."

"eh,alamak!"

Terpaksalah abang Iman menahan kesabaran atas sikap pelupa Iman yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Dia boleh pulak tertinggal 2 buah Mawrid yang susah-susah beli untuk orang tu.

Dan akhirnya sampai jugak setelah confirm dengan Kak So rumah beliau blok 4. Lalu dijemput Iman oleh Kak So dengan senang hati dari tempat parking sehingga ke dalam bilik tempat Maryam sedang lepak.[Iman memang tak hafal rumah Kak So]. Tu yang Maryam kena gelak tu. Semangat betul dia cakap ngan Kak So pasal Iman yang tak jumpa jalan. Padahal Iman dah pun selamat sampai. [Haha]

Tinggallah lepas tu, mereka bertiga. Iman, Maryam ngan Kak Sarah. Sebab Kak So kuar jap. Sambil menunggu ahli-ahli lain sampai, mereka memenuhkan aktiviti dengan tengok cite Nur Kasih sambil komen-komen [aktiviti biase bile tengah buat ape saje].

Maryam mencelah: Sambil tu jugak, Kak Sarah YM dengan Ummu. Iman dengan Maryam tumpang jenguk webcam. Webcam kedua-dua belah pihak tersekat-sekat.

Setelah beberapa lama menghabiskan waktu begitu, kedengaran bunyi DUSH DUSH DUSH di pintu rumah Kak So. Semua dah sampai!

* * *

Solehah cerita:

Sambung cerita atas ni… tuan rumah pula nak cerita macam ni :

Lepas anda semua balik....

Segalanya sunyi…tak berbunyi, tidak bersuara..betulkah ini? Rasa seperti baru sebentar tadi.Rasa macam belum hilang lagi, belum habis lagi. Tuan rumah melaung sendiri untuk memastikan realiti.. setelah gema itu, baru dia pasti. Oh dia sendiri. Antara zohor dan asar tadi melengkapkan kekosongan dan kesepian mahligai ini.

hmmm,sarapan pagi tu macam tak cukup pembesar suara…( belum tambah lagi yang jauh berterbangan di merata dunia dan nun di hujung KKB sana..sesungguhnya tuan rumah memahami mengapa kalian tiada di sini). Lepas sama2 gotong royong buat kenduri dan makanan yang diketuai oleh chef ****** yang didatangkan jauh dari Setapak. Ruang tak cukup sampai ada yang memasak di alam maya...(Maryam tambah: ini kerja comel Shidah. Dia bukak restoran kat Facebook...sangat aneh kena tunggu pelbagai makanan masak sampai empat jam! Hehe)

Hari apa ntah, tuan rumah dapat mesej daripada fi “awk dah habis exm ke?” or “hujung minggu ni awak ada kat rumah tak”. Tuan rumah tak ingat butiran text tu (sakit pelupa ni bukan berjangkit dengan iimaan…) tapi yang penting dia dah faham weekend ni akan ada big event kat rumah dia walaupun pengutus mesej tu berbasa-basi. Dah three years after.. faham2 jela bahasa isyarat tu. Tanpa dilihat oleh pengutus mesej, tuan rumah melonjak-lonjak keriangan sebab ANDA SEMUA NAK DATANG!!

Dalam hati tuan rumah dah mula nak menghasut beberapa orang yang lain untuk turut serta. Tapi tuan rumah pun dalam kebingungan “siapa plak yang tengah free sekarang ni eh?”

Musim peperiksaan dan kesibukan anda semua setelah berada di alam ijazah ni membataskan senarai tuan rumah walaupun kalau boleh nak buat macam reunion. Setelah memerah otak mencari mangsa tuan rumah mula terfikir nak meng'ayat’ seseorang…

Walaupun hakikatnya jarak ‘mahligai’ tuan rumah dan ‘istana’ beliau ini hanya sejengkal, tuan rumah tetap juga hendak menjemput ‘beliau’. Pendekkan cerita, tuan rumah pun mula meng'ayat’ gadis berkerjaya tersebut untuk datang sama kat rumahnya melalui pelbagai cara.

Tuan rumah tiada idea apa projek dan perancangan yang akan dilaksanakan bersama2 nanti. Tuan rumah pun tak tahu berapa jumlah jemputan dekat rumah terbuka dia nanti. So,tuan rumah pun lepak2la tak buat persiapan kenduri.

Tengah hari jumaat tu…

Maryam call tanya tuan rumah dekat mana masa tu. Semalam tuan rumah kata nak pergi library uia. Dengan tergesa dan terpisatnya tuan rumah pun jawab panggilan tu dengan control2 suara sebab dia baru nak terlelap di tengah hari yang best kalau dapat lelap itu.

Maryam beritahu dia dekat KLCC tengah pusing2 jalan2 cari makan kot..mula2 tuan rumah ingat nak join maryam dekat KLCC tapi dia batalkan sebab dia rasa nak buat inventory. Tuan rumah pun mulalah check barang, kelengkapan, room servis,kalut kira bantal termasuk kusyen kat rumah untuk memastikan bilangannya cukup untuk semua orang.huhuhu…(sorry korang semua atas kekurangan.)

Macam biasa…
Kalau dah berkumpul tu, macam-macam ada. Semua nak berebut ‘microphone’. Tak kurang juga nak tunjuk bakat ‘story telling’ dan macam-macam lagilah.. memang rindu kat semua. Akhir sekali untuk anda semua, datang2 lagilah ‘mahligai’ tuan rumah ni macam selalu. Macam tuan rumah selalu kate "bila datang tu, buatlah macam rumah sendiri"…=) (room service tiada)

Finally,…with love untuk anda semua. Moga Allah kuatkan ikatan ukhwah antara kita dengan rahmat dan kasih sayangNya.

-dia dah tak mampu nak cerita lagi-

* * *
Cerita Maisarah:

ini masa anak en.othman pulak bercerite..
(tapi aku sudah ingat2 lupa...hahahaha)

seminggu sebelom hari kejadian
.........
"mai jom tengok 2012"..
"dah keluar ke..?"
"dah..jom lah.."

maka terjadi lah perkara yang membawa kepada perjumpaan beramai2 di rumah yang sentiasa meninggalkan kenangan di hati kite semua...hee

(jap, mary,,aku tak tahu a nk cite ape..)

Jumaat, 13 Nov 2009, 12 pm

* segerombolan budak2 ijazah keluar dari asrama banat yang tersergam indah.menunggu 'pakcik2' yg kini sudah seperti ayah sendiri.
maka sampailah kami di KTM kkb. menapak seketika menuggu ketibaan mulia keretapi tanah melayu untuk ke bndar metropolitan Kuala Lumpur.
disebabkan tadi terkoncoh-koncoh keluar dari DQ hingga tidak menjamah padi maka sepanjang perjalanan ke bandar besar Metropolitan itu dirasakan cukup perit.
beberapa kali kedengaran keluhan
"wei..aku lapar.."
"ya Allah..lapar gile nih.."
" nk makan.."
maka seusai kaki menjejak kaki di sana, maka kami diri kan dahulu tiang agama. ini pasti. walau dimana anda berada. mesti dirikan nya.
maka selepas itu kami telah syura untuk makan di foodcourt kl sentral sahaja.
cukup meriah makanan ketika itu. ada yang ambil ikan siakap, ikan paus, ikan jerung jugak ada. (yg ni aku tmbah mengade-ngade)

jarum jam sudah menunjukkan ke angka 4 (kot..)
maka kami semua telah menuju ke KLCC..
disana kami menuju ke 4th floor kot..
disitu, kami telah 'berpisah'
3 orang ke 'alam lain'
3 orang lagi ke 'alam lain'
(hehehehe)
(yg ni tak pnting kot serite..aku shortcut kan..)

jam sudah menunjukkan ke angka 9 lebih malam.
kami akhirnya tibe ke rumah yang cukup penyayang dengan makanan yang penuh ditangan
(padahal mase kat gerai tadi dah kantoi gn makcik aku..hahahaha)

kak So menyambut kami dengan senyuman yang cukup menawan..
aku menapak..
selangkah..demi selangkah
akhirnya aku nmpk 2 wajah yang sedang berdiri(sebijik mcm penymbut tetamu hotel)
MARY dan IMAAAANNNN..hahaha
maka bergema lah rumah itu..
hahaha
lepas tu macam biase lah..
bile lame tak jumpe..masing2 nk cite..
story telling ade, choral speaking ade, koir pun ade..hahahaha
tapi aku ase, yg story telling tu aku menang kot...hahahahah
siap berdiri angkat tangan nk cerite....hahaha
(mase tu tak segan dah ngn adik kak FI..hahahahaha)

Maryam mencelah lagi:

Sampai je semua orang malam Jumaat tu, agenda pertama ialah dinner. Masa makan ramai-ramai memang meriah, macam biasa. Duduk dalam bulatan, sibuk bukak makanan, bahagi-bahagi. Pastikan yang beli teh O ais limau tak terambik teh O ais Mai.

[Sambil bukak makanan, Kak Seri kata kat Mai, "Haritu Kak Seri makan nasik goreng tomyam, teringat kat awak Mai. Naseb baik takde..."

"..telur mata?" aku mengagak.

"Ha, takde telur mata je," Kak Seri kata.

Tapi malam tu Mai makan benda lain. Apapun teh O ais tetap menjadi pilihan dia.]

Tengok makanan tumpah dalam plastik. Huru-hara perkara biasa. Pass-pass makanan. Amek udang dalam tomyam orang. Amek nasi Kak Fi. Kak Sarah cakap udang tu macam udang apentah tak ingat. Udang kara? Heh.

Kak Seri bersemangat cerita pasal gerakan pelajar kat KUIS. Pagi Sabtu tu dia dengan Shida siap bukak Youtube nak tunjuk demonstrasi GMS kat kitorang. Hehe. Budak-budak DQ-USIM pulak cerita pasal kereta kena rantai? Haha sekejap Aminah cerita, pastu Kak Fi pulak. Kalau Mai tak puas hati dengan cara penceritaan, dia sambung. Dan seterusnya. Sekali-sekala orang-orang yang tak hadir akan muncul dalam perbualan.

Mai sila sambung balik: masa berlalu cukup pantas rasenya..
seingt aku dah pukul 3 pagi pun kite tak tido lagi..
(aku, iman, mary, kak so..)yg len dah mujahidah
bile makin malam ni..cerite pun makin mendalam..feeling abis aa..
heee~
akhirnya aku tido jua..(dgn tahap kesejukan yang menggila..tulah sape suh buka aircond..ish2...heeee~)

Sabtu, 14 Nov 2009, Setiawangsa

bangun pagi~
gosok gigi~

(nyanyi sikit..)
seusai je solat subuh maka aku smbung balek tidooo..tak tahan punye mate,,
gile mengantok..(tu lah sape suh tido lambat..)
tibe2..
"mai..bangun lah.."
"mai bangun lah sarapan.."..(garang betol suara itu..)hahahaha
seronok tengok ade macam2 makanan..hahahah..lapo2..
makan smbil sembang..klo bagi dua hari dok umah kak so pun tak abis lagi kot bercerite
tibe2 pukul 11 lebih tu, ramai pulak yg follow aku tido balek..hahahha

zohor dah solat. semua bersiap nk balek..
tibe2 ade scene yg menyedihkan..
huhuh..
sedey wooo nk tingalkan korg...
tinggal lah kak SO gn mary mase tu..uhuk~

*kak So,
thanks coz selalu dan selalu bagi peluang kat ktorg wat 'reunion' kat umh kak so
uhuk..mmg tak de port lain dah..itu je...[Maryam setuju!]
thanks mary cz accept my invitation..(padahal umh kak so)
to iman too...
also to syidah n anis yang menolong memriahkan hari di KLCC..
to everyone who read this..thanks~
(ahaha..mcam ape je..)
(^_^)
5

Cerpen I

Aku ada cerita yang tak ada pengajaran sangat untuk korang. Buat format cerpen pulaklah asek surat tak rasmi je.

Kat UIA, antara orang yang selalu aku bersama di dalam kelas dan di luar kelas adalah orang-orang dari negara India dan yang sekawasan dengannya…

1) Antara kawan-kawan yang paling rapat dengan aku, ada yang dari Sri Lanka (Leena, Sabeera, Balqis, Farah). Ada dari Maldives.

2) Jurulatih debat kitorang seorang warga Bangladesh (kitorang panggil Latif Bai, tak pun Bai je. Apparently “Bai” means “Brother” dalam bahasa dia). Dalam kelas debat pun ramai Bangladeshi.

3) Dr Arshad (History) pulak dari India utara (dia cakap bahasa Urdu dengan Parsi. Boleh khayal dengar dia recite syair atau kata-kata Parsi dan Urdu dalam kelas).

4) Muhsinah dengan Hibah pun dari India, tapi diorang guna bahasa Malayalam. Muhsinah pernah tunjuk cara eja nama aku dalam Malayalam tapi sumpah susah nak ingat.

5) Dr Osmani (Revelation as a Source of Knowledge) pun, dari kawasan sana juga (aku pernah nak curi-curi tengok markah pembentangan kitorang kat kertas yang dia pegang...rupa-rupanya, dia catit markah dalam bahasa dia. Satu apa pun tak faham.)

Agaknya aku banyak sangat berkawan dengan warga negara India, Maldives, Sri Lanka, dan kawasan-kawasan sekitar sub-continent India, sampai berlaku begini:

Satu malam ni (kat bilik), aku tengah bagi file Powerpoint kat classmate aku, sebab hari esoknya ada presentation untuk Revelation. Dah bagi file, bagitahu aku bentang apa, dia bentang apa, tiba-tiba dia tanya aku.

“Maryam, boleh saya tanya sikit tak?” Dia ni baik dan sopan-santun (baca: sedikit lurus. Tapi lagi baik lurus macam dia daripada senget gila macam aku), dan memang kalau nak tanya atau cakap, gaya dia selalu macam takut-takut sikit.

Aku pun, “Aa tanyalah.” Haih. Tanya pasal presentation pun nak mintak izin ke.

Dia pun tanya, “Awak ni ada darah India ke?”

Aku tergamamlah. Room-mate aku (Lin) yang duduk kat sebelah aku masa tu (dia tengah baca novel, aku tengah baca buku Sejarah sebab ada ujian, sambil berbual-bual sebelum classmate aku tu datang bilik) pun diam lain macam. Aku tahan ketawa daripada pecah. It took all my self-control untuk melarikan pandangan daripada melihat Lin, sebab aku tau, kalau mata kitorang bertembung waktu tu, dah tentu kitorang berdua akan gelak tak ingat dunia.

Lama aku nak bagi jawapan pada si classmate. Terlintas dalam fikiran untuk jawab, “Eh saya Melayulah,” sambil tunjuk MyKad. Eh jap MyKad ada tulis nationality ke? Macam takde. Tapi sebagaimana maklum, classmate aku tu tersangatlah baik. Kalau jawab macam tu, nanti dia tak faham pulak. Worse, takut dia rasa dipermainkan. Already dying with silent laughter, aku tunduk habes sambil tenung buku sejarah.

Akhirnya aku decide untuk memberitahu perkara sebenar, “India? Bukan India, Afrika.”

Lepas dia cakap lagi sikit, bincang lagi pasal presentation, dia pun keluar untuk pulang ke mahallah dia. Agak-agak dalam seminit lepas dia keluar (tunggu dia pergi jauh sikit), aku dan Lin pun ketawa seriang hyena dalam cerita Lion King.

Ukhuwwah fillah (gambar hiasan)

Tapi gelak yang lebih sopanla. Cuma sangat geli hati.

Sejak dari hari tu, kalau je perbualan sesiapa masuk topik yang berkaitan dengan India, Afrika atau my ancestry, kitorang akan berhenti seketika untuk ketawa.


P.S.:

Antara ciri-ciri International Relations according to the Islamic framework, sebagaimana yang telah dikemukakan oleh Abdul Hamid Abu Sulayman (sila baca kalau tak baca aku tak rugi), ialah:

Pax Islamica (Sebuah world order yang berasaskan konsep “millah”, iaitu religious society. Non-Muslims will be admitted into this world order, too, because all mankind is the creation of God. All states must surrender their arms and weapons except those that are needed to maintain domestic peace and security. All nations will agree to a Charter of Peace. Sesiapa yang enggan akan dipulaukan dan dikira sebagai musuh.)

Openness Tiada sempadan negara-bangsa di mana-mana kawasan dalam dunia. Tidak ada istilah “negara lain”, “luar negara” dan sebagainya kerana bumi ini milik Allah semuanya. Semua manusia harus dibenarkan pergi ke mana-mana tempat di muka bumi untuk bekerja, melancong, atau menetap. Yang ni best ah kalau terealisasi.

Universality and humanism Ini world order untuk semua. Islam agama untuk seluruh umat. Tiada diskriminasi sesama manusia. Prinsip persaudaraan dalam Islam diamalkan.

Freedom Semua manusia dilahirkan bebas dan kekal bebas sehingga hari kematiannya. Golongan bukan Islam tidak akan dipaksa untuk menganut Islam. Semua orang bebas mengamalkan budaya, bahasa dan cara masing-masing (kalau yang Muslim jangan langgar syariatlah OK harap maklum).

Egalitarianism Semua manusia sama. Tanpa mengira bangsa, bahasa, warna kulit dan budaya. Bangsa dan keturunan bukan pilihan kita, memang kita dilahirkan macam itu. Superiority sesama manusia hanyalah berasaskan ketinggian taqwa. Bukan atas dasar keturunan India mahupun Afrika.

Principles of International Relations in Islam ialah Tauhid, keadilan, keamanan dan kerjasama, serta Jihad.

Begitulah yang aku dapat daripada kelas terakhir Pengenalan kepada Sains Politik hari tu. Tapi dari aspek yang lain, ada hikmah kita dicipta berbeza:

يأيها الناس إنا خلقنكم من ذكر و أنثى و شعوبا و قبائل لتعارفوا إن أكرمكم عند الله اتقكم إن الله عليم خبير

Di sini, kalau jumpa kenalan baru, soalan lazim yang akan ditanya selepas “What’s your name?” ialah, “Where’re you from?” (Pastu, “Which kulliyyah? What major?”) Tapi bukan untuk mendiskriminasi. Cuma untuk memudahkan perkenalan dan to facilitate the closing of the cultural gaps antara semua. Kan Kak So?

Macam class-mate dalam cerita aku tu, dia bukan tak tahu prinsip International Relations dalam Islam nih. Dia pelajar tahun tiga Political Science. Tapi biasalah, perbezaan menarik perhatian kita.

Beginilah, sains kemanusiaan.


4

Finally it comes to an end...


PESANAN PENAJA : Post kali memang agak panjang. Ambil ruang sedikit. Selamat menjawab peperiksaan dengan tenang kepada yang akan dan sedang menghadapinya.

Prolog

Rasanya macam baru hari semalam beratur nak daftar. Jumpa maryam kat tengah2 barisan, lepas tu aku masuk je kat celah tu. Potong line. Huhuhu…

Baru je rasanya aku jalan2 pusing2 kat uia ni dengan maryam and najwa. Rasanye macam baru jugak aku sesat kat tengah uia yang kecik ni untuk cari kelas atau tempat, walaupun rasanye hari ni masih ada lagi ceruk yang aku tak explore. Ingat lagi time aku lepak2 kat surau dan café mahallah maryam yang agak jauh dari mahallah aku masa kelas belum bermula lagi..

Rasanya aku ingat lagi perasaan yang aku ada sebelum jadi pelajar dekat university ni. Lain rasanya masa tengok daripada luar dibandingkan bila dah berada dalam sini. Kadang-kadang sampai aku tak teringat pun. Oh! Aku belajar dekat sini ke? Apa nama university aku eh?


Di awal, tengah dan kemuncaknya..

Bila tengok result placement yang terpapar dekat skrin pc ITD tu, aku tak terkata apa. Hipotesis tersilap. Walaupun perasaan masa tu bercampur baur mengalahkan rempah ratus, hakikat dan natijah mesti diterima. Kalau tak, macam mana nak teruskan hidup. Berguling dekat dalam makmal tu pun tak mengubah cerita(hurm..tak try plak hari tu). Sebagai orang islam yang mukmin, kita kena terima segala suratan setelah usaha dan tawakal(penting ni,bukan terus berserah je tanpa usaha. Bukan tawakal namanye tu.)

Lepas tu..

Bermula lah episode suka duka aku kat bawah bumbung CELPAD. Di permulaan,macam biasa semangat tinggi. Hari seterusnya tu pun tinggi tapi ada masa kena motivasi jugak. Hari2 dekat celpad kami semua belajar semua yang berkaitan dengan bahasa. Daripada BM,BI ke BA. Bahasa tamil dengan cina je tak diajar dan diwajibkan di celpad ni.(setahu akula). Lain-lain bahasa tu, boleh dapat luar waktu kelas.

Masa mula2 tu especially Arabic class memang kena 100 % focus,(kelas lain pun sama sebenarnya) kalau tak, tak faham ape yang ust ajar. Mula2 slow2 je ust ckp, masuk hari ke 2 dah agak laju. Kalau simple2 tu bolehla aku respond cepat and simple gak..kalo x, sengih je la.angguk2 terlebih faham. Memang aku tumpu kat muka ust macam faham sangat,tapi sebenarnya nk memahamkan diri sendiri…

Doktor kat kelas kitabah aku .Muka ust ni sentiase tersenyum walaupun beliau tak senyum pun sebenarnye….agak ceria dan suka bergurau orangnya. Apa yang aku perasan,Dr. selalu catit apa yang dia nak kongsi dengan kami hari ni dalam sebuah buku kecil. Lepas tu dr .suka bawa or buat kelas dekat maktabah, suka letak selingan masa tengah belajar, ada masa cerita, ada masa sejarah bahasa, kadang2 lawak yang bernas yang kena fikir untuk tangkap. Ada masa aku ketawa kerana faham tapi kebanyakannya aku pending. So akhirnya aku dengan kawan yang selalu duduk kat sebelah aku tu pun ketawa same2 sebab ktorg faham sebahagian lawak je…Kenapa org lain sakan ketawa???aku nak tahu (2X) full story. Pendek kata kena fahami bhs pengantarnya..ngenge..(tak sabar aku menanti saat itu..)

Bila dekat kelas qiraah pulak, ust yang ni sangatla baik macam namanya juga muhamad el-tayyib, dan sangatlah juga tegas. Masa beliau tengah bersyarah dekat dpn, jgnla buat kerja lain. Masa mule2, pantang die masa dekat dalam kelas kite buka kamus, alamatnye melayanglah kamus tu nanti. Apa2 tak faham tanya beliau terus. Jangan tgk kamus, jgn tanya org sebelah. Kamus tu tempatnya di bilik.kata beliau.. semakin nak berakhir kelas, semakin berlembut ust ni dengan kami. . Banyak kata2 semangat dan pesanan2 yang diberi sepanjang belajar dengan beliau.


LE 0520.. ladies of the class with Miss Fawz (black juba).

Last class with Sir Shah

Kelas bi tiap2 hari sangatla panjang. Penat sungguh statik kat kerusi tu. Apa2 pun sume lecturer LE 0520 cool..

Bila dah sampai tengah dengan hujung. Datang kelas dah rasa rutin. Ada hari rasa berat nak dilalui, nak menyampaikan ke penghujung hari. Itulah, bila semangat terpadam. Sampaikan ada pensyarah yang ikhlas bertanya: “ada sesiapa yang rasa nak termuntah dah, hari2 practice buat esei berkenaan graf?(dia ikhlas bertanya,tiada niat memerli kerana sir yang seorang ni very understanding). Hari ni kita buat latihan ringan2 jela.tak perlu mentafsir data dan mengarang”.

Dah sampai hujung, macam2 kerisauan melanda semua orang. Tapi kelas aku ni semakin happy dan riuh. Masa awal2 tak tunjuk belang, dah akhir2 ni baru terserlah perangai terpendam sorang2. Dah akhir baru nak suai kenal. Apa punyer gaya turr..

Lupe plak…nak cerita sket pasal roommates aku. Dorang pun suruh cerita juga. Dorang pun baca juga blog ni walaupun bukan pengunjung tetap. Alhamdulillah..mereka sume sekepala (serasi) walaupun latar belakang kami berbeza. Tiga2 dari utara.. 2 dari Sg. Petani, sorang dari Ipoh. Setakat ni serasi dan tiada lagi siri2 kejadian tak diingini dan moga berterusan mcm tu. Moga Allah rahmati persahabatn yang baru dibina ini dan memperoleh banyak kebaikan darinya. Apa2 pun Alhamdulillah dengan segala aturan yang telah disusun Allah.

2 daripada 3 orang roomate..


Finally…

Hanya Allah, aku dan kertas jawapan…

-Semalam…satu semester dah berakhir buat aku.-


Epilog

-there is no shortcut in learning language. Learning a language is a life long skil- (ayat aku ni mungkin tak betul, tapi hari tu yang lecturer cakap makne dia lebih kurang macam ni. Sesiape yang nak betulkan aku, you are welcome to do so. Pengalaman belajar di celpad memang banyak kebaikan dan pengukuhan sebagai persediaan ke kuliah, especially untuk diri aku yang serba kekurangan ni. Tapi, apa2 pun harapan aku dan harapan semua pensyarah aku adalah kami tidak kembali ke sana lagi selepas semester ini. See you in Kuliyyah!!


FIN


blockmates..